Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Peranan Golongan Intelektual -Muhammad Rashid Rida
Gerakan pembaharuan di Mesir juga turut didukung oleh Muhammad Rashid Rida (1865-1935 M), yang juga merupakan seorang revivalis dan reformis Islam. Nama sebenar beliau ialah Muhammad Rashid bin 'Ali bin Muhammad Shams al-Din bin Muhammad Baha'al-Din bin Munla al-Khalifa. Beliau dilahirkan pada 23 September 1865 M di Qalamun, Tripoli, Lubnan.[1]
Pada zaman kanak-kanak, beliau belajar di kuttab. Setelah lancar membaca dan menulis, beliau belajar di Madrasah al-Rashidilyah dan mempelajari ilmu alam, ilmu hisab, nahu, saraf serta ilmu-ilmu agama lain seperti akidah dan ibadah. Ketika berumur 18 tahun, beliau melanjutkan pengajian ke Madrasah al-Wataniyyah al-Islamiyyah yang didirikan oleh Shaykh Husayn al-Jisr. Di sini, beliau mempelajari mantit falsafah dan juga ilmu-ilmu agama lain. Shaykh Husayn al-Jisr memainkan peranan dalam menanamkan semangat ilmiah dan idea pembaharuan dalam diri Muhammad Rashid Rida. [2]
Di sini juga, Rida mendalami ilmu alam, bahasa Turki dan Perancis serta mempelajai karya-karya Imam al-Ghazali dan Ibn Taymiyyah. Selain menekuni pembelajarannya, Rida juga mengikuti perkembangan dunia Islam ketika itu dengan menelaah akhbar al-'Urwah al-lluthqa. Melalui akhbar ini, beliau mengenali gagasan pemikiran dua orang tokoh pembaharuan yang sangat dikaguminya, iaitu al-Afghani dan Muhammad'Abduh. Idea pembaharuan yang terdapat dalam al:Urwah al-Wuthqa membuahkan keinginan yang sangat tinggi kepada Rida untuk bertemu dengan dua orang tokoh tersebut.
Keinginan Rida untuk bertemu dengan al-Afghani tidak tercapai kerana tokotr- tersebut meninggal dunia sebelum Rida dapat bertemu dengadirya. Manakala, Muhammad Abduh, sempat ditemui ketika tokoh tersebut berada dalam buangan di Beirut. Rida meninggal dunia pada tahun 1935 M ketika dalam perjalanan pulang ke Suez, Mesir setelah mengiringi Putera Su'ud al-Faysal. Kenderaan yang dinaiki beliau mengalami kemalangan dan beliau menderita gegaran otak yang membawa kepada kematiannya.[3]
Rida merupakan seorang penulis yang prolifik dan berpengaruh dengan reformasi Islam, Pan-Arabisme serta nasionalisme Arab. Penelitiannya terhadap karya Imam al-Ghazali dan Ibn Taymiyyah memberikannya inspirasi mengenai kepentingan memperbaiki kemunduran umat Islam dan memumikari ajaran Islam dalam kalangan umatnya. Sepanjang karier intelektualnya, Rida mendrikung reformasi dan meyakini bahawa kemunduran umat Islam adalah kesan daripada kebekuan ulamanya dan kezaliman para pemimpin.[4]
Namun begitu, Rida juga menyeru kepada umat Islam agar mengambil iktibar daripada peradaban Barat dan mengambil aspek-aspek yang positif seperti ilmu pengetahuan dan juga teknologi. Rida juga menekankan pendidikan dakwah dan bimbingan dengan menyerasikan pendidikan moden dan pendidikan agama menerusi penubuhan Madrasah al-Da'wah al-Irshad pada l9l2 M di Kaherah.[5]
Selain peranan dalam aspek pendidikan, Rida juga aktif dalam dunia politik dengan memegang jawatan Presiden Kogres Syria pada tahun 1920M, di samping sebagai wakil delegasi Palestin-Syria ke Geneva pada tahun 1921 M. Rida turut menghadiri Persidangan Islam di Makkah pada tahun 1926. Dan di Jerusalem pada tahun 1931M.
Penjajahan kuasa Barat adalah akibat daripada kelemahan umat Islam yang tidak menguasai ilmu pengetahuan, menyusun organisasi politik dan membatasi kekuasaan pemerintahan. Penyelesaian kepada perkara di atas adalah dengan cara menekankan aspek pendidikan yang menjadi prasyarat kepada pembaharuan dan kemerdekaa
[1] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,(Shah Alam:Oxford Fajar,2013),194
[2] Ibid,195.
[3] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kemaskini(Shah Alam:Oxford Fajar,2014),210.
[4] Ibid.
[5] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Ketiga(Shah Alam:Oxford Fajar,2014),242.
No comments:
Post a Comment