OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Nabi Musa merupakan seorang Nabi
dan Rasul. Dilahirkan di Mesir pada zaman Firaun (Raja Mesir) daripada
keturunan Bani Israil yang tinggal di Negeri Sham. Pemerintahan firaun sangat
zalim. Beliau mengaku dirinya Tuhan.[1]
Ramses II yang dinobatkan sebagai penguasa Mesir 1290 sebelum Masihi. Peringkat
awal dia berkedudukan sebagai anak Tuhan dan kahirnya dia mengaku dirinya sebagai Tuhan.[2]
Pada satu malam Firaun bermimpi bahawa
Negeri Mesir telah terbakar dan rakyatnya banyak yang mati dan orang-orang yang
tinggal adalah orang-orang Bani Israil. Para ahli nujum di Mesir mentawilkan
mimpi itu bahawa pada tahun itu akan lahir seorang bayi lelaki dari BaniIsrail
yang akan meruntuhkan kerajaan Firaun. Firaung merasa takut, lalu beliau
memerintahkan supaya kesemua bayi Bani Israil yang lahir pada tahun itu
dibunuh. Hal ini telah diterangkan dalam al-Quran (surah al-Baqarah: 49)
Ahli sejarah berpendapat, Nabi Musa a.s
dilahirkan sekitar tahun 1285 Sebelum Masihi. Ini bertepatan dengan tahun
ketujuh pemerintahan Ramses II. Peristiwa kelahiran Musa a.s terjadi ketika
Firaun dan bala tentera Mesir di Kadesh Barnea kalah dalam pertempuran melawan
bala tentera Kerajaan Het. Penderitaan dan penindasan orang-orang Israil di
Mesir semakin besar. Di tengah penderitaan dan penindasan ini, isteri Imran
atau Amram, anak Yafet putera Levi, melahirkan seorang bayi lelaki.
Selepas melahirkan Musa, ibunya berasa
cemas atas keselamatan bayinya. Ppada mulanya, dia memutuskan mahu
menyembunyikan Musa selama tiga bulan. Namun, rasa cemas dalam hatinya tidak
hilang. Bahkan, rasa itu berubah menjadi rasa takut, sehingga terlintas dalam fikirannya
mahu membunuh bayi yang baru dilahirkan. Namun Allah s.w.t mengilhamkan ibu
Musa bagi memasukkan bayinya ke dalam peti, lalu menhanyutkannya ke Sungai Nil.
Yokhebed berduka ketika berpisah dengan Musa. Bahkan dia bimbang anaknya tenggelam
di dalam sungai ataupun dipungut tentera Firaun. Tetapi Allah s.w.t memberi
ketenangan kepada iub Musa supaya tidak berduka dan cemas. Ini kerana, Dia akan
memulangkan Musa kepangkuannya dan menyampaikan kepadanya, Musa diangkat
sebagai rasul.[3]
Tuhan Yang Maha Berkuasa telah mengilhamkan kepada ibu
Nabi Musa a.s agar anaknya (Nabi Musa a.s) dihanyutkan ke dalam Sungai Nil. Pada keesokkan harinya
isteri Firaun elah mengambil Nabi Musa a.s yang sedang terapung-apung dalam
peti yang dihanyutkan oleh ibunya. Bayi itu dibawa kepada Firaun (Ramses II) Apabila
Firaun hendak membunuhnya lalu ditahan oleh isterinya, Änak ini janganlah
dibunuh, Aku sayang padanya dan elok kita jadikan sebagai anak sen diri kerana
aku tidak mempunyai anak. “Firaun menurut kehendak isterinya itu.
Nabi Musa a.s enggan menyusu dengan
wanita-wanita selain daripada ibunya sendiri. Ibunya telah pergi menyudukannya
seperti yang disebut dalam al-Quran (al-Qasas: 7-13).[4]
[1]Mahayudin
Hj, Yahaya, Ensikloedia Sejarah Islam jilid III L-O, (Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia, 1987),909.
[2]Amanullah
Halim, Musa vs Firaun, Pertarungan Paling Hebat Dalam Sejarah, (Batu Caves:
Publishing House 2016) ,26.
[3] Ibid,35.
No comments:
Post a Comment