Ad

Wednesday 28 February 2018

Dollah ambil risiko berbaloi

PEMAIN Selangor, Kannan Kalaisevan dijatuhkan pemain Pahang dalam kawasan gol dalam perlawanan Liga
PEMAIN Selangor, Kannan Kalaisevan dijatuhkan pemain Pahang dalam kawasan gol dalam perlawanan Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur semalam yang berkesudahan Pahang menang 3-1.
26 Februari 2018 3:00 AM

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Risiko yang diambil oleh Dollah Salleh dengan menurunkan Francis Forkey Doe yang menghadapi masalah kecederaan nyata berbaloi selepas pemain itu menja­ringkan dua gol ketika membantu skuad Tok Gajah menundukkan Selangor dalam perlawanan Liga Super malam tadi.

Jurulatih Pahang itu menjelaskan Doe sebenarnya mengalami kecederaan terseliuh buku lali sehingga terpaksa diketepikan daripada sesi latihan sehari sebelum bertemu Red Giants.

“Walaupun mengalami kece­de­raan namun Forkey Doe tetap bersemangat untuk bermain dan dia menunjukkan malam ini (malam tadi) betapa dia layak untuk berada dalam kesebelasan utama.

“Dengan prestasi cemerlang­nya buat masa ini, itulah yang kita harapkan selepas pasukan bergelut dengan masalah pe­nyerang pada awal musim sebelum ini.

“Bukan sahaja Forkey Doe malah Patrick Cruz juga menunjukkan keserasian yang baik. Jadi saya boleh kira ramuan sudah menjadi dan dibuktikan menerusi kemenangan yang kami raih,” kata bekas jurulatih kebangsaan itu dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

Cruz memulakan rentak hebat Pahang apabila menjaringkan gol pada awal permainan untuk membantu anak buah Dollah meraih kemenangan kedua berturut-turut mereka.

Mengulas lanjut aksi bertemu skuad Red Giants itu, Dollah menyifatkan anak buahnya berjaya memperagakan corak permainan yang dimahukan selepas mereka masih tercari-cari kombinasi terbaik dalam perlawanan terdahulu.

“Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan persembahan pemain dan inilah sebenar­nya corak permainan yang saya harap­kan. Terbukti pada perlawanan malam ini.

“Apabila semua pemain memainkan peranan masing-masing dan mencipta keserasian yang lebih baik maka semua yang kita mahukan akan menjadi,” kata­nya
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/dollah-ambil-risiko-berbaloi-1.616456#ixzz58PDnslUQ
© Utusan Melayu (M) Bhd

JDT bergelut di Vietnam

Devinder Singh
devinder@nst.com.my
 
KRISIS dalaman dihadapi Johor Darul Ta'zim (JDT) disusuli dengan kekalahan 2-0 di tangan kelab Vietnam Song Lam Nghe An dalam aksi Piala AFC di Stadium Vinh sebentar tadi.

Selepas pengendalinya Ulisses Morais meletak jawatan atas sebab peribadi, penyerang prolifik Jorge Pereyra Diaz pula meninggalkan kelab secara tiba-tiba ketika pasukan berhenti di Singapura dalam perjalanan ke Vietnam.

Pengendali sementara Raul Longhi turut kehilangan bisa di barisan depan apabila penjaring berbisa Gonzalo Cabrera tidak didaftarkan dalam pertandingan peringkat Asia itu manakala benteng kental Marcos Antonio tidak ikut serta dalam perlawanan ini.

JDT bergelut untuk mencipta peluang dengan ketiadaan Diaz dan Cabrera, manakala gandingan Safawi Rasid dan Ahmad Hazwan Bakri tidak banyak membantu Luciano Figueroa di barisan depan.

Malah JDT perlu berterima kasih kepada penjaga golnya Farizal Marlias yang bertindak cemerlang memastikan pasukan tidak pulang dengan kekalahan lebih besar pada perlawanan ketiga di tempat lawan musim ini selepas tewas kepada Muangthong United (5-2) dalam aksi kelayakan Liga Juara-Juara AFC dan Kuala Lumpur (1-0) dalam saingan Liga Super.

Farizal menafikan percubaan Michael Olaha – satu-satunya pemain import dalam skuad Song Lam – di awal permainan tetapi gagal menyelamatkan rembatan Van Duc pada minit ke-22 untuk gol pertama tuan rumah.

Farizal hampir tertewas sekali lagi lapan minit sebelum rehat apabila Ho Tuan Tai cuba memerangkapnya dengan bola lambung, tetapi percubaan pemain itu jauh tersasar.

Longhi memasukkan Aidil Zafuan Radzak menggantikan Afiq Fazail dengan bek tengah, Hariss Harun mengemudi barisan tengah bagi membolehkan Safiq Rahim naik ke atas.

Tandukan Safawi pada minit ke-55 mudah diselamatkan Le Van Hung, dan penjaga gol Song Lam itu turut menyelamatkan percubaan jarak jauh Figueroa.

Selepas menafikan percubaan Le The Cuong, Farizal sekali lagi tewas apabila Xuan Manh menyempurnakan serangan balas Song Lam dalam waktu kecederaan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Februari 2018 @ 7:39 PM

Monday 26 February 2018

Etika Peperangan dalam lslam

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Etika Peperangan dalam lslam ialah mematuhi perintah Allah swt serta mencari keredaannya.[1]
1.Secara amnya, etika peperangan dalam Islam terbahagi kepada tiga mengikut situasi, iaitu:
(a) etika sebelum peperangan.
(b) etika semasa peperangan.
(c) etika selepas peperangan.
2 Dalam usaha memenuhi misi-misi peperangan, Islam telah menggariskan beberapa prinsip dan kaedah umum dalam jihad atau dengan perkataan lain etika yang wajar dipatuhi oleh tentera Islam sewaktu di medan perang.
Antara etika tersebut adalah:
(a) Harus mengajak manusia kepada Islam sebelum memeranginya.
Hal ini telah dilaksanakan ketika zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq sewaktu menggempur wilayah  Hirah. Beliau telah memberi  tiga pilihan kepada musuh Islam, iaitu menganut Islam, berdamai ataupun berperang.
(b) Membayar cukai jizyah
Pihak musuh yang enggan menerima Islam tetapi sanggup berada di bawah naungan kerajaan Islam dikehendaki membayar c:ukai jizyah. Ia sebagai simbol balasan kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa mereka.
(c) Memerangi musuh seandainya mereka diperangi terlebih dahulu
Islam hanya membenarkan umatnya mengangkat senjata seandainya mereka diperangi terlebih dahulu. Hal ini dapat dilihat terutamanya ketika Perang Badar. Sewaktu itu, tentera
Islam hanya memrnggu serangan musuh yang menceroboh, barulah peperangan secara besar-besaran dilaksanakan.
(d) Mentaati arahan pemimpin atau ketua
Merupakan salah satu etika yang amat penting tatkala peperangan berlaku. Hal ini bertujuan memastikan segala perancangan memberikan impak yang positif. Contoh yang paling jelas ialah kekalahan tentera Islam dalam Perang Uhud pada tahun 3 H akibat daripada tentera Islam tidak akur dengan arahan pemimpin (kecuaian pasukan pemanah meninggalkan
posisi yang ditetapkan).
(e) Tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya upaya
Dalam ekspedisi peperangan tentera Islam, golongan kanak-kanak, kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi atau pendeta tidak boleh diperangi. Berdasarkan etika inilah golongan-golongan ini tidak dikenakan jizyah pada zaman Khulafa' al-Rasyidin kerana dianggap tidak mengancam keselamatan negara Islam.
(f) Dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali darurat
Ini menunjukkan betapa Islam mementingkan keamanan serta kesejahteraan kepada masyarakat seluruhnya. Ini terbukti ketika peristiwa Rasulullah s.a.w mengepung kota Ta'if, harta-harta musuh Islam langsung tidak diusik.
(g) Tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah
Sesuai dengan pilihan-pilihan yang diberikan kepada seteruseteru Islam, maka Islam menetapkan etika tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah atau kafir dhimmi atau
mereka yang sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam.
(h) Melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh
Antara larangan tersebut ialah tentera tidak boleh mencincang mayat atau musuh yang terbunuh, sebagaimana tindakan yang dilakukan oleh Hindun binti Utbah terhadap jasad Saidina Hamzah, bapa saudara Rasulullah s.a.w di medan Perang Uhud.
(i) Sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati
Oleh sebab itulah ketika Perjanjian Hudaibiyah dimeterai pada tahun 6 H, meskipun fasal-fasal dalam perjanjian itu seolah-olah memberikan kelebihan kepada musuh Islam, namun Rasulullah s.a.w mempunyai misi yang tersendiri.Sikap musuh Islam yang melanggar gencatan senjata yang dipersetujui membolehkan Rasulullah s.a.w mengetuai tentera Islam membuka kota Makkah pada tahun 8 H.
j. Tawanan perang akan dilayan dengan baik
Ia merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Meskipun ada cadangan daripada para sahabat agar musuh-musuh Islam yang ditawan dalam Perang Badar dibunuh, Rasulullah s.a.w tidak menerima cadangan itu sebaliknya baginda menggunakan kaedah diplomasi, iaitu tawanan perang harus menebus diri dengan ilmu pengetahuan serta sejumlah wang tertentu. Ternyata kaedah inilah yang berjaya menarik ramai musuh Islam menerima agama Islam.[2]

[1] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 122.
[2]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014)  ,74.

Peperangan

1.7.1      Oleh-ahmad bin yaakob
Peperangan
Sesungguhnya Islam tidak menggalakkan peperangan, namun setelah turunnya wahyu yang membenarkan umat Islam mengangkat senjata, Nabi Muhammad s.a.w telah membentuk angkatan tentera Islam yang dianggotai oleh golongan Muhajirin dan Ansar. Matlamat penubuhan angkatan tentera hanyalah untuk mempertahankan negara, maruah serta kesucian agama daripada dinodai gleh musuh khususnya golongan musyrikin Quraisy, Yahudi, serta Rom dan Parsi.

Pada, zaman Rasulullah s.a.w peperangan dalam lslam dapat dibahagikan kepada dua, iaitu sariyah merujuk kepada tindakan menyekat rombongan para pedagang ataupun musuh-musuh Islam serta ghazwah yang melibatkan peperangan secara besar-besaran dan disertai olen Nabi Muhammad s.a.w sendiri.

Terdapat banyak sariyah dilancarkan begitu juga peperangan yang tercetus seperti Perang Badar, Perang Uhud, Perang Ahzab dan sebagainya yang ada memberikan kemenangan dan ada yang meninggalkan kesan yang mendalam ke atas masyarakat dan negara Islam.[1]
sebab dan tujuan peperangan mengikut Islam.  
  1. Mempertahankan diri dan hak
  2. Mempertahankan kemuliaan agama
  3. Mempertahankan kedaulaan negara
  4. Menegakkan keamanan dan keadilan
  5. Menghapuskan golongan riddah
  6. Penyebaran dakwah.[2]

[1]Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kemaskini(Shah Alam:Oxford Fajar,2014),78.
[2] “Peperangan”, ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),31.

Jenis –jenis jihad

oleh-AHMAD BIN YAAKOB
a) Jihad nyawa dan tenaga
b)  Jihad harta benda
c)  Jihad pemikiran, lisan dan penulisan
d) Jihad mempertahankan  kebenaran
e) Jihad melawan hawa nafsu / syaitan  (zahit dan batin)
   Jihad melawan musuh kafir harbi dan golongan riddah
g) Jihad menentang  golongan munafik
h) Jihad menuntut ilmu dan menghapuskan  kejahilan
i)  Jihad menentang  kemungkaran dan kezaliman
j)  Jihad ekonomi  - membasmi kemiskinan  dan kemunduran
k)  Jihad politik
- Dawlah  Islamiah - menegakkan  masyarakat dan syiar Islam Kepentingan  jihad dalam gerakan  dakwah Islamiah.
 Syahid.[1]
  Jenis –jenis jihad:
a) Jihad nyawa dan tenaga
Jihad nyawa  dan tenaga merupakan jihad yang paling utama, iaitu melalui  pengorbanan  jiwa dan raga.Lazimnya  jihad  sebegini  ialah jihad di medan perang  dan mereka yang terkorban  diistilahkan  sebagai  syahid.Contohnya,  Saidina  Hamzah telah gugur atau syahid  di medan Perang Uhud.
b)  Jihad harta benda
Pengorbanan  wang dan harta juga termasuk  dalam jihad fi sabillah.Bagi golongan  kaya, mereka boleh menyumbang  harta bagi menyokong usaha jihad golongan yang berperang di medan perang.Contohnya, Saidina Abu Bakar al-Siddiq  menyerahkan  semua hartanya demi menegakkan  syiar Islam.
c)  Jihad pemikiran, lisan dan penulisan
Idea yang bernas dan positif  serta memberi manfaat kepada masyarakat dan negara tergolong dalam ciri-ciri jihad di jalan Allah SWT.Contohnya,  Salman  al-Farisi  yang telah menyumbangkan  idea bagi pembinaanparit  dalam Perang  Khandak.[2]
d) Jihad mempertahankan  kebenaran
Umat Islam juga digalakkan menentang kemungkaran  dan kezaliman  dalam  sesebuah pemerintahan.Oleh  sebab  itu, segala  kebatilan yang terdapat dalam masyarakat mestilah  ditentang  sama ada melalui perbuatan, perkataan ataupun dengan  hati.Terdapat  dalil daripada al-Quran  yang menggesa  umat manusia melakukan  kebaikan,  iaitu surah al-Baqarah  ayat l12,"Tidak,  barang siapa yang menyerahkan  diri sepenuhnya kepada jalan Allah dan dia berbuat baik akan mendapat pahala di sisi Tuhannya  dan tidak  ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati'.
e) Jihad melawan hawa nafsu / syaitan  (zahit dan batin)
  Berjihad melawan  nafsu ialah jihad yang paling tinggi  darjatnya  di sisi Islam.Melaluinya  seluruh tenaga disalurkan  supaya menuruti  jalan (manhaj) yang digariskan  oleh Allah SWT.Perjuangan melawan  nafsu dalam diri setiap individu Muslim adalah fardu ain.Mencari petunjuk agama yang benar atau mencari ilmu tergolong dalam jihad melawan  nafsu, iaitu berusaha tunduk dan patuh untuk beramal  kepada ajaran Islam, menyebarkan  dakwah Islamiah serta sabar di atas segala ujian dan cabaran  yang diterima.[3]
0  Jihad melawan musuh kafir harbi dan golongan riddah.
Sikap dan keputusan Khalifah Abu Bakar terhadapgolongan murtad  merupakan satu sikap yang sangat terpuji kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam. Keputusan Khalifah Abu Bakar bertegas memang tepat kerana sekiranya berlembut dengan golongan murtad maka ramai lagi kabilah Arab lain tidak akan membayar zakat. Walhal zakat merupakan salah satu rukun Islam yang lima dan sumber utama ekonomi umat Islam.[4]
g) Jihad menentang  golongan munafik
Jihad dalam  kategori ini bermaksud menentang  golongan  yang berselindung  di sebalik  nama Islam.Terdapat banyak ayat al-Quran yang membicarakan berkenaan golongan  munafik  ini. Misalnya,  dalam  surah ol-Munafiqun  yang menjadi panduan kepada umat Islam sewaktu berhadapan dengan golongan  ini.Antara dalil al-Quran yang  terdapat  surah at-Taubah ayat73 yang menyeru kepadajihad ke atas orang kafir dan munafik ialah"Wahai
Nabi, berjihadlah  menentang orang-orang  knfir dan orang-orang munafik,  dan bertindak keras terhadap  mereka".
h) Jihad menuntut ilmu dan menghapuskan  kejahilan
Selain berjihad di medan perang, umat manusia  juga disyariatkan berjuang  dalam  bidang keilmuan. Ini penting bagi memastikan umat  Islam tidak ketinggalan dalam  setiap lapangan.
Umat Islam digalakkan mempelajari segala ilmu yang bermanfaat sama ada fardu ain seperti fikah dan tauhid atau fardu kifayah seperti sains, perubatan dan kejuruteraan.Tujuannya  supaya  umat Islam tidak bergantung kepada bangsa lain, bahkan fardu kifayah boleh menjadi  wajib sekiranya tidak ada orang Islam yangunempelajarinya.

[1]“Pertahanan dan Pembukaan Wilayah”,dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),29.
[2]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam:Oxford Fajar.2014)  ,72.
[3]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,76.
[4]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 140.

PKNS FC terkesan kehilangan Safee dan Anderson

26 Februari 2018 5:41 PM
 pkns
PKNS FC yang tewas 3-4 kepada Kedah di Stadium Shah Alam semalam

SHAH ALAM - Ketiadaan pemain import dari Australia, Zac Anderson dan penyerang berbisa, Mohd. Safee Sali memberi kesan kepada corak permainan pasukan PKNS FC yang tewas 3-4 kepada Kedah pada aksi keempat Liga Super di Stadium Shah Alam di sini, malam tadi.

Ketua Jurulatih PKNS FC, Datuk K. Rajagobal mengakui ketiadaan Anderson yang menjadi nadi di bahagian pertahanan tengah, serta Safee yang merupakan peledak utama skuad 'Semut Merah' menyebabkan pemain hilang punca sehingga membenarkan pelawat meraih kemenangan pada perlawanan tersebut.

"Saya bagaimanapun berpuas hati dengan pencapaian pasukan yang tidak berputus asa untuk merapatkan jurang jaringan kepada 3-4 pada penghujung babak perlawanan.

"Bahagian pertahanan kita perlu diperbaiki kerana memberi banyak ruang kepada Kedah untuk mencipta peluang menjaringkan gol, " katanya pada sidang media selepas perlawanan berkenaan.

Mengulas lanjut, bekas pengendali skuad senior kebangsaan itu memaklumkan kegagalan pemain import dari Brazil, Rafael Ramazotti menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-72 menjadi titik kebangkitan kepada Kedah untuk meraih gol kemenangan. – Bernama
SUMBER-KOSMO ONLINE 26 Februari 2018 5:41 PM

KEPUTUSAN STPM 2017

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Sunday 25 February 2018

Jihad zaman Nabi Muhammad SAW, Khalifah al-Rasyidin abad ke-7

1.7O    OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pengertian Jihad
Kamus Dewan mentakrifkan jihad ialah suatu peperangan yang suci melawan orang-orang kafir kerana mempertahankan agama Islam atau perang sabil dan penentangan atau perlawanan terhadap anasir-anasir yang hendak merosakkan agama Islam.[1]
Dari segi bahasa jihad bererti  kesulitan  atau beban atau kesungguhan dan keupayaan terakhir.Perkataan al-Jahdu dan al-Jihad  menurut  pengertian  bahasa Arab adalah  pengerahan  segenap tenaga  manusia untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan atau menolak sesuatu yang dibenci.

Menurut  istilah  syarak pula, makna jihad ialah perang  dan membantu  semua persiapan perang. Setiap mazhab mempunyai  pandangan  yang berbeza  tentang jihad.Misalnya, Mazhab Hanafi mentakrifkan jihad  sebagai mengajak orang kafir ke dalam pelukan Din al- Haq dan memerangi  mereka jika mereka menolak. Menurut pandangan Mazhab Hanafi  pula,jihad adalah mengerahkan  segala  kemampuan  dan tenaga dengan melakukan  perkara perang fi sabilillah baik dengan diri, harta,mahupun  lidah.

Sementara Mazhab Syafie pula menjelaskan jihad sebagai berperang  dijalan Allah SWT dan mengerahkan  segala  kemampuan untuk memerangi  orang-orang  kafir. Oleh itu, dengan erti kata yang luas, jihad bolehlah dimaksudkan sebagai berjuang menegakkan  kebenaran  melalui cara yang diredai-Nya, diistilahkan juga sebagai fi sabililIah.[2]

  Jenis –jenisjihad:
a) Jihad nyawa dan tenaga
b)  Jihad harta benda
c)  Jihad pemikiran, lisan dan penulisan
d) Jihad mempertahankan  kebenaran
e) Jihad melawan hawa nafsu / syaitan  (zahit dan batin)
0  Jihad melawan musuh kafir harbi dan golongan riddah
g) Jihad menentang  golongan munafik
h) Jihad menuntut ilmu dan menghapuskan  kejahilan
i)  Jihad menentang  kemungkaran dan kezaliman
j)  Jihad ekonomi  - membasmi kemiskinan  dan kemunduran
k)  Jihad politik
- Dawlah  Islamiah - menegakkan  masyarakat dan syiar Islam
 Kepentingan  jihad dalam gerakan  dakwah Islamiah.
 Syahid.[3]

  Jenis –jenis jihad:
a) Jihad nyawa dan tenaga
Jihad nyawa  dan tenaga merupakan jihad yang paling utama, iaitu melalui  pengorbanan  jiwa dan raga.Lazimnya  jihad  sebegini  ialah jihad di medan perang  dan mereka yang terkorban  diistilahkan  sebagai  syahid.Contohnya,  Saidina  Hamzah telah gugur atau syahid  di medan Perang Uhud.
b)  Jihad harta benda
Pengorbanan  wang dan harta juga termasuk  dalam jihad fi sabillah.Bagi golongan  kaya, mereka boleh menyumbang  harta bagi menyokong usaha jihad golongan yang berperang di medan perang.Contohnya, Saidina Abu Bakar al-Siddiq  menyerahkan  semua hartanya demi menegakkan  syiar Islam.
c)  Jihad pemikiran, lisan dan penulisan
Idea yang bernas dan positif  serta memberi manfaat kepada masyarakat dan negara tergolong dalam ciri-ciri jihad di jalan Allah SWT.Contohnya,  Salman  al-Farisi  yang telah menyumbangkan  idea bagi pembinaanparit  dalam Perang  Khandak.[4]
d) Jihad mempertahankan  kebenaran
Umat Islam juga digalakkan menentang kemungkaran  dan kezaliman  dalam  sesebuah pemerintahan.Oleh  sebab  itu, segala  kebatilan yang terdapat dalam masyarakat mestilah  ditentang  sama ada melalui perbuatan, perkataan ataupun dengan  hati.Terdapat  dalil daripada al-Quran  yang menggesa  umat manusia melakukan  kebaikan,  iaitu surah al-Baqarah  ayat l12,"Tidak,  barang siapa yang menyerahkan  diri sepenuhnya kepada jalan Allah dan dia berbuat baik akan mendapat pahala di sisi Tuhannya  dan tidak  ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati'.
e) Jihad melawan hawa nafsu / syaitan  (zahit dan batin)
  Berjihad melawan  nafsu ialah jihad yang paling tinggi  darjatnya  di sisi Islam.Melaluinya  seluruh tenaga disalurkan  supaya menuruti  jalan (manhaj) yang digariskan  oleh Allah SWT.Perjuangan melawan  nafsu dalam diri setiap individu Muslim adalah fardu ain.Mencari petunjuk agama yang benar atau mencari ilmu tergolong dalam jihad melawan  nafsu, iaitu berusaha tunduk dan patuh untuk beramal  kepada ajaran Islam, menyebarkan  dakwah Islamiah serta sabar di atas segala ujian dan cabaran  yang diterima.[5]
0  Jihad melawan musuh kafir harbi dan golongan riddah.
Sikap dan keputusan Khalifah Abu Bakar terhadapgolongan murtad  merupakan satu sikap yang sangat terpuji kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam. Keputusan Khalifah Abu Bakar bertegas memang tepat kerana sekiranya berlembut dengan golongan murtad maka ramai lagi kabilah Arab lain tidak akan membayar zakat. Walhal zakat merupakan salah satu rukun Islam yang lima dan sumber utama ekonomi umat Islam.[6]
g) Jihad menentang  golongan munafik
Jihad dalam  kategori ini bermaksud menentang  golongan  yang berselindung  di sebalik  nama Islam.Terdapat banyak ayat al-Quran yang membicarakan berkenaan golongan  munafik  ini. Misalnya,  dalam  surah ol-Munafiqun  yang menjadi panduan kepada umat Islam sewaktu berhadapan dengan golongan  ini.Antara dalil al-Quran yang  terdapat  surah at-Taubah ayat73 yang menyeru kepada jihad ke atas orang kafir dan munafik ialah"Wahai
Nabi, berjihadlah  menentang orang-orang  knfir dan orang-orang munafik,  dan bertindak keras terhadap  mereka".
h) Jihad menuntut ilmu dan menghapuskan  kejahilan
Selain berjihad di medan perang, umat manusia  juga disyariatkan berjuang  dalam  bidang keilmuan. Ini penting bagi memastikan umat  Islam tidak ketinggalan dalam  setiap lapangan.
Umat Islam digalakkan mempelajari segala ilmu yang bermanfaat sama ada fardu ain seperti fikah dan tauhid atau fardu kifayah seperti sains, perubatan dan kejuruteraan.Tujuannya  supaya  umat Islam tidak bergantung kepada bangsa lain, bahkan fardu kifayah boleh menjadi  wajib sekiranya tidak ada orang Islam yangunempelajarinya.

[1]Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 124.
[2]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014)  ,75.
[3]“Pertahanan dan Pembukaan Wilayah”,dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),29.
[4]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam:Oxford Fajar.2014)  ,72.
[5]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,76.
[6]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 140.

Saturday 24 February 2018

Pentadbiran kerajaan Nasriyah

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Kerajaan Nasriyah diasaskan oleh Muhammad Yusuf bin Nasr yang dikenal sebagai Ibn al-Ahmar pada tahun 1235M.Pusat  pemerintahan di Granada, selatan Sepanyol. Granada ialah wilayah yang didiami oleh orang Islam Sepanyol apabila wilayah lain didduduki oleh pemerintah Kristian dan Yahudi.[1]Ibn al-Ahmar menggunakan gelaran Amir. Amir mengamalkan dasar berbaik-baik  dengan kerajaan  Kristian bagi memastikan kestabilan pemerintahannya. Kerajaan Nasriyah diperintah oleh 22  orang  amir (sultan).[2]

a)Pusat pemerintahan di Granada.
Ibn Amar telah mengistiharkan dirinya sebagai amir dan memilih granada sebagai pusat pemerintahannya.Kemudian beliau berpindah ke Granada dan sedikit demi sedikit beliau meluaskan sempadan sehingga menjadi negara yang mengandungi tiga wilayah besar iaitu Granada, Almeria dan Malaga. Kawasan ini sempadannya memanjang hingga ke Laut Mediterranean dan Selat Gibaltar dengan Granada dijadikan ibu negara.

Penguasaan terhadap Almeria dan Malaga memperkukuhkan kedudukan negara ini kerana kedua-dua bandar tersebut memainkan peranan yang penting dalam aktiviti perdagangan dan marin.[3]
b)Pengasas kerajaan Nasriyah adalah Muhamad bin Yusof bin Nasr (Ibn al-Ahmar)
Kerajaan Nasriyah diasaskan oleh Muhammad bin Yusuf bin Nasr yang dikenali sebagai Ibn al-Ahmar pada tahun 1235M berpusat di Granada, Selatan Sepanyol.
c)Ibn al-Ahmar menggunakan gelaran Amir.
d)Amir mengamalkan dasar berbaik-baik dengan kerajaan Kristian bagi memastikan kestabilan pemerintahannya.Oleh sebab cabaran pihak Kistian amat hebat, akhirnya pada tahun 1246, Ibn al-Ahmar telah menandatangani perjanjian dengan pihak Kristian. Menurut perjanjian tersebut, Ibn al-Ahmar sanggup membayar ufti  dan bersetuju menyerahkan Jaen, Arjona, Porcuna, Priego, Higuera dan La Fontera kepada Castille di bawah Ferdinand II.
Tindakan  yang diambil oleh Ibn al-Ahmar ini bertujuan menyelamatkan kedudukannya sebagai pemerintah tunggal di Granada dan menjamin pengekalan pemerintahan kerajaan  Nasriyyah di Andalus.[4]  Pada zaman pemerintahannya antara tahun 1344-1396M, kerajaan Nasriyah mencapai zaman kegemilangan dengan terbinanya Istana alHambra yang menjadi lambang seni bina Islam di Sepanyol.[5]
e)Kerajaan Nasriyah diperintah oleh 22 orang Amir (sultan).[6] 
Kerajaan Bani Nasr atau Nasriyyah dipenrintah oleh seramai 22 orang sultan bermula dari tahun 1232 M hingga 1492M. Pada peringkat awal sultan-sultan kerajaan Nasriyyah berusaha bersungguh-sungguh untuk menstabilkan kedudukan politik dan pentadbian negara.Bermula abad ke-14M, kerajaan Nasriyyah mengalami keruntuhan yan berpunca daipada peebutan kuasa. Akibatnya kerajaan Nasriyyah berpecah kepada dua kumpulan iaitu golongan yang anti-Kristian dan golongan elit, petani dan pedagangan yang bencikan peperangan. Kemuncak permasalahan berlaku dalam kerajaan Nasriyyah pada tahun 1390-an.Orang Kristian mengambil kesempatan melancarkan gerakan menyelamat Sepanyol daripada kekuasaan Islam di bawah pimpinan Isabella dai Aragon dan Ferdinand dari Castile. Pada tahun 1492M, kerajaan Nasriyyah menyerahkan Ganada kepada orang Kristian. Dengan ini, tamatlah pemerintahan kerajaan Islam di Sepanyol.[7]  

[1]Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 113.
[2]Bentuk  Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,25.
[3] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2015), 109.
[4] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam:Oxford Fajar.2014)  ,66.
[5]Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, 113
[6]Bentuk  Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,25.
[7] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, 113.

KEPUTUSAN PENUH KELANTAN 3-2 PERAK

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kelantan  1-1 Perak
                      m-21 Nor Hakim
           m-69 Wander Luis  
m-68,,m-77,m-87 Do Donghyun
KELANTAN
19 KHAIRUL FAHMI
04 CASSIO DE JESUS
06 FARISHAM ISMAIL
09 BRUNO LOPES