Ad

Tuesday, 2 February 2016

Pentadbiran kerajaan Nasriyah

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Kerajaan Nasriyah diasaskan oleh Muhammad Yusuf bin Nasr yang dikenal sebagai Ibn al-Ahmar pada tahun 1235M.Pusat  pemerintahan di Granada, selatan Sepanyol. Granada ialah wilayah yang didiami oleh orang Islam Sepanyol apabila wilayah lain didduduki oleh pemerintah Kristian dan Yahudi.[1]Ibn al-Ahmar menggunakan gelaran Amir. Amir mengamalkan dasar berbaik-baik  dengan kerajaan  Kristian bagi memastikan kestabilan pemerintahannya. Kerajaan Nasriyah diperintah oleh 22  orang  amir (sultan).[2]

a)Pusat pemerintahan di Granada.
Ibn Amar telah mengistiharkan dirinya sebagai amir dan memilih granada sebagai pusat pemerintahannya.Kemudian beliau berpindah ke Granada dan sedikit demi sedikit beliau meluaskan sempadan sehingga menjadi negara yang mengandungi tiga wilayah besar iaitu Granada, Almeria dan Malaga. Kawasan ini sempadannya memanjang hingga ke Laut Mediterranean dan Selat Gibaltar dengan Granada dijadikan ibu negara.

Penguasaan terhadap Almeria dan Malaga memperkukuhkan kedudukan negara ini kerana kedua-dua bandar tersebut memainkan peranan yang penting dalam aktiviti perdagangan dan marin.[3]
b)Pengasas kerajaan Nasriyah adalah Muhamad bin Yusof bin Nasr (Ibn al-Ahmar)
Kerajaan Nasriyah diasaskan oleh Muhammad bin Yusuf bin Nasr yang dikenali sebagai Ibn al-Ahmar pada tahun 1235M berpusat di Granada, Selatan Sepanyol.
c)Ibn al-Ahmar menggunakan gelaran Amir.
d)Amir mengamalkan dasar berbaik-baik dengan kerajaan Kristian bagi memastikan kestabilan pemerintahannya.Oleh sebab cabaran pihak Kistian amat hebat, akhirnya pada tahun 1246, Ibn al-Ahmar telah menandatangani perjanjian dengan pihak Kristian. Menurut perjanjian tersebut, Ibn al-Ahmar sanggup membayar ufti  dan bersetuju menyerahkan Jaen, Arjona, Porcuna, Priego, Higuera dan La Fontera kepada Castille di bawah Ferdinand II.
Tindakan  yang diambil oleh Ibn al-Ahmar ini bertujuan menyelamatkan kedudukannya sebagai pemerintah tunggal di Granada dan menjamin pengekalan pemerintahan kerajaan  Nasriyyah di Andalus.[4]  Pada zaman pemerintahannya antara tahun 1344-1396M, kerajaan Nasriyah mencapai zaman kegemilangan dengan terbinanya Istana alHambra yang menjadi lambang seni bina Islam di Sepanyol.[5]
e)Kerajaan Nasriyah diperintah oleh 22 orang Amir (sultan).[6] 
Kerajaan Bani Nasr atau Nasriyyah dipenrintah oleh seramai 22 orang sultan bermula dari tahun 1232 M hingga 1492M. Pada peringkat awal sultan-sultan kerajaan Nasriyyah berusaha bersungguh-sungguh untuk menstabilkan kedudukan politik dan pentadbian negara.Bermula abad ke-14M, kerajaan Nasriyyah mengalami keruntuhan yan berpunca daipada peebutan kuasa. Akibatnya kerajaan Nasriyyah berpecah kepada dua kumpulan iaitu golongan yang anti-Kristian dan golongan elit, petani dan pedagangan yang bencikan peperangan. Kemuncak permasalahan berlaku dalam kerajaan Nasriyyah pada tahun 1390-an.Orang Kristian mengambil kesempatan melancarkan gerakan menyelamat Sepanyol daripada kekuasaan Islam di bawah pimpinan Isabella dai Aragon dan Ferdinand dari Castile. Pada tahun 1492M, kerajaan Nasriyyah menyerahkan Ganada kepada orang Kristian. Dengan ini, tamatlah pemerintahan kerajaan Islam di Sepanyol.[7]  


[1]Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 113.
[2]Bentuk  Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,25.
[3] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2015), 109.
[4] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam:Oxford Fajar.2014)  ,66.
[5]Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, 113
[6]Bentuk  Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,25.
[7] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, 113.

No comments:

Post a Comment