GAGAL
MEMEPERTAHANKAN PIALA SULTAN AHMAD SHAH 5.1.2013
Cabaran pertama Piya tahun 2013
ialah mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Shah Alam malam ini.
Semasa preview perlawanan, Badhri yang mesra dengan panggilan Piya mengakui,
ATM bukan calang-calang pencabar seperti mana yang dibuktikan ketika aksi final
Piala Malaysia, Oktober lalu.Biarpun beberapa keputusan perlawanan persahabatan
Kelantan sebelum ini kurang memuaskan, Piya optimis rakan-rakan sepasukannya
kembali bangkit mempamerkan karakter selaku sang juara malam ini. Tekanan
selaku juara trebel sentiasa ada, jadi kami perlu membuka buku baharu dan
melupakan kejayaan lalu.[1] Malangnya dalam perlawanan tersebut Kelantan kalah 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti pada
perlawanan Sumbangsih di Stadium Shah Alam.
Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat
dengan keputusan seri 1-1. Indra Putra Mahayuddin meledak gol pembukaan
Kelantan sebelum tonggak pertahanan ATM, Irwan Fadzli Idrus menyamakan
kedudukan pada penghujung babak kedua.Keputusan seri itu menyaksikan pemenang
terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti kerana tiada masa tambahan
dilangsungkan.Dalam penentuan sepakan penalti, perancang import The Gladiators,
Bruno Marteloto muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan ATM.Terdahulu,
Marlon Alex James, K. Reuben dan Rezal Zambery Yahya berjaya menyempurnakan
sepakan penalti masing-masing manakala sepakan yang diambil R. Surendren
berjaya dinafikan oleh penjaga gol Kelantan, Mohd. Syazwan Yusof.Kelantan pula
memperoleh gol menerusi sepakan penalti yang diambil Mohd. Nor Farhan Muhammad,
Obinna Nwaneri dan Mohd. Badhri Radzi.Mohd. Rizal Fahmi Rosid serta Mohd.
Daudsu Jamaluddin pula gagal melaksanakan tugas menyempurnakan sepakan penalti
masing-masing.[2]
[1]http://www.
kosmo.com.my/kosmo. 05.01.2013.
[2]
http://www.kosmo.com.my/kosmo/06.01.2013.
No comments:
Post a Comment