14
FEBRUARI 2016
Kemalangan
KUANTAN
- Sorang pengetua sebuah sekolah menengah dan anaknya maut dalam kemalangan
melibatkan dua buah kereta dan sebuah lori di KM23.5 Jalan Temerloh-Bandar
Jengka/Jerantut, Maran hari ini.
Dalam
kejadian kira-kira 1 petang itu, Mohd Rozi Mat Bani, 48, yang merupakan
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat dan anak bongsunya Adam
Zikry, 11, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di
kepala.
Ketua
Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Radzi berkata seorang
lagi anak mangsa Muhammad Afiq Zakwan, 18, yang memandu kereta Perodua Kelisa
itu, cedera parah dan kini dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU)
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH) di Temerloh.
"Kemalangan
itu dipercayai berlaku apabila Muhammad Afiq Zakwan cuba untuk memotong
beberapa kenderaan di hadapan namun gagal, lalu bertembung dengan sebuah kereta
Waja yang datang dari arah bertentangan.
"Akibat
perlanggaran itu, kereta Waja berkenaan terbabas ke kiri jalan manakala kereta
Kelisa itu berpusing sebelum dilanggar oleh lori yang berada di belakang kereta
Waja," katanya kepada Bernama semasa dihubungi di sini.
Mat
Rizal berkata kemalangan berhampiran Jengka 19 itu turut menyebabkan pemandu
kereta Waja itu cedera ringan.
Identiti
pemandu itu belum dikenal pasti, katanya.
Kemalangan
itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Difahamkan
semasa kejadian, Mohd Rozi dan anaknya dalam perjalanan dari Bandar Jengka
untuk pulang ke rumah mereka di Sungai Gau, Temerloh.
Jenazah
dua beranak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Gau malam
ini. – Bernama
Sumber-sinara
Harian online 14 FEBRUARI 2016
No comments:
Post a Comment