SUMBANGAN IBN BATTUTAH
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Ibn Battutah atau nama sebenarnya
Muhammad bin Abd Allah al-Lawati dilahirkan pada 1304 di Tanger, Maghribi.
Sejarah pengembaraannya bermula ketika usianya baru mencecah 21 tahun. Beliau
meninggalkan kampung halamannya untuk mengerjakan ibadat haji di Makkah dan
mendalami ilmu pengetahuan khususnya yang berkaitan dengan hal ehwal agama
Islam. Sepanjang pengembaraan sulunnya, beliau melalui kawasan-kawasan seperti
Maghribi, Palestin, Mesir, Syam dan Madinah.[1]
Dari segi peribadi, beliau dikatakan
seorang yang mempunyai keperibadian yang mulia, berwibawa, pandai berdiplomasi,
berpendirian tegas, gigih dan mahir berkomunikasi dengan menggunakan bahasa
asing seperti bahasa Parsi dan Turki. Sumbangan terpenting Ibn Battutah dalam
bidang pelayaran ialah kemampuannya menghasilkan karya yang berjudul Tuhfat
al-Nazar atau lebih dikenali sebagai al-Rihlah. Sarjana atau orientalis Barat
menyifatkan beliau sebagai The Prince of
Muslim Travellers.[2]
Pengembaraan Ibn Battutah.
a. Peringkat pertama
b. Peringkat kedua
c. Peringkat ketiga
d. Peringkat keempat.[3]
Pelayaran lbn Battutah dapat
dibahagikan kepada empat tahap
(a) Tahap pertama pelayaran
beliau ialah perjalanan dari Maghribi ke kota Makkah yang merentasi bahagian
utara Afrika seperti Mesir, Libya dan Algeria. Dalam perjalanan tersebut,
beliau telah mencatatkan pengalamannya di tempat bersejarah seperti
Baitulmuqaddis. Di Syam, beliau membuat pemerhatian tentang tinggalan kerajaan
Umayyah sehinggalah tercapai hasratnya untuk menunaikan haji di Makkah.
(b) Peringkat kedua pelayaran Ibn
Battutah ialah perjalanan pulang dari kota Makkah, lokasi awal yang ditujuinya
ialah selatan Iraq. Dalam perjalanan ini, beliau telah menempuh pelbagai cabaran
ketika menyeberangi Sungai Furat dan Dajlah. Setelah tiba ditempat yang ditujui,beliau
kembali semula ke kota Makkah.
(c) Tahap ketiga pelayarannya
ialah perjalanan yang bermula dari Makkah ke Yaman, diikuti Afrika Timur, Oman,
Bahrain, Sudan, Mesir lJtara,Turki hinggalah sampai ke constantinople. Di
Turki, beliau telah mengiringi rombongan yang dihantar oleh Uzbek Khan untuk
menemui Kaisar Byzantine dan beliau turut diberikan penghormatan oleh
pemerintah kota tersebut.
(d) Peringkat keempat
pelayarannya bermula dari Turki ke India melalui Bukhara, Samarkand, Khurasan
dan Afghanistan. Di India, beliau telah dilantik sebagai kadi sewaktu
pemerintahan kerajaan Tuhgluq dan sempat meninjau pelbagai adat resam dan
kebudayaan masyarakat India. Pengembaraan ke benua Asia diteruskan ke china.
Dalam perjalanan ke negara tersebut, beliau telah singgah di Sumatera dan Jawa.[4]
Di Pasai, beliau telah diberikan
penghormatan oleh sultan kerajaan tersebut, iaitu Malik al-Zahir serta
menyediakan kelengkapan untuknya bagi belayar ke China.
Setelah pulang mengembara dari China dan
tiba di Maghribi, beliau sekali lagi memulakan perjalanan merentasi Laut
Mediterranean menuju ke Andalus dan balik semula ke Maghribi sebelum menjelajah
sekali lagi merentasi gurun Sahara untuk sampai ke Sudan dan beberapa buah
negeri di Afrika.[5]
Sumbangan Ibn Battutah
a. Sejarah
Ibn Batuttah meninggalkan catatan
sejarah perjalanan dan pengembaraan dalam karyanya Tuhfah al Nizar fi Gharaib al-Ansar wa 'Ajaib al-Asfar
(Rihlah Ibn Batuttah) yang dihasilkan atas permintaan Sultan Maghribi. Rihlah
lbn Batuttah merupakan rekod penting sejarah Zaman Pertengahan bagi pelbagai
negara yang dilawati termasuk negeri-negeri Afrika, China, India dan Asia Tenggara.
Buku ini merakamkan sejarah bagi
aspek-aspek kehidupan bangsa-bangsa pada abad ke-14M seperti agama, sosial,
budaya, politik dan lain-lain. Rihlah lbn Batuttah telah diterjemahkan ke dalam
pelbagai bahasa.[6]
b. Pengembaraan, Pelayaran dan
Geografi .
Digelar The Prince of
MuslimTravellers.Pengembaraan Ibn Batuttah memberi perpsepsi baharu terhadap
bidang pelayaran dan geografi. Beliau berkongsi maklumat terperinci melalui
hasil catatan dari segi perbandingan tentang budaya,peradaban, sosial dan
geografi sesuatu masyarakat setempat berdasarkan pengamatannya. .
Pengembaraannya memberi persepsi dan
nafas baharu kepada bidang geografi dan pelayaran serta mendorong pengembara
Islam dan Barat untuk mengikut jejak langkahnya. . Pengembaranya selama 28
tahun merentasi tiga benua(Afrika, Eropah dan Asia), merangkumi 44 negara dengan
jarak perjalanan 117,000 km. Meletakkan beliau setaraf dengan tokoh pengembara
lain.[7]
c. Diplomatik .
Sepanjang pengembaraan,Ibn
Batuttah telah berinteraksi dengan beberapa pemimpin negara. . Keperibadian,
kewibawaan dan mahir berdiplomasi menyebabkan beliau mudah dipercayai apabila memerlukan
bantuan untuk meneruskan pengembaraannya.
Ibn Batuttah pernah dilantik
sebagai kadi oleh Sultan Muhammad Tughluq di India dan menjadi utusan ke negara
China. Di Pasai, Sultan al-Malik al-Zahir memberi penghormatan kepada beliau
sebagai ulama dengan menyediakan sebuah tongkang besar untuk pelayaran ke
China.[8]
Agama
Ibn Batuttah arif dalam bidang
agama terutama dalam bidang perundangan Islam dan mazhab Maliki. Antara matlamat
pengembaraannya adalah untuk mendalami ilmu agarna. Hal ini terbukti apabila
beliau tinggal di Makkah selama dua tahun. Ibn Batuttah banyak menyumbangkan
kepada penyebaran agama Islam sepanjang pengembaraan-nya. Antaranya, beliau
menetap selama lapan tahun di India dan dalam tempoh masa tersebut, beliau
memegang jawatan Kadi Besar semasa pemerintahan Sultan Muhammad Tughluq.
Beliau turut dilantik sebagai kadi di
kepulauan Maldives selama 18 tahun dan semasa meninggal budaya keagamaan
penganut Hindu, aktiviti ritual dan perayaau serta kehidupan sosial masyarakat
India beragama Hindu.
Peradaban Islam dan dunia .
Pengembaraan Ibn Batuttah memberi
sumbangan besar dalam memperluaskan tamadun manusia khasnya tamadun Islam.
Berlaku interaksi antara tamadun apabila beliau membawa ilmu-ilmu yang
berkaitan dengan ajaran Islam, selok belok pelayaran, ilmu perkapalan dan
lain-lain ke negara yang dilawati dan turut menimba ilmu dari negara berkenaan.
Dorongan kepada pengembara Islam dan Barat.
Kejayaan pengembaraan Ibn
Batuttah menjadi dorongan dan ikutan pengembara Islam dan Barat. Catatan beliau
menjadi sumber panduan kepada pelayar Eropah yang berusaha memcari jalan ke
Timur pada abad ke-15 dan l6M seperi Vasco da Gamma.[9]
[1] Mahayudin
Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Ketiga (Shah
Alam:Oxford Fajar,2017),175.
[3] “Penerokaan”,dalam
Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah,(Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013), 96.
[4] Mahayudin
Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kemaskini(Shah
Alam:Oxford Fajar,2014),155.
[5] Ibid,156.
[6] “Penerokaan-Ibn
Batutah”,dalam Modul Pengajaran dan
Pembelajaran STPM Sejarah,(Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia,2013), 96.
[7] Ibid,97
[8] Ibid,98
No comments:
Post a Comment