Ad

Monday 30 April 2018

RIDAKSI MAJALAH JAYA 1979

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
PENAUNG                               : GURU BESAR EN IBRAHIM BIN HJ MUHAMAD
GURU PENASIHAT                ; EN MOKHTAR HUSSAIN
                                                    EN RAZAK JAMAL
                                                    EN AZIZ SALLEH
KETUA PENGARANG           ; PUTERI SALMAH MEGAT AHMAD
PENOLONG PENGARANG   ; ABDUL BASIK ABDUL RAHMAN
PENGERUSI                            ; SALMIAH BT ABDULLAH
JURUTAIP                                ; PARIDAH BT BAHAROM
                                                     ROHAINI  BT RAMLI
JURULUKIS                             ; AZHARI PEN
                                                     SARIPAH SALATON
PERSATUAN                            ; MAD NOOR ZAKARIA
                                                     PARIDAH JAAFAR
FOTO                                         ; ZAHARUDDIN IBRAHIM
PENYEMAK                             ; ZAHARI BIN ISMAIL
                                                     KHAMSIAH BT SAMAH
SUKAN                                      ; SHAMSUDDIN MOHAMMAD
                                                      NORFAIZAH OTHMAN
DAIRI                                         ; SOBRIYAH BT AHMAD
SUMBER- DR ZAHARAH BT HUSSIN

Friday 27 April 2018

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 27.4.2018


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

PKNS 1- 1    PKNP
                      m-42 Muhammad Safar
m-90 Nurridzuan Abu Hassan
Terengganu   1- 1    Kedah
m-44 J. Partiban  m-64 Baddrol Bakhtiar

TERKINI LIGA SUPER 27.4.2018


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

PKNS 0 - 0   PKNP

Terengganu   0 - 0   Kedah

Tuesday 24 April 2018

KEPUTUSAN PENUH JOHOR DT 3-2 SONG LAM NGHE AN FC


Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Johor DT     3-2  Song Lam Nghe An FC
PEMAIN JOHOR DT
24 IZHAM TARMIZI
04 AFIQ FAZAIL
22 COBIN ONG
07 AIDIL ZAFUAN
12 S.KUNALAN
27 FADHLI SHAS
08 SAFIQ RAHIM
09 HAZWAN BAKRI
28 SYAFIQ AHMAD
29 SAFAWI RASID
30 NATXO INSA


JOHOR DT 2-1 SONG LAM NGHE AN FC


Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Johor DT     2-1  Song Lam Nghe An FC
PEMAIN JOHOR DT
24 IZHAM TARMIZI
04 AFIQ FAZAIL
22 COBIN ONG
07 AIDIL ZAFUAN
12 S.KUNALAN
27 FADHLI SHAS
08 SAFIQ RAHIM
09 HAZWAN BAKRI
28 SYAFIQ AHMAD
29 SAFAWI RASID
30 NATXO INSA


Sunday 22 April 2018

MAJALAH JAYA BIL.BIL.2 1979

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB


SUMBER- DR ZAHARAH BT HUSSIN

DOLLAH diharap mampu ulangi kejayaan musim lalu


Pahang intai final Piala FA
Oleh Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
KUANTAN: Pengurus Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang optimis skuad kendalian Dollah Salleh mampu mengulangi pencapaian mara ke final Piala FA musim lalu selepas membenam pasukan pilihan, Johor Darul Ta'zim (JDT) 3-0 di suku akhir, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, Suffian menegaskan pemain perlu mengekalkan komitmen dan semangat tidak mengenal erti putus asa biarpun berdepan pelbagai masalah terutama kecederaan seperti yang diperagakan ketika membaham Harimau Selatan di laman keramat mereka.  

Katanya, apa yang lebih penting skuad Tok Gajah dan tidak memandang rendah kemampuan PKNP FC yang akan ditemui di separuh akhir, 23 Jun nanti.

"Saya berterima kasih kepada semua pemain yang dapat melalui 90 minit perlawanan di Larkin dengan mempamerkan corak permainan yang mantap dan bertenaga. 

"Kejayaan ini membuktikan mereka mampu melakar kemenangan jika dapat beraksi dengan baik dan pada masa sama mengikut percaturan jurulatih. 

"Sebenarnya, tiada yang mustahil untuk mencatat kemenangan dan saya percaya kejayaan ini pasti menjadi tonik terbaik menghadapi separuh akhir menentang PKNP sekali gus mengulangi pencapaian mara ke final musim lalu," katanya.

Pada aksi suku akhir kedua Jumaat lalu, hatrik Patrick Cruz memastikan Pahang melangkah ke separuh akhir dan kemenangan itu juga melebur rekod tanpa kalah Harimau Selatan di laman sendiri sejak 2014.

PKNP pula mara selepas menewaskan pendahulu Liga Perdana, FELDA United FC 2-1 di Stadium Tun Razak, Jengka, untuk mengikat agregat 2-2 sekali gus layak berdasarkan jaringan di gelanggang lawan.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE  Ahad, 22 April 2018 | 12:20pm

Saturday 21 April 2018

Sejarah Penghijrahan Orang Melaka ke Felda Jengka 2.

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Penulis menemuramah Hj Yaakob Mahadi

        Felda Cempaka Jengka 2 (Jengka 2), merupakan salah satu daripada kawasan petempatan peneroka Felda yang telah dibuka sekitar tahun 1971. Felda Jengka 2 berada di dalam kawasan daerah Maran dan terletak berhampiran Felda Jengka 3 dan Ulu Jempol. Perjalanan dari Bandar Jengka yang terletak 10 kilometer mengambil masa kira-kira 15 minit. Terdapat lebih daripada 400 buah keluarga yang terdiri daripada generasi pertama dan Felda  peneroka.

       Tanah Rancangan Felda Jengka 2 telah dimajukan dalam  peringkat kedua pembangunan tanah Felda dalam tahun 67/68. Perancangan pembangunan wilayah ini berdasarkan kajian kumpulan pakar perunding Tams/Hunting. Ini merupakan projek utama negara yang pertama dibiayai melalui pinjaman Bank Dunia berjumlah sebanyak 52 juta dollar Amerika. Pinjaman ini digunakan untuk membiayai projek Jengka 1-23.[1]

     Kebanyakkan penduduk di Felda Cempaka Jengka 2 berasal daripada masyarakat Melaka kerana terdiri daripada saudara- mara mereka. Pada tahun 1970 seramai 133 orang peneroka yang berasal dari Melaka telah masuk ke Felda Cempaka Jengka 2 tetapi mereka datang secara berorganisasi. Kebanyakkan orang Melaka ditempatkan di kawasan peringkat 2. Di peringkat 2 mempunyai 3 lorong dan lorong tengah di kawasan kubur kebanyakkannya terdiri daripada orang Melaka. Orang Melaka yang ada di Felda Jengka 2 berasal dari Kampung sekitar Mukim Sungai Rambai, Alor Gajah, Jasin, dan sebagainya.[2]

     Perjalanan mereka untuk sampai ke Felda Cempaka Jengka 2 dengan menaiki bas yang disediakan. Mereka berhijrah ke sini kerana pada mulanya mereka menerima tawaran untuk menjadi peneroka. Felda ini ditubuhkan bagi membasmi kemiskinan yang melampau di kalangan masyarakat orang melayu di negara ini.[3]




[1]Rokiah Talib, “Raja Muhammad  Alias Arkitek Felda”, (Penerbitan UKM, Bangi 2010), 49.
[2] Temu ramah Haji Yaakob Mahadi pada 5 April 2016.
[3] Ibid

Pahang cari pengganti Forkey Doe


Shahrulanoor Ishak
19 April 2018 3:00 AM
FORKEY DOE (kiri) mengalami kecederaan lutut ketika beraksi dalam
FORKEY DOE (kiri) mengalami kecederaan lutut ketika beraksi dalam saingan Piala FA bulan lalu.

KETUA jurulatih Pahang, Dollah Salleh tidak menolak kemungkinan menggantikan Francis Forkey Doe dengan penyerang setara atau lebih baik menerusi jendela perpindahan yang akan dibuka pada Mei depan.

Ketika ini, Forkey Doe terpaksa direhatkan selepas mengalami kecederaan ligamen lutut (ACL) ketika membantu Pahang menyingkirkan Kedah pada pu­singan ketiga Piala FA 2018 di Kuantan pada 17 Mac lalu.


“Saya pun ada rasa macam itu (mencari pengganti Forkey Doe). Tak dinafikan, ketiadaan Forkey Doe memang beri masalah kepada pasukan terutama semasa berada di depan pintu gol.

“Kalau perlu pengganti Forkey Doe, kita kena tunggu jendela perpindahan Mei nanti,” ujar Dollah mengulas perancangan pasukan itu selepas terikat tanpa jaringan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada suku akhir pertama Piala FA baru-baru ini.

Ketiadaan Forkey Doe jelas memberi masalah kepada skuad Tok Gajah untuk melancarkan serangan secara berkesan, sekali gus merencatkan usaha Pahang untuk mencipta peluang.

Corak serangan tanpa hantaran tepat daripada pemain import Liberia itu juga memberi kesulitan kepada penyerang kelahiran Brazil, Patrick Cruz untuk melakukan jaringan.

“Selain Forkey Doe, beberapa pemain lain juga ada masalah kecergasan dan ini menyukarkan kita untuk menyusun kesebelasan terbaik,” ujar Dollah.

Ketika aksi terikat tanpa jaringan dengan JDT di Kuantan pada 4 April lalu, Cruz serta pemain tengah, Nor Azam Azih masing-masing menghadapi masalah kecergasan akibat kecederaan kaki yang dialami sebelum ini.

Ia sekali gus meletakkan kawasan tengah skuad Tok Gajah berada dalam situasi kucar-kacir serta tidak tersusun terutama ketika melancarkan serangan dan semasa menghadapi asakan JDT pada aksi tersebut.

“Saya harap, pemain-pemain kembali cergas sepenuhnya dan mendapat keyakinan yang lebih baik untuk bermain pada suku akhir kedua Piala FA di Johor Bahru (esok),” tambah bekas pengendali skuad kebangsaan itu.
SUMBER-KOSMO ONLINE 19 April 2018 3:00 AM



DOLLAH akui mengarahkan anak buahnya menyekat barisan tengah JDT.


Dollah dedah rahsia kemenangan Pahang
Oleh Rizar Mohd Noor
sukanteam@nstp.com.my
JOHOR BAHRU: Perancangan dan pelaksanaan taktikal yang tepat membuktikan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) boleh ditewaskan di stadium keramat mereka, Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, pada aksi suku akhir kedua Piala FA, malam tadi.

Lebih manis, kemenangan 3-0 pasukan Pahang dicatat ketika pemain utama masih belum pulih 100 peratus daripada kecederaan.

Pengendali Pahang, Dollah Salleh berkata, rahsia menewaskan JDT adalah dengan mematikan gerakan barisan tengah skuad kendalian Raul Longhi.

Menurutnya, walaupun terpaksa membariskan kesebelasan utama 'tempang' berikutan beberapa pemain utama, Matthew Davies, Safuwan Baharuddin, penjaring hatrik Patrick Cruz dan Mohamadou Sumareh tidak cergas 100 peratus, komitmen tinggi mereka memastikan Pahang mara ke separuh akhir dengan penuh bergaya.

"Sebenarnya memang kita merancang untuk mematikan bahagian tengah JDT yang juga nadi dan kekuatan pasukan itu," kata bekas pemain dan pengendali skuad kebangsaan itu.

"Walaupun dalam sesi latihan saya tidak dapat melatih pemain membentuk taktikal dirancang, tetapi pemain saya faham apa yang saya mahu.

"Tiga pemain tengah JDT adalah nadi utama pasukan itu dan apabila kami menyekat penguasaan mereka, kami dapati Natxo (Insa), Hariss (Harun) dan Nazmi (Faiz Mansor) tiada ruang untuk mengawal bola.

"Kita matikan langkah ketiga-tiga pemain tengah JDT daripada mengumpan bola kepada sayap kanan dan kiri dan ia menyukarkan Gonzalo (Cabrera) menyusup masuk selain membataskan pergerakan Safawi (Rasid)."

Dollah sendiri tidak menyangka Cruz yang masih belum cergas 100 peratus mampu meledak hatrik manakal Sumareh yang demam panas masih mampu memberikan persembahan terbaik untuk memastikan Pahang melangkah ke separuh akhir.

Katanya, Davies sepatutnya tidak diturunkan tetapi tetap mahu berada dalam kesebelasan utama walaupun hanya diberikan panduan untuk mengawal corak permainan Cabrera.

"Safuwan yang mengalami kecederaan dan pulang ke Singapura Jumaat lalu untuk mendapat rawatan hanya menjalani latihan ringan, tiga hari sebelum ke Johor Bahru dan latihan yang dilakukan bukan di tahap 100 peratus.

"Saya berpuas hati dengan persembahan setiap pemain yang diturunkan, malah ketika aksi babak kedua saya beritahu pemain jika mereka kekalkan corak permainan seperti babak pertama tidak mustahil kita akan menang.

"Walaupun dalam kedudukan selesa, saya tidak mengubah corak permainan kerana sedar jika diberi ruang, JDT boleh menghukum kami," katanya.
Sumber-BERITA HARIAN ONLINE Sabtu, 21 April 2018 | 2:20pm

KAFA sedia lepas Apek, Piya


Sabtu, 21 April 2018 | 2:30pm
KHAIRUL Fahmi tiada dalam perancangan Fajer. -Foto fail
KAFA sedia lepas Apek, Piya
Oleh Rodly Fadly
sukanteam@nstp.com.my
 
KUALA LUMPUR:  Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) sedia melepaskan Khairul Fahmi Che Mat jika penjaga gol berpengalaman itu berhasrat meninggalkan pasukan Kelantan pada musim perpindahan kedua bulan depan.

Malah, Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilyas Khan mengalu-alukan hasrat pasukan Kuala Lumpur untuk melamar pemain itu sambil menyatakan pintu rundingan turut terbuka luas kepada pasukan lain yang berminat.

Bibi berkata ia sebagai menyokong langkah transformasi yang sedang dilakukan oleh jurulatih baharu, Fajer Ebrahim ke atas The Red Warriors dan pada masa sama untuk meringankan beban kewangan ditanggung badan bola sepak itu.

"Terus terang saya nyatakan, Apek (Khairul Fahmi) memang tidak ada dalam perancangan jurulatih dan beliau (Fajer) menyerahkan kepada kami untuk membuat keputusan," kata Bibi.

"Bagi kami, bila seseorang pemain tidak ada dalam perancangan jurulatih, dengan kekangan kewangan yang sedang kami hadapi, kami perlu akur dengan keputusan itu dan memberi ruang kepada pemain untuk bermain dengan pasukan lain.

"Namun, setakat ini kami belum membincangkan perkara ini dengan Apek kerana saya baru selesai berunding dengan Veenod (S Veenod), Taj (Amiridzwan Taj Tajuddin) dan Faizol Nazlin (Sayuti).

 "Kami juga belum menerima sebarang tawaran untuk Apek sama ada daripada Kuala Lumpur atau pasukan lain. Tapi, pintu kami memang sentiasa terbuka untuk rundingan."

Setakat ini Kelantan sudah mengetepikan 11 pemain termasuk dua import, Bruno Lopes dari Brazil dan Ferdinand Singa (Indonesia) selain pemain tempatan - Norfarhan Muhammad, Amiridzwan, Rozaimi Azwar, Sukri Abd Hamid, Shafiq Ab Rahman, Tengku Qayyum Ubaidillah dan Hattaphon Bun An.

Bibi menjelaskan, selain Apek, bekas ketua pasukan, Badhri Radzi atau Piya juga tidak ada dalam perancangan Fajer dan membuka ruang kepada pasukan lain yang mahu melamarnya.

Menurutnya, walaupun tindakan menggugurkan beberapa pemain berpengalaman dianggap drastik, KAFA terpaksa melakukannya demi menyelamatkan pasukan itu.

"KAFA sedang dibelenggu hutang yang mungkin berdepan tindakan daripada FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa) serta pemotongan mata jika tidak ditangani segera. Kalau hutang tak dapat bayar, belum tentu pasukan Kelantan boleh kekal dalam Liga Super pada tahun depan.

"Pada masa sama, kami juga perlu menilai daripada pelbagai sudut, contohnya ambil pemain bergaji tinggi tapi prestasi pasukan tidak meningkat. Jadi, kami ambil jalan tengah, biar beban hutang berkurangan di samping berusaha mengekalkan pasukan dalam Liga Super," katanya
Sumber-BERITA HARIAN ONLINE Sabtu, 21 April 2018 | 2:30pm

Tok Gajah mengamuk di Larkin


Tok Gajah mengamuk di Larkin
21 April 2018 3:00 AM
 CRUZ (dua dari kanan) muncul wira apabila menjaringkan hatrik ketika membantu Pahang menewaskan JDT
CRUZ (dua dari kanan) muncul wira apabila menjaringkan hatrik ketika membantu Pahang menewaskan JDT 3-0 pada suku akhir kedua Piala FA di Larkin malam tadi.

REKOD bersih Johor Darul Ta’zim (JDT)  di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin iaitu tidak pernah kalah selama tiga tahun akhirnya lebur di tangan Pahang selepas wakil Pantai Timur itu menewaskan Harimau Selatan 3-0 di gelanggang keramat mereka pada aksi suku akhir kedua Piala FA malam tadi.

Skuad Tok Gajah melakar kejutan apabila menjadi pasukan pertama mengalahkan juara empat kali berturut-turut Liga Super itu yang mana kali terakhir skuad Harimau Selatan tewas di laman sendiri kepada Felda United pada 28 November 2015.

Penyerang kelahiran Brazil, Patrick Cruz muncul wira buat pasukan bimbingan Dollah Salleh apabila menjadi watak utama kejayaan membanggakan tersebut dengan mencipta hatrik menewaskan JDT.

Dalam aksi itu, Cruz tidak mengambil masa lama untuk membuka tirai jaringan pada minit kesembilan selepas memanfaatkan hantaran jauh rakan sepasukan sebelum melepaskan rembatan leret menewaskan penjaga gol Harimau Selatan, Farizal Marlias.

Pemain berusia 25 tahun itu terus menjadi duri dalam daging buat JDT apabila menjaringkan gol kedua skuad Tok Gajah pada minit ke-58 dan melengkapkan kemenangan Pahang menerusi gol ketiga pada minit ke-76.

Pahang yang seri tanpa jaringan menentang JDT pada aksi pertama akan menentang Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) dalam aksi separuh akhir selepas kelab itu menyingkirkan pasukan pilihan, Felda United dengan memiliki kelebihan jaringan di tempat lawan selepas terikat 2-2.

Pada aksi timbal balik kedua di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka itu, PKNP FC mengalahkan skuad kendalian B. Sathianathan 2-1 menerusi dua jaringan Muhd. Shahrel Fikri Md. Fauzi pada minit ke-15 dan 43, manakala gol tunggal Felda dijaringkan oleh Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-26SUMBER-KOSMO ONLINE 21 April 2018 3:00 AM

Tok Gajah berdepan situasi sukar


ROSILAWATI ROSEDI 20 APRIL 2018
Dollah Salleh
Dollah Salleh
KUANTAN - Kem Tok Gajah berdepan situasi sukar selepas beberapa pemain utama mereka mengalami kecederaan.

Situasi itu diakui Ketua Jurulatih, Dollah Salleh dalam menyenaraikan kesebelasan utama Pahang apabila berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada suku akhir kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Menurutnya setakat ini dua pemain utama iaitu Matthew Davies dan Safuwan Baharudin masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Selain itu, bekas jurulatih kebangsaan itu turut memberitahu, pemain tengah Mohamadou Sumareh mengalami demam panas manakala penyerang, Norshahrul Idlan Talaha hanya dapat bersama pasukan, esok.

“Setakat ini, apa yang boleh saya katakan adalah keputusan sama ada Davies, Safuwan, Sumareh dan Mat Yo (Norshahrul) dapat beraksi atau tidak hanya diketahui esok (hari ini).

“Saya tetap bawa mereka ke Larkin kecuali Mat Yo yang tidak bersama kerana isterinya keguguran untuk menyenaraikan kesebelasan terbaik bertemu JDT.

“Namun, jika mereka tidak dapat bersama, saya tiada pilihan lain dan mengharapkan pemain yang diberi tanggungjawab dapat melaksanakan tugas masing-masing,” katanya lagi.

Tegasnya, peluang masih lagi ada walaupun skuad itu berdepan situasi sukar namun ia memerlukan komitmen tinggi daripada semua pemain selain menuntut prestasi terbaik dapat diterjemahkan di halaman tuan rumah.
Sumber-SINAR HARIAN ONLINE Jumaat, 20 April 2018 | 11:34am

Friday 20 April 2018

KEPUTUSAN MASA PERTAMA FELDA UNITED 1-2 PKNP


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Felda United   1-2 PKNP
                               m-15,m-43 Shahrel Fikri
m-26 Wan Zack Haikal
PEMAIN FELDA UNITED
FARIZAL HARUN
SHUKOR ADAN
WAN ZACK HAIKAL


TERKINI SUKU AKHIR KEDUA PIALA FA

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Johor Darul Ta'zim  0 - 1   Pahang
                                             m-9 Patrick Cruz


Felda United 1 - 1   PKNP
                             m-15 Shahrel Fikri
m-26 Wan Zack Haikal

FELDA UNITED 1-1 PKNP


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Felda United   0-1 PKNP
                               m-15 Shahrel Fikri
m-26 Wan Zack Haikal
PEMAIN FELDA UNITED
FARIZAL HARUN
SHUKOR ADAN
WAN ZACK HAIKAL

FELDA UNITED 0-1 PKNP


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Felda United   0-1 PKNP
                               m-15 Shahrel Fikri

Salim tabik keberanian Fajer

Jumaat, 20 April 2018 | 11:34am
 
SALIM MAHMUD
Salim tabik keberanian Fajer
Oleh Rodly Fadly
sukanteam@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Tindakan drastik Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) melakukan rombakan besar-besaran ke atas pasukan itu dengan mengetepikan beberapa pemain berpengalaman mendapat sokongan bekas pemain kebangsaan, Salim Mahmud.

Salim yang juga Presiden Persatuan Bekas Pemain Bolasepak Kelantan (PBPBK) berkata, apa yang dilakukan oleh jurulatih baharu pasukan itu, Fajer Ebrahim adalah wajar dan terbaik demi memulihkan reputasi The Red Warriors.

Malah, berdasarkan perlawanan pertama di bawah kendalian Fajer ketika seri 1-1 dengan Negeri Sembilan minggu lalu, Salim yakin jurulatih dari Syria itu adalah pilihan yang tepat untuk menyelamatkan bola sepak Kelantan.

"Kita memerlukan jurulatih yang memiliki keberanian seperti Fajer untuk melakukan perubahan. Anda dapat lihat hasilnya apabila beliau mempertaruhkan pemain muda ketika menentang Negeri Sembilan.

"Walaupun sekadar seri 1-1 namun pemain menunjukkan kesungguhan serta berjuang bermati-matian sehingga wisel penamat. Malah, kita mula nampak hala tuju pasukan itu sejak dibimbing Fajer," ujar bekas pemain Kelantan era 1980-an hingga awal 1990-an itu.

Salim berkata, walaupun pengguguran pemain import, Bruno Lopes dari Brazil dan Ferdinand Sinaga (Indonesia) serta bintang tempatan seperti Norfarhan Muhammad dan S Veenod memeranjatkan banyak pihak, namun ia langkah yang tepat.

Beliau juga tidak terperanjat dengan ura-ura dua lagi pemain senior, Badhri Radzi dan Khairul Fahmi Che Mat bakal turut diketepikan kerana beranggapan zaman kemuncak kedua-dua pemain itu sudah berakhir.

"Tidak dinafikan Piya dan Apek banyak berjasa kepada bola sepak Kelantan namun kita tidak boleh menjadikan sentimen itu untuk terus bergantung pada mereka.

"Dalam bola sepak, kita tidak boleh bergantung pada sejarah sebaliknya realiti semasa. Mungkin sudah sampai masanya kedua-dua pemain itu mencari pasukan lain untuk meneruskan karier," ujar Salim.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Jumaat, 20 April 2018 | 11:34am

Apek dalam radar Maciel

Rodly Fadly
sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Jurulatih Kuala Lumpur (KL), Fabio Maciel mengakui penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat berada dalam senarai pemain paling dikehendakinya apabila pintu perpindahan kedua dibuka pada pertengahan bulan depan.

Malah, Maciel mendedahkan langkah pertama untuk mendapatkan Khairul Fahmi atau mesra dengan panggilan Apek sudah dimulakan apabila mengusulkan nama penjaga gol itu kepada pihak pengurusan baru-baru ini.

Beliau yakin kehadiran Apek dapat mengukuhkan lagi cabaran KL terutama untuk memantapkan posisi penjaga gol yang kini dibarisi oleh Kamarul Affendi, Ahmad Solehin Mamat dan Khatul Anuar Jalil.

“Apek seorang penjaga gol yang bagus dan berpengalaman. Sudah pasti saya sangat gembira jika dia menyertai kami dan saya mengalu-alukan kedatangannya.

“Kami perlukan pemain seperti dia untuk menjadikan pasukan KL lebih stabil serta mampu menjadi pencabar sebenar.

“Kehadiran Apek kelak bukan sekadar mampu mengukuhkan benteng terakhir KL malah boleh membimbing penjaga gol muda, Solehin dan Khatul di samping memberi daya saing kepada Kamarul.

“Saya sudah menyerahkan nama Apek kepada pengurusan untuk mereka memulakan rundingan dan berharap impian memiliki pemain itu akan menjadi kenyataan,” akui Maciel.

Selain itu, kata Maciel, beliau turut menyenaraikan nama beberapa pemain lain untuk dipertimbangkan oleh Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) dalam usaha memantapkan The City Boys.

Spekulasi yang mengaitkan Apek dengan pasukan KL tercetus selepas penjaga gol kebangsaan itu dilaporkan antara pemain bakal dilepaskan oleh Kelantan pada perpindahan kedua yang bermula pertengahan bulan depan.

Malah, keputusan jurulatih baharu Kelantan, Fajer Ebrahim mengetepikan Apek, sebaliknya memberi kepercayaan kepada Fikri Che Soh pada aksi menentang Negeri Sembilan hujung minggu lalu menguatkan lagi spekulasi jodoh penjaga gol itu dengan The Red Warriors hampir ke penghujung.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 April 2018 @ 1:49 AM

Thursday 19 April 2018

Tagih khidmat tiga pemain senior


Aziman Rosdi
aziman@nstp.com.my
JURULATIH skuad bawah 23 tahun negara (B-23), Datuk Ong Kim Swee tidak bercadang untuk melakukan rombakan besar ke atas barisan pemainnya bagi menghadapi Sukan Asia Indonesia Ogos depan namun akan memanggil tiga pemain senior.

Setiap pasukan yang bertanding pada temasya sukan itu dibenarkan memanggil tiga pemain lebih umur dan Kim Swee percaya kehadiran pemain senior mampu memperkuatkan pasukan.

“Kami akan menghantar pasukan terbaik ke sana dengan mendapatkan khidmat tiga pemain lebih umur, tapi ini bergantung kepada situasi yang dihadapi sebelum Sukan Asia bermula. Buat masa ini saya belum membuat pilihan pemain senior.

“Saya tak nampak kami akan melakukan banyak perubahan ke atas pemain yang beraksi di China (Kejohanan B-23 AFC) sebelum ini namun saya tak nafikan ada beberapa pemain seperti Syafiq Ahmad (Johor Darul Ta’zim), Ariff Farhan Isa, Amirul Hisyam Awang Kechik (Kedah) menunjukkan prestasi yang baik untuk dipertimbangkan,” katanya.

Selepas skuad B-23 negara melakar sejarah dengan layak ke suku akhir Kejohanan B-23 AFC Januari lalu, Kim Swee berdepan satu lagi misi besar pada Sukan Asia tahun ini.

Berdasarkan prestasi di China, harapan tinggi disandarkan kepada skuada muda itu namun Kim Swee mengakui, kekangan masa menjadi halangan besar untuk beliau membentuk skuad terbaik.

“Saya tak boleh lakukan perubahan besar kerana pemain sedia ada sudah mempunyai persefahaman baik. Cuma pasukan mungkin tidak sempat untuk mengadakan perlawanan ujian sebelum ke Sukan Asia.

“Saya akan memanggil semua pemain pada 1 atau 2 Ogos ini, lebih kurang dua minggu sebelum temasya dan saya harap ia mencukupi untuk membuat persiapan,” katanya.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 April 2018 @ 9:45 PM

Wednesday 18 April 2018

NABI MUSA


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Nabi Musa merupakan seorang Nabi dan Rasul. Dilahirkan di Mesir pada zaman Firaun (Raja Mesir) daripada keturunan Bani Israil yang tinggal di Negeri Sham. Pemerintahan firaun sangat zalim. Beliau mengaku dirinya Tuhan.[1] Ramses II yang dinobatkan sebagai penguasa Mesir 1290 sebelum Masihi. Peringkat awal dia berkedudukan sebagai anak Tuhan dan kahirnya  dia mengaku dirinya sebagai Tuhan.[2]

      Pada satu malam Firaun bermimpi bahawa Negeri Mesir telah terbakar dan rakyatnya banyak yang mati dan orang-orang yang tinggal adalah orang-orang Bani Israil. Para ahli nujum di Mesir mentawilkan mimpi itu bahawa pada tahun itu akan lahir seorang bayi lelaki dari BaniIsrail yang akan meruntuhkan kerajaan Firaun. Firaung merasa takut, lalu beliau memerintahkan supaya kesemua bayi Bani Israil yang lahir pada tahun itu dibunuh. Hal ini telah diterangkan dalam al-Quran (surah al-Baqarah: 49)

      Ahli sejarah berpendapat, Nabi Musa a.s dilahirkan sekitar tahun 1285 Sebelum Masihi. Ini bertepatan dengan tahun ketujuh pemerintahan Ramses II. Peristiwa kelahiran Musa a.s terjadi ketika Firaun dan bala tentera Mesir di Kadesh Barnea kalah dalam pertempuran melawan bala tentera Kerajaan Het. Penderitaan dan penindasan orang-orang Israil di Mesir semakin besar. Di tengah penderitaan dan penindasan ini, isteri Imran atau Amram, anak Yafet putera Levi, melahirkan seorang bayi lelaki.

      Selepas melahirkan Musa, ibunya berasa cemas atas keselamatan bayinya. Ppada mulanya, dia memutuskan mahu menyembunyikan Musa selama tiga bulan. Namun, rasa cemas dalam hatinya tidak hilang. Bahkan, rasa itu berubah menjadi rasa takut, sehingga terlintas dalam fikirannya mahu membunuh bayi yang baru dilahirkan. Namun Allah s.w.t mengilhamkan ibu Musa bagi memasukkan bayinya ke dalam peti, lalu menhanyutkannya ke Sungai Nil. Yokhebed berduka ketika berpisah dengan Musa. Bahkan dia bimbang anaknya tenggelam di dalam sungai ataupun dipungut tentera Firaun. Tetapi Allah s.w.t memberi ketenangan kepada iub Musa supaya tidak berduka dan cemas. Ini kerana, Dia akan memulangkan Musa kepangkuannya dan menyampaikan kepadanya, Musa diangkat sebagai rasul.[3]

      Tuhan Yang  Maha Berkuasa telah mengilhamkan kepada ibu Nabi Musa a.s agar anaknya (Nabi Musa a.s) dihanyutkan  ke dalam Sungai Nil. Pada keesokkan harinya isteri Firaun elah mengambil Nabi Musa a.s yang sedang terapung-apung dalam peti yang dihanyutkan oleh ibunya. Bayi itu dibawa kepada Firaun (Ramses II) Apabila Firaun hendak membunuhnya lalu ditahan oleh isterinya, Änak ini janganlah dibunuh, Aku sayang padanya dan elok kita jadikan sebagai anak sen diri kerana aku tidak mempunyai anak. “Firaun menurut kehendak isterinya itu.

      Nabi Musa a.s enggan menyusu dengan wanita-wanita selain daripada ibunya sendiri. Ibunya telah pergi menyudukannya seperti yang disebut dalam al-Quran (al-Qasas: 7-13).[4]


[1]Mahayudin Hj, Yahaya, Ensikloedia Sejarah Islam jilid III L-O, (Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1987),909.
[2]Amanullah Halim, Musa vs Firaun, Pertarungan Paling Hebat Dalam Sejarah, (Batu Caves: Publishing House 2016)  ,26.
[3] Ibid,35.
[4] Mahayudin Hj, Yahaya, Ensikloedia Sejarah Islam jilid III L-O,910.