SABTU,
13 FEBRUARI 2016 @ 11:47 PM
PENJAGA
gol Selangor, Norazlan Razali diasak penyerang JDT, Juan Martin Lucero (dua
dari kanan) dalam saingan Piala Sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos,
Larkin. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
KUALA
LUMPUR: Penyandang juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) memenangi
Perlawanan Sumbangsih selepas menewaskan Selangor, 7-6 menerusi sepakan penalti
di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi.
Kedua-dua
pasukan terdahulu terikat 1-1 dalam tempoh masa permainan sebenar.
Selangor
bagaimanapun tidak kecewa apabila berkongsi mata dengan tuan rumah untuk
saingan Liga Super.
Perlawanan
Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah adalah juga pembuka tirai Liga
Super bagi setiap musim.
Dalam
pada itu, tampil menguasai permainan sepanjang babak pertama, gol yang dicari
JDT hanya hadir pada penghujung perlawanan menerusi pemain import, Harris
Harun.
Berpunca
daripada sepakan sudut kapten pasukan, Safiq Rahim, Harris yang tidak dikawal
berjaya menanduk padu menewaskan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.
Norazlan
begitupun boleh disifatkan pemain Selangor paling cemerlang pada malam ini
apabila berjaya melakukan beberapa cubaan menyelamat.
PEMAIN
JDT, Hariss Harun (kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan pada
perlawanan Sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. - Foto Hairul
Anuar Rahim
Seawal
keenam permainan, pemain yang dikenali dengan Wak Lan itu sudah diuji menerusi
penyerang import baharu, Martin Lucero namun berjaya dipatahkan.
Safiq
juga hampir memecah kebuntuan namun kedua-dua cubaannya terbaiknya sama ada di
babak pertama atau kedua tersasar atau diselamatkan Norazlan.
Babak
kedua berlangsung, JDT terus membuktikan mereka adalah pasukan pilihan dengan
menguasai permainan namun disebalik rentetan serangan dijana, mereka dikejutkan
dengan jaringan penyamaan Selangor.
Seperti
tidak dijangka, penjaga gol JDT, Farizal Marlias gagal membaca baik bola
sepakan percuma bekas pemain Pahang, Hafiz Kamal yang mudah menerjah gawangnya.
Gol
pada minit ke-60 itu merancakkan permainan kedua-dua pasukan dengan Safiq
hampir meletakkan JDT di depan namun sekali lagi, cubaannya pada minit ke-69
tersasar.
Kali
terakhir kunjungan Selangor yang juga juara Piala Malaysia 2015 ke Larkin,
tahun lalu berakhir dengan kekalahan 3-1.
Tiada
tambahan jaringan berjaya diledakkan kedua-dua pasukan berakhir masa perlawanan
yang membawa kepada penentuan penalti yang memihak JDT, 7-6.
Berikut
adalah keputusan lain perlawanan Liga Super 2016 yang turut berlangsung, malam
ini.
Di
Stadium Darul Makmur - PAHANG 2 TERENGGANU FC II 2
Di
Stadium Sultan Mizan - TERENGGANU 1 PULAU PINANG 0
Di
Stadium Tun Abdul Razak - FELDA UNITED 2 KEDAH 0
Di
Stadium Perak, Ipoh - PERAK 0 KELANTAN 0
Di
Stadium Hang Jebat, Melaka - PDRM 1 SARAWAK 0
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE SABTU 13.2.2016
No comments:
Post a Comment