Ad

Saturday, 20 February 2016

Sabah, FELDA, Kelantan lepasi pusingan kedua

SABTU, 20 FEBRUARI 2016 @ 11:26 PM
Sabah, FELDA, Kelantan lepasi pusingan kedua

KUALA LUMPUR: Tiga lagi pasukan menempah slot ke pusingan ketiga Piala FA iaitu Sabah, FELDA United dan Kelantan selepas menewaskan lawan masing-masing pada aksi yang berlangsung sebentar tadi.

FELDA United tidak berdepan masalah untuk membenam PB Ipoh 2-0 dengan Francis Forkey Doe meledak gol pembukaan buat The Fighters pada minit ke-41 sebelum Nor Fazly mematikan kebangkitan pasukan lawan menerusi gol pada minit akhir perlawanan oleh Nor Fazly Alias.

Aksi di Stadium Sultan Muhamad IV pula menyaksikan Kelantan terpaksa menunggu sehingga tujuh terakhir untuk membenam UKM FC dengan Blazhe Illijoski muncul wira buat pasukan terbabit dengan gol tunggal kemenangan pada minit ke-83.

Terdahulu, Sabah menewaskan KL MOF FC 3-0 menerusi dua jaringan oleh Prince Nnake dan Maxsius Musa.


Sementara itu, aksi lain menyaksikan perlawanan diheret ke masa tambahan apabila masing-masing terikat selepas 90 minit perlawanan.

Di Ipoh, Sarawak mendahului pada minit ke-17 menerusi jaringan J Parthiban sebelum Thiago Junior meledak gol penyamaan pada minit ke-83 menjadikan keputusan 1-1.

Harapan Kuala Lumpur untuk melangkah ke pusingan ketiga terjejas selepas Jasmir Mehat meledak gol penyamaan lewat buat Melaka seminit sebelum perlawanan tamat sekali gus menyamakan kedudukan 1-1 selepas Anselmo Da Silva meletakkan tuan rumah di depan.


Di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang yang mendahului pada minit ke-80 dengan jaringan Mathias Cardoba turut diheret ke masa tambahan selepas Kuantan FA mengikat kedudukan menerusi Dao Bakary juga pada minit akhir perlawanan dengan ATM dan Shahzan Muda juga turut terikat 1-1. BERITA HARIAN ONLINE 21.2.2016

No comments:

Post a Comment