Ad

Tuesday, 9 February 2016

RANCANGAN LIMA TAHUN KEDUA KERAJAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 9.2.1961

Pada  hari  ini 9 Februari  dalam  tahun  1961,   Rancangan  Kedua  Kerajaan  Persekutuan  Tanah  Melayu  telah  diluluskan  dengan  sebulat  suara  oleh  Dewan  Rakyat.   Menurut  rancangan  ini  penanaman  modal  adalah  sejumlah  $5,050  juta,    $2,150  juta  daripadanya  adalah  daripada  sumber-sumber  kerajaan  manakala  sebanyak  $2,900  juta  lagi daripada  sumber  perseorangan.  Rancangan  Lima  Tahun  Kedua  ini  bertujuan  untuk  menyaksikan  setiap  rakyat  yang  tinggal  di  luar  bandar  dan  kampung-kampung  memperolehi  pendapatan  sekurang-kurangnya  $400  sebulan.  Sejumlah  $151  juta  daripada  Rancangan  Lima  Tahun  Kedua  ini  telah  diperuntukkan  kepada  Kementerian Kesihatan  dengan  sejumlah  $145  juta  akan  dibelanjakan  untuk  perkhidmatan  kesihatan  dan  sejumlah  $6  juta  lagi  bagi  perkhidmatan  kebajikan.  Rancangan  ini  telah  disifatkan  sebagai  sebuah  rancangan  yang  sangat  berani,  kerana  jumlah  yang  diperuntukan  untuk  dibelanjakan  adalah  lebih  dua  kali  ganda  daripada  perbelanjaan  Rancangan  Lima  Tahun  Pertama  (1956-1960).   Lanjutan  daripada  itu,  Timbalan  Perdana  Menteri,  Y.B  Tun  Abdul  Razak  melancarkan  kempen  pembangunan  luar  bandar  tingkat  kedua  bagi  menggalakkan  dan  menyeru  rakyat berkerjasama  dalam  pembangunan  kampung-kampung   serta  menjayakan  perlaksanaan  Rancangan  Lima  Tahun  Kedua.

Sumber-http://hids.arkib.gov.my/

No comments:

Post a Comment