Ad

Thursday 5 April 2018

The Fighters sedia sekat PKNP: Shukor

Selasa, 3 April 2018 | 9:53pm
 
KAPTEN FELDA United, Shukor Adan (kanan) berkata, kekuatan utama The Fighters adalah membentuk persefahaman mantap dan lebih padu di bahagian serangan. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
The Fighters sedia sekat PKNP: Shukor
Oleh Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
KUANTAN: Kapten FELDA United, Shukor Adan tidak memandang mudah keupayaan PKNP FC apabila kedua-dua pasukan bertemu pada suku akhir pertama Piala FA di Batu Kawan, Pulau Pinang, Sabtu ini.

"Fokus utama kami di tempat lawan adalah tidak membenarkan PKNP menjaringkan gol sebagai bekalan pada suku akhir kedua di Jengka nanti.

"Ini kerana PKNP bukannya pasukan yang mudah ditewaskan kerana mereka sudah pasti semakin matang apabila beraksi dalam Liga Super musim ini.

"Berada pada tahap ini memerlukan komitmen tinggi dan kami perlu bekerja keras untuk memastikan kemenangan pada suku akhir pertama," jelas pertahanan berpengalaman itu.

Shukor berkata, kekuatan utama The Fighters adalah membentuk persefahaman mantap dan lebih padu di bahagian serangan.

"Beraksi di laman sendiri memberi kelebihan kepada PKNP dan tidak boleh pulang dengan kekalahan jika mahu meneruskan misi ke separuh akhir.

"Musim ini, kami tidak boleh lagi terlepas peluang dan sekadar berada di suku akhir kerana kami mampu meraih pencapaian lebih bagus," katanya.
SUMBER=BERITA HARIAN ONLINE Selasa, 3 April 2018 | 9:53pm

No comments:

Post a Comment