Ad

Tuesday 2 February 2016

1.Bincangkan struktur pentadbiran kerajaan Islam di Madinah pada zaman Khulafah al-Rasyidin. [20m]

Kerajaan Khulafa' al-Rasyidin terbentuk secara rasmi pada tahun 632 apabilaAbu Bakar al-Siddiq dipilih oleh umat Islam sebagai khalifah pertama.Kerajaan ini diperintah oleh empat orang sahabat Nabi Muhammad s.a.w, iaitu Khalifah Abu Bakar al-Siddiq,Khalifah Umar bin al-Khattab, Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib.Gelaran Khulafa' al-Rasyidin digunakan kerana mereka meneruskan dasar kepimpinan NabiMuhammad s.a.w.

Struktur pentadbiran kerajaan Islam Madinah pada zaman Khul afa' al-Rasyidin
Madinah menjadi pusat pemerintahan dan pentadbiran. Masjid Nabawi menjadi lokasi perbincangan dan penggubalan dasar pemerintahan dan pentadbiran; amalan syura dilaksanakan untuk membincangkan dasar pemerintahan dan pentadbiran negara.
Khalifah merupakan individu yang paling berkuasa. Walau bagaimanapun  kekuasaannya
tidak bersifat mutlak. Khalifah boleh membuat ijtihad seatdainya ada perkara penting yang perlu diputuskan yang tidak terdapat di dalam al-Quran dan hadis.
      Sesuatu dasar diputuskan melalui kaedah syura, iaitu keputusan yang dibuat berdasarkan suara majoriti (mewarisi apa yang dipraktikkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w). Semasa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, Majlis Syura ditubuhkan secara rasmi dan berfungsi secara formal.
Anggotanya dilantik daripada kalangan para sahabat yang berpengalaman dan berperanan sebagai badan penasihat khalifah.
      Selain berperanan sebagai ketua eksekutif dan perundangan, khalifah juga merupakan panglima tertinggi dalam Pentadbiran. Pada peringkat pusat, ibu pejabat baitulmal telah didirikan. Segala sumber pendapatan dan laporan kewangan daripada tanah jajahan akan dihantar melalui gabenor setiap wilayah kepada khalifah setiap tahun.
.
Pada peringkat wilayah, pentadbiran diketuai oleh gabenor. Setiap wilayah akan diketuai oleh gabenor yang akan dibantu oleh pegawai-pegawai lain seperti setiausaha dan pegawai tertentu di beberapa buah jabatan seperti Setiausaha Tentera, Pegawai Cukai (Sahib al-Kharaj), Pegawai Polis (Sahib al-Syurtah), Pegawai Perbendaharaan Negara (Bait al-Mal) dan seorang kadi.

Individu berkenaan dilantik memegang jawatan diperjelaskan tentang bidang kuasa mereka agar tidak berlaku kekeliruan kelak.
Mereka juga wajib melaporkan jumlah harta sebelum dan setelah selesai menjalankan tanggungiawab.

Di setiap wilayah, didirikan cawangan baitulmal bagi memudahkan urusan pendapatan dan perbelanjaan negara. Selain itu, pentadbiran baitulmal juga diwujudkan pada peringkat pusat bagi mengendalikan urusan kewangan negara.

Kesimpulannya,.sistem pentadbiran yang dipraktikkan pada zaman Khulafa' al-Rasyidin merupakan sistem yang dikemaskinikan daripada apa yang pernah diamalkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.Struktur pentadbiran kian sistematik apabila Khalifah Umar bin al-Khattab menerajui pemerintahan negara Islam.

No comments:

Post a Comment