ROSILAWATI ROSEDI 20 APRIL 2018
Dollah Salleh
KUANTAN - Kem Tok Gajah berdepan
situasi sukar selepas beberapa pemain utama mereka mengalami kecederaan.
Situasi itu diakui Ketua
Jurulatih, Dollah Salleh dalam menyenaraikan kesebelasan utama Pahang apabila
berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada suku akhir kedua Piala FA di Stadium Tan
Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.
Menurutnya setakat ini dua pemain
utama iaitu Matthew Davies dan Safuwan Baharudin masih belum pulih sepenuhnya
daripada kecederaan.
Selain itu, bekas jurulatih
kebangsaan itu turut memberitahu, pemain tengah Mohamadou Sumareh mengalami
demam panas manakala penyerang, Norshahrul Idlan Talaha hanya dapat bersama
pasukan, esok.
“Setakat ini, apa yang boleh saya
katakan adalah keputusan sama ada Davies, Safuwan, Sumareh dan Mat Yo (Norshahrul)
dapat beraksi atau tidak hanya diketahui esok (hari ini).
“Saya tetap bawa mereka ke Larkin
kecuali Mat Yo yang tidak bersama kerana isterinya keguguran untuk
menyenaraikan kesebelasan terbaik bertemu JDT.
“Namun, jika mereka tidak dapat
bersama, saya tiada pilihan lain dan mengharapkan pemain yang diberi
tanggungjawab dapat melaksanakan tugas masing-masing,” katanya lagi.
Tegasnya, peluang masih lagi ada
walaupun skuad itu berdepan situasi sukar namun ia memerlukan komitmen tinggi
daripada semua pemain selain menuntut prestasi terbaik dapat diterjemahkan di
halaman tuan rumah.
Sumber-SINAR HARIAN ONLINE Jumaat,
20 April 2018 | 11:34am
No comments:
Post a Comment