Ad

Saturday 27 July 2013

Buruan Suarez mudah buat Arsenal

Buruan Suarez mudah buat Arsenal

LUIS Suarez cuba mencari jalan keluar berkaitan pertelingkahan kontrak dengan Liverpool agar perpindahan ke Emirates dapat diselesaikan dengan harga lebih RM197 juta. - AFP
LONDON - Arsenal kini berada di kedudukan teratas untuk menandatangani Luis Suarez selepas Real Madrid menarik diri daripada terus memburu pemain tersebut.
Kini, Suarez dan ejennya akan cuba mencari jalan keluar berkaitan pertelingkahan kontrak dengan Liverpool agar perpindahan ke Emirates dapat diselesaikan dengan harga lebih 40 juta pound (RM197 juta).Sumber Madrid mendakwa pengurus baharu Bernabeu, Carlo Ancelotti memutuskan bahawa dia tidak lagi memerlukan khidmat seorang lagi penyerang, walaupun Gonzalo Higuain telah dijual kepada Napoli minggu ini.[1]
Ancelotti percaya dia sudah pun memiliki jentera serangan yang mencukupi menerusi gandingan Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema.
Bekas bos Chelsea itu juga mahu memberi lebih banyak peluang kepada bintang bawah 21 tahun kelab tersebut iaitu Jese Rodriguez dan Alvaro Morata.
Sumber dalaman kelab memberitahu akhbar sukan Marca: "Kami percaya bahawa Jese dan Morata layak diberi peluang ini. Mereka juga amat bagus. Kami tidak akan menandatangani penyerang baru."
Perkembangan terbaru tersebut meninggalkan Arsenal sebagai satu-satunya kelab yang akan memberi tekanan kepada Liverpool dan sekali gus menamatkan sebarang cubaan untuk meningkatkan bidaan.
Suarez dan Liverpool kini sedang bertelagah sama ada terdapat klausa pelepasan yang tercatat dalam kontrak pemain tersebut.
Pada 2007, penyerang itu telah mengheret kelab Belanda, Groningen ke mahkamah timbang tara setelah pasukan tersebut enggan menjualnya kepada Ajax.
Walaupun, pemain itu tewas, dia masih dapat berpindah pada hari yang sama setelah Ajax meningkatkan tawaran mereka. - AGENSI[2]

No comments:

Post a Comment