GOMEZ (dua dari
kanan) bersalaman dengan rakan sejawatannya daripada Ayeyawady United, Kyaw
Lwin (dua dari kiri) selepas sidang akhbar di Larkin semalam yang turut
dihadiri kapten kedua-dua pasukan, Safiq Rahim (kanan) dan Min Min Thu.
JOHOR Darul
Takzim (Johor DT) tidak rela status mereka selaku juara bertahan Piala Konfederasi
Bola Sepak Asia (AFC) tercalar apabila turun membuat perhitungan dengan wakil
Myanmar, Ayeyawady United pada aksi pembuka tirai peringkat Kumpulan H di
Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunis, Larkin malam ini.
Misi utama
mereka adalah untuk meraih kemenangan yang akan menjadi pembakar semangat buat
skuad yang mendapat jolokan Harimau Selatan itu mengharungi baki saingan pada
peringkat kumpulan selepas ini.
Atas kertas,
misi Johor DT pada perlawanan malam ini dilihat mudah kerana mereka pernah
meratah wakil dari Myanmar itu 5-0 pada aksi peringkat kalah mati tahun lalu.
Tidak mustahil
kejayaan tersebut akan berulang di Larkin malam ini jika semua pemain tampil
dengan rentak terbaik, seperti mana yang telah mereka buktikan tahun lalu.
Begitupun,
jurulatih Johor DT, Mario Gomez tidak mahu berasa terlalu yakin kerana
menurutnya, saingan tahun ini adalah berbeza.
Katanya,
pasukan-pasukan yang layak bersaingan pada Piala AFC tahun ini memiliki
kekuatan tersendiri dan pasukan mereka juga mungkin berubah berbanding musim
lalu.
“Kita telah
melihat beberapa video perlawanan pasukan lawan dan mereka mempunyai khidmat
seorang lagi penyerang baharu dari Nigeria selain dua pemain tengah yang
hebat,” kata Gomez semalam.
Menurutnya,
mereka tetap berhati-hati walaupun keadaan para pemainnya kini berada pada
tahap terbaik dan bersedia untuk berdepan apa juga bentuk ancaman yang bakal
dilancarkan oleh pasukan lawan nanti.
Tahun ini,
Johor DT diundi dalam Kumpulan H bersama-sama wakil India, Bengaluru FC, Lao
Toyota (Laos) dan Ayeyawady.
SUMBER-Artikel
Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0224&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz413wYHEEZ
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment