2.2.2 Perkembangan pendidikan
Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
2.2.1 Falsafah pendidikan Islam.
Hasil pembelajaran-membincangkan falsafah dan ciri-ciri pendidikan Islam.
Falsafah pendidikan Islam
a.Falsafah pendidikan Islam.
Falsafah pendidikan Islam ialah falsafah yang berteraskan wahyu, iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Falsafah pendidikan Islam bertujuan untuk menyediakan manusia dengan ilmu pengetahuan ang cukup agar ia kenal akan dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya atau mengetahui cara untuk menjalankan atau melaksanakan anggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini.
Ringkasnya falsafah pendidikan Islam adal satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah bagi membentuk sikap kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah swt yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah kebaikan di dunia dan kesejaheraan di akhirat.[1]
Definisi pendidikan Islam - tarbiah, taklim, ta'dib, irsyad dan tadris. Tarbiyah ialah proses pembenukan peribadi individu dari satu tahap sehingga mencapai matlamat akhir iaitu insan sempurna yang mengabdi diri dengan tulus ikhlas kepada Allah SWT.
Taalim dikaitkan dengan pemindahan ilmu kepada manusia untuk merealisasikan fungsi, tugas dan statusnya sebagai khalifah Allah SWT di bumi ini. Tadris membawa maksud pengajaran sesuatu cabang ilmu yang ditujukan kepada seseorang individu.Tadib dihubungkait dengan pembentukan adab atau sahsiah sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Irsyad pula bermakna petunjuk berasaskan syariah.[2]
Takrif umum Pendidikan Islam - suatu proses pembentukan keperibadian manusia berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah supaya menjadi hamba Allah SWT yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh.[3]
Surah al-Alaq ayat I hingga 5 membuktikan pendidikan dan berilmu pengetahuan merupakan risalah terpenting dalam Islam.
Islam menekankan pengetahuan berbentuk fardu ain dan fardu kifayah di samping tidak mengetepikan pengetahuan lain.
Berbeza dengan pendekatan sekularisme.
Islam memandang tinggi orang-orang berilmu (ulama).
Sumber Pendidikan Islam : al-Quran, as-Sunnah dan ijmak ulama.
Tujuan Pendidikan Islam :
a. Mencari keredhaan Allah
b. Membentuk akhlak dan keperibadian mulia
c. Perwujudan diri (sempurna kendiri - roh dan jasad)
Pendidikan Islam menekankan keseimbangan antara roh,jasad dan akal.
Lima punca pengetahuan yang diakui oleh falsafah Islam -deria, akal, institusi, ilham dan wahyu.
Dr. Said Ismail Ali - enam punca Pendidikan Islam :
a. al-Quran
b. Hadis
c. Sahabat-sahabat Rasulullah SAW
d. Permasalahan sosial
e. Adat istiadat dan etika masyarakat (sejarah)
f. Para pemikir Islam
Ciri-ciri Pendidikan
Pendidikan Islam merupakan tanggungjawab peribadi,Islam tanggungjawab masyarakat dan tanggunglawab pemerintah.
Pendidikan Islam bersifat pragmatis - teori dan praktik sekaligus.
Pendidikan Islam zaman Khalifah Umayyah mencapai tahap kecemerlangan.
Faktor-faktor yang mendorong peningkatan kemajuan pendidikan pada zaman kerajaan Umayyah :
a. Perkembangan kerajaan Islam itu sendiri
b. Perkembangan ilmu
c. Perkembangan masyarakat Islam.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan pendidikan pada zaman Umayyah
a. Gerakan agama
b. Gerakan falsafah
c. Gerakan sejarah.[4]
[1] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 221.
[2]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam: Oxford Fajar.2012) ,112.
[3]“Falsafah Pendidikan Islam ”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),60.
[4]Ibid, 61.
No comments:
Post a Comment