OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
a) Ciri-ciri senibina di
Andalusia.
Pengenalan kesenian Islam
Kesenian tidak bercanggah dengan Islam selagi tidak disalahgunakan. Sebaliknya, ke senian
Islam dapat membawa dan membimbing
manusia ke arah ketaqwaan dan pengabdian diri kepada Allah SWT.
Seni yang diterima oleh Islam adalah berdasarkan kepada nilai-nilai akidah, syarak dan
akhlak.Seni di dalam Islam tidak berslogan'seni untuk seni tetapi sebagai 'seni kerana Allah untuk
manusio, makhluk dan alam sekitar.
. Seni bina membawa maksud
keindahan yang dicetuskan daripada kemahiran dalam binaan, reka bentuk binaan dan pertukangan.
Seni bina merupakan sebahagiandaripada bidang seni dan salah satu cabang kebudayaan dan tamadun yang dihasilkan oleh manusia.
Ibn Khaldun menyatakan
bahawa seni bina adalah salah
satu ciri ketamadunan yang penting
kerana ia merupakan lambang dan tanda
kegemilangan sesuatu bangsa aatat tamadun.
Binaan terawal dalam Islam adalahKaabah
yang merupakan binaan terpenting dalam
proses permulaan Islam.[1]
Ciri-ciri seni bina di Andalusia :
a. Reka bentuk Islam
- istana, kota-kota dan kubu khasnya Alhambra (The Artistic Genius of Muslim Spain).
b. Binaan yang unik - menara
c. Reka bentuk masjid-
mihrab dan dinding
d. Konsep ruang dalam pembinaan bangunan – ciri keterasingan ruangan al-Hukmi
(Baitul Hukmi)ruangan Bani Siraj (Baitul Bani Siraj),Taman Singa (Hausyus Sibb), ruangan dua perempuan
bersaudara (Baitul al-Ukhtain) dan ruangan bersiram (Hausy
ar-Raihan). Ruangan lain termasuk ruang istirehat sultan dan permaisuri,
ruangan duta, ruangan as-Safra, ruangan Barkah dan ruang Masjid al-Mulk.[2]
e. Kesenian Granada
f. Kesenian Mudejar
g. Binaan yang berkualiti tinggi sehingga bertahan
berabad lamanya.
h. Pengaruh asing dalam senibina - pengaruh Kristian
i. Dihiasi dengan reka bentuk geometri yang halus dan kompleks serta disulami dengan motif flora dan tulisan khat atau
kaligrafi ayat-ayat quran yang indah.
SENI BINA ISLAM DI INDIA ABAD KE-16-17
Pada abad ke-19 India diperintah
oleh kerajaan Islam Mughal yang mengambil alih kerajaan Kesultanan Delhi.
Kerajaan Mughal memerintah India dari tahun 1526 sehingga tahun 1857 apabila
British membuang negeri pemerintah terakhir Bahadur Shah II. Tokoh terhebat
kerajaan Mughal, Syah Jehan 1627-1658
telah menyumbang kemajuan dalam bidang seni bina di India. Pada zaman Syah
Jehan, pelbagai bangunan telah didirikan yang menggambarkan kemajuan bidang
seni bina pada era tersebut. Antaranya Istana Taj Mahal, Masjid Moti, Istana
Fathpur, kompleks-kompleks kerajaan, kubu di Agra dan taman-taman bunga di
Delhi, Lahore dan Kashmir.[3]
Ciri-ciri seni bina di India
Seni bina India abad ke 16
hingga l7M.
Monumen seni bina terkenal di India
seperti Taj Mahal di Agra, Kota
Merah di Delhi, Masjid Jama di Delhi dan Makam Humayun di Delhi.
o ciri-ciri paling menonjol dalam
seni bina Islam di India ialah binaannya banyak yang berkonsepkan masjid.
Ciri-ciri seni bina India :
a. Bahan binaan - batu dan kayu
sebagai sumber asas.
b. Senibina tempatan -
dipengaruhi oleh budaya dan persekitaran, agama dan cuaca.
c. Pengaruh parsi,
Turki dan Arab dalam seni bina tempatan.
d.Motif corak hiasan
- ukiran dan karigra fi
ayat-ayat arQuran di istana dan masjid.
Juga dihiasi dengan ukiran
geometri dan ukiran
berasaskan alam seperti bunga
dantumbuhan.
e.Binaan kubah
- kebanyakan binaan masjid atau istana di India
memakai kubah berbentuk bawang.
f. Unsur
air dalam seni bina India
pengaruh tamadun Islam.
g. Pembinaan menara dalm seni
bina India
h. Seni bina masjid khasnya
Masjid Jama Delhi
- dua menara, tiga pintu gerbang,
tiga kubah, ruang solat terbuka, lantai mannar dan batu merah, kolam takungan air
dan dihiasi kaligrafi al-Quran khasnya pada mimbar di mihrab.
i. Senibina
Taj Mahal
- merangkumi bahagian makam,dewan,
taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain.
j. Seni bina Kota Merah / Kubu Merah
- Dewan Umum
(Ruang Diwan - i- Aam), D ew an Khu sus (D ew an - i -Khas),
Ruang peribadi maharaja
(Nahr-i-Behrsft), Ruangan Maharani
(Zenana), Masjid Moti, Hayat Bakhsh Bag,tempat
bersiram diraja (Hammams), Menara Melati (Muthammam Bur), tempat tinggal gundik-gundik dan isteri-isteri maharaja
(Rang Malah), tempat tinggal peribadi maharaja
(Khas Mahal), Naqqar Khana dan ruang
kerja maharaja (Shahi Burj).
k. Seni bina Makam Humayum
- mengandungi kubah, mihrab,
ukiran ayat-ayat al-Quran dan kedudukan makam mengarah
ke kiblat. Terdapt juga beberapa monumen lain sepertiNai-ka-Gumbad, makam dan Masjid Isa Khan, makam dankebun Bu Halima, makam dan Masjid
Afsarwala danArab sarai.[4]
[1]“Seni
Bina”, dalamModul Pengajaran dan
Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia,2013),101.
[2]Ibid,102
[3]Mahayudin
Hj Yahya et, al, Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,151
No comments:
Post a Comment