Ad

Tuesday, 9 July 2013

BIOGRAFI MOHD BADHRI RADZI 2

Piya  nafi  dipancing  JDT  RM100,000  sebulan
Oleh YATIMIN ABDULLAH utusankelantan@utusan.com.my


Mohd. Badhri Radzi
KOTA BHARU - Meskipun saingan Piala Malaysia musim ini belum bermula, namun sudah timbul khabar angin mengatakan ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badhri Radzi atau Piya menerima tawaran lumayan untuk beraksi dengan Johor Darul Takzim.Khabar angin yang tersebar luas di laman sosial facebook mengatakan jeneral Kelantan itu bakal menerima gaji bulanan berjumlah RM100,000, selain pasukan berkenaan bersedia membayar wang perpindahan bernilai RM3juta.

       Bagaimanapun, Piya yang dihubungi Utusan Malaysia menafikan khabar angin tersebut dan meluahkan rasa kecewa dengan tindakan mereka yang terlibat dalam penyebaran spekulasi berkenaan.Menurutnya, ekoran spekulasi berkenaan, ramai pihak telah menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan.Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak pernah menerima tawaran tersebut sebagaimana yang digembar-gemburkan di laman sosial facebook, termasuklah dari pasukan-pasukan lain.

    Jadi saya berharap mereka yang membuat spekulasi ini supaya menghentikan tindakan ini kerana dikhuatiri ia akan mengeruhkan keadaan.Apa yang penting, mahu fokus dan membantu Kelantan mempertahankan Piala Malaysia sekali lagi pada tahun ini," katanya ketika dihubungi di sini semalam.Tambahnya, lagipun dia masih mempunyai dan menghormati kontraknya bersama Kelantan.Mohd. Badhri ternyata berada pada kelas tersendiri apabila menjadi ketua pasukan Kelantan pertama mendakap kesemua kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).Pencapaian membanggakan anak kelahiran Kampung Atas Paloh itu ialah dengan menjulang Kelantan merangkul kejuaraan treble musim lalu serta mempertahankan Piala FA buat kali kedua berturut-turut tahun ini.
Malah Piya pernah dipilih sebagai Pemain Tengah Terbaik Asia tahun lalu oleh lawan web bola sepak antarabangsa goal.com.[1]

Piya tumpu Piala Malaysia, enggan fikir gaji RM100,000
2013/07/09 - 06:17:27 AM Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor.
                                         Piya (kiri) menerima anugerah pemain terbaik final Piala FA, bulan lalu
Kota Bharu: Ketua pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi mahu memberi fokus 100 peratus kepada pasukan kesayangannya, The Red Warriors (TRW) bagi saingan Piala Malaysia dan enggan memikirkan tawaran gaji lumayan menantinya bersama pasukan lain musim depan.

       “Memang tidak dinafikan kontrak saya bersama Kelantan akan tamat pada penghujung musim ini, namun saya tidak mahu memikirkan khabar angin yang mengatakan ada pasukan ingin memancing saya dengan harga tinggi, pada musim depan. 
“Saya mahu fokus dalam membantu pasukan menghadapi saingan Piala Malaysia. Khabar angin dan spekulasi seperti itu adalah perkara biasa. Bagi saya masih terlalu awal untuk saya memikirkan nasib saya bersama pasukan mana untuk musim depan,” katanya ketika dihubungi, semalam. 

       Sebelum ini, terdapat banyak khabar angin di internet dan laman Facebook yang mengatakan Piya bakal dipancing pasukan lain pada musim depan. Terbaru, ada pasukan dikatakan sedia membayar gaji bulanan sehingga mencecah RM100,000 manakala bayaran perpindahan bernilai RM3 juta. Dalam perkembangan lain, pemain tengah itu kecewa kerana tidak dapat menyertai skuad kebangsaan untuk perlawanan persahabatan dengan dua kelab gergasi Eropah, Chelsea pada 21 Julai dan Barcelona, 10 Ogos kerana kecederaan paha kiri.[2] 

       Berdasarkan laporan akbar Utusan Malaysia dan Berita Harian jelas terbukti bakat Piya semakin menyinar dan mula menjadi rebutan pasukan lain. Contohnya seperti pasukan Johor Darul Takzim. Tetapi Johor JDT perlu meningkatkan prestasi pemain bintang yang dipikat. Contohnya Shafiq Rahim Ketua Pasukan Malaysia yang bermain dengan baik di Selangor merosot mutu permainan apabila kerap diturunkan sebagai pemain simpanan. Keistimewaan Shafiq sebagai pakar sepakan percuma pasukan kebangsaan juga tidak digunakan. Semoga kerjaya Shafiq Rahim di Johor JDT kembali cemerlang.





[2] Sukan,Piya Tumpu Piala Malaysia, Enggan Fikir Gaji RM100,00 Berita Harian,9 Julai 2013, hlm.54.

No comments:

Post a Comment