JUMAAT,
12 FEBRUARI 2016 @ 5:28 PM
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin bhhip@bh.com.my
RAJA Gelek Malaysia, Datuk M Daud
Kilau. - Foto Ravale Savainathan KUALA LUMPUR: "Saya minta peminat doakan
yang baik-baik saja. Jika ada yang mendoakan sesuatu yang buruk, harap
fikirkanlah kembali niat itu." Begitulah reaksi bintang veteran, Datuk M
Daud Kilau, 77, ketika mengulas penyebaran berita palsu yang mendakwa kononnya
Raja Gelek Malaysia itu sudah meninggal dunia. Sejak beberapa jam tadi, netizen
kecoh dengan penyebaran berita yang mendakwa Daud sudah tiada lagi. Daud yang
memaafkan penyebar fitnah itu, bagaimanapun tidak terkejut dengan berita
'kematiannya' yang menjadi viral.
"Alhamdulillah, hari ini badan saya
lebih segar. Jika sebelum ini, isteri (Datin Rohani Awang Ngah) banyak membantu
saya menguruskan diri, tapi tadi, saya mampu bergerak perlahan-lahan untuk
pergi ke tandas. "Insya Allah, minggu depan saya akan kembali semula ke hospital
untuk meneruskan rawatan. "Jadi, sekali lagi saya memohon agar semua
peminat dapat mendoakan saya cepat sembuh," katanya yang menerima banyak
panggilan daripada sanak-saudara dan kenalan selepas tersebarnya berita palsu
itu, sejak tengah hari tadi.
Daud yang popular dengan lagu Che Mek Molek
dimasukkan ke Hospital Teluk Intan, Perak, awal bulan lalu selepas mengadu
mengalami kesukaran membuang air kecil. Dia kemudian dipindahkan ke Hospital
Selayang. Hampir sebulan terlantar di hospital, Daud meminta kebenaran berehat
di rumah anaknya di Wangsa Maju. Selain menghadapi masalah saluran kencing,
penyanyi yang cukup terkenal dengan imej baju berkilat itu turut mengalami
masalah kencing manis dan buah pinggang. Bintang veteran ini bukan insan seni
pertama yang menjadi mangsa penyebaran berita palsu berhubung kematian.
Beberapa artis seperti Tan Sri Jins Shamsuddin, Awie dan Datuk Jalaludin Hassan
pernah menerima nasib sama.
Sumber
: http://www.bharian.com.my/node/123763
No comments:
Post a Comment