Ad

Wednesday, 3 February 2016

Huraikan struktur pemerintahan pusat dan wilayah pada zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniah pada abad ke-16M hingga abad ke-17M.[20M]

. Kerajaan Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul pada tahun 1281 M Sepanjang kekuasaan kerajaan ini, terdapat 37 orangpemerintah yang menggunakan gelaran sultan.Antara
sultan yang terkenal ialah Sultan Muhammad al-Fatih dan Sulaiman al-Qanuni. Sepanjang kekuasaan kerajaan ini,banyak aktiviti peluasan kuasa dijalankan.Sejarawan mencatatkan ketika pemeriniahan Sultan Sulaiman al-Qanuni jajahan takluknya meliputi kawasan seluas 644 000 km persegi. Kejayaan kerajaan Uthmaniyah ini disokong dengan pembentukan sistem pentadbiran pusat yang mantap dan pentadbiran wilayah yang sistematik.

Pentadbiran Peringkat Pusat
sultan merupakan individu yang mempunyai kuasa tertinggi dalam bidang- agama politik dan kewangan. Kekuasaan seseorang sultan juga dapat digambarkan melalui penggunaan gelaran seperti 'Khalifah Allah di Muka Bumi oleh Sultan Murad I setelah baginda berjaya menawan Adrianople.
. Sultan dibantu oleh Wazir Agung yang bertindak sebagai ketua pentadbir dan penasihat sultan. Wazir Agung atau Wazir Besar ini merupakan ketua kepada para menteri (wazir) dan amir. Kanunname mencatatkan Wazir Agung merupakan ketua segala hal ehwal pentadbiran. Individu yang dilantik memegang jawatan tersebut akan dianugerahkan cop mohor sebagai simbol wakil sultan.
. Wazir Agung dibantu oleh tiga orang hakim tentera, dua orang Beylerbey (ketua turus tentera sultan), dua orang Defterdar yang bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran kewangan, seorang Agha (wakil tentera darat), seorang Laksamana, dan seorang Nishanji bagi monogram sultan.
. Pada zaman pemerintahan Sultan Salim I, jawatan mufti (Shaykh al-Islam) telah diwujudkan.
Pentadbiran mufti berpusat di Istanbul. Tugas utamanya mengeluarkan fatwa dalam semua aspek agama. Mufti juga bertanggungjawab mengeluarkan fatwa berkaitan dengan peperangan sama ada dengan musuh bukan Islam atau musuh kerajaan (dalam kalangan orang Islam). Mufti juga diberikan hak untuk melantik para pegawai yang berkhidmat di istana.

Pentadbiran peringkat wilayah;
Memandangkan sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Uthmaniyah mirip pentadbiran
Byzantine, setiap wilayah akan ditadbir oleh gabenor wilayah yang bertanggungjawab mentadbir tanah kurniaan yang agak luas yang akan dikendalikan oleh para petani.
. Kadi merupakan ketua agama bagi setiap daerah. Tugasan utama pegawai berkenaan mengendalikan hukum jenayah dan sivil berdasarkan syariah Islam yang berpandukan al-Quran dan hadis.
Multezim diberikan tanggungjawab mengutip semua cukai dari kawasan-kawasan tertentu. Kewujudan jawatan ini pastinya akan dapat meningkatkan pendapatan kerajaan sekali gus dapat dimanfaatkan untuk mengekalkan kekuatan dan kestabilan negara serta menjamin ekspedisi perluasan kuasa dijalankan.
Golongan intelektual Muslim bertanggungjawab dalam pengurusan wakaf untuk menyokong perkembangan sekolah, hospital dan pendidikan golongan belia serta pentadbiran keadilan.
Bagi memastikan keselamatan dan kekuatan kerajaan Uthmaniyah pada peringkat pusat, kekuatan tentera tidak diabaikan. Oleh itu, bagi mendapat sokongan, tentera yang berkhidmat
secara peribadi kepada sultan akan dianugerahkan tanah. Contohnya, semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad II.

Kesimpulannya,tidak dinafikan pentadbiran pusat yang sistematik dan mantap khususnya pegawai yang membantu sultan dalam mentadbir kerajaan telah berjaya mengukuhkan kekuatan kerajaan Uthmaniyah.Kepimpinan berwibawa para pemerintah telah menyebabkan kerajaan ini dapat muncul sebagai sebuah kuasa besar sebelum abad ke-19 M.

No comments:

Post a Comment