PEMAIN
Kuala Lumpur, Zhafri Yahya (kiri) melepaskan rembatan kencang ketika aksi Liga
Premier menentang Johor DT II di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi
yang berkesudahan skuad warga kota itu menang 1-0.
KUANTAN
FA, UiTM FC, Melaka United, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur tampil garang pada
aksi kedua kempen Liga Premier 2016 malam tadi.
Tumpuan
sudah pastinya terarah terhadap kejayaan Kuantan FA yang tampil bergaya
membelasah Sabah 4-1 pada aksi yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Empat
gol Kuantan pada perlawanan tersebut disumbangkan pemain import dari Ivory
Coast, Dao Bakary dan Abdul Malik Ariff dengan masing-masing menjaringkan dua
gol, manakala gol sagu hati Sabah dijaringkan Maxsius Musa.
Kemenangan
tersebut membolehkan Kuantan menghuni tangga ketiga liga dengan mengumpul empat
mata.
Nasib
berbeza pula melanda Perlis pada aksi yang berlangsung di Kangar apabila skuad
kendalian Dollah Salleh itu tewas 0-1 kepada pasukan kelab UiTM FC menerusi
jaringan pemain import dari Uzbekistan, Pavel Purishkin pada minit ke-29.
Ia
pencapaian terbaik buat UiTM FC yang dikendalikan Raja Isa Raja Akram Shah
setakat ini yang turut meraih kemenangan bergaya 4-1 ke atas Sabah pada aksi
pembuka tirai, Jumaat lalu.
UiTM
FC kini selesa meneraju liga dengan enam mata.
Pada
perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, pasukan
tuan rumah, Kuala Lumpur mengetepikan cabaran Johor Darul Takzim II (Johor DT
II) 1-0 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan pemain pertahanan dari
Brazil, Leo Carioca.
Skuad
warga kota itu memperoleh sepakan penalti selepas penjaga gol Johor DT II,
Mohd. Fazli Paat menjatuhkan pemain tengah, Zhafri Yahya dalam kotak penalti.
Ini
merupakan kemenangan kedua buat skuad Kuala Lumpur, sekali gus membolehkan
mereka meraih enam mata untuk menghuni kedudukan kedua liga.
Juara
Liga FAM musim lalu, Melaka United turut mencetak kemenangan apabila membenam
PKNS 2-1 pada pertemuan di Stadium Hang Jebat, Melaka menerusi jaringan R.
Surendran dan Nurshamil Abdul Ghani. gol PKNS dijaringkan Juan Cobelli.
Sementara
itu, pada aksi yang berlangsung petang semalam, DRB-Hicom gagal meneruskan
rentak kemenangan apabila tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada aksi yang
berlangsung di Stadium Proton, Tanjung Malim.
Tiga
gol Negeri Sembilan dijaringkan Andrew Nabout, Joel Chianese dan Alex Smith
sementara gol DRB-Hicom dijaringkan Ivan Babic.
Negeri
Sembilan kini menghuni tangga keempat liga dengan mengumpul empat mata.
Sumber-Artikel
Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0216&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz40GSXs1wp
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment