Ad

Sunday, 7 July 2013

MAT KILAU

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
LATAR BELAKANG MAT KILAU
Mat Kilau (1847-1970) merupakan seorang pahlawan Melayu yang berjuang menentang penjajah British di Pahang. Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu atau Tok Gajah. Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai "Dikir Pahang". Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras.
Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, dari Kampung Kedondong. Imam Daud adalah seorang guru agama yang disegani di daerah Pulau Tawar, Jerantut, Pahang dan juga merupakan guru mengaji kepada Mat Kilau dan rakan-rakanya. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Montok (Hj.Uthman bin Senik) yang merupakan mufti Pahang ketika itu.

Mat Kilau juga dikatakan pergi bertapa di Gua Kota Gelanggi yang terletak tidak jauh dari Pulau Tawar untuk mendalami ilmu yang dituntutnya. Gua tersebut masih ada hingga kini. Menurut beberapa pendapat orang-orang lama, gua ini boleh menghubungkan Pahang, Terengganu dan Kelantan.
                                            Skan dari akhbar Utusan Malaysia
R&D MAT KILAU TAHUN2003
Pada tahun 2003 saya telah membuat kajian tentang Mat Kilau bersama Cikgu Soberi Hadzir di Pulau Tawar, Jerantut. Tujuan kajian ini ialah untuk mengisi ceramah Jejak Mat Kilau untuk Sambutan Bulan Kemerdekaan SMK Jengka 2.
Tanah Perkuburan Besar Pulau Tawar
       Inilah kali pertama saya menziarahi Makam Pahlawan Mat Kilau setelah 13 tahun mengajar sejarah di bumi Pahang. Mengapa begitu lewat saya terlibat dengan R&D Sejarah sedangkan disiplin ini diajar sejak tahun 1984 ketika menuntut di UKM dahulu. Saya merasa sangat teruja kerana akhirnya dapat juga sampai di Makam Pahlawan ini.
                                            Makam Mat Kilau
                                                       Masjid Mat Kilau
Pada tahun 2003 Masjid yang dibina oleh pahlawan terbilang Mat Kilau ini sudah tidak digunakan lagi. Ketika saya dan Cikgu Soberi sampai jam 12.00 tengahari, suasana di sekitar Masjid Mat Kilau amat sunyi. Hidung kami penuh dengan aroma bau kemiyan. Bau kemiyan yang kuat menusuk hidung menyebabkan kami tidak mengambil masa yang lama di sini dan terus beredar ke tempat kajian yang lain.



                                                   

No comments:

Post a Comment