Ad

Tuesday 22 July 2014

Penentangan terhadap British di Perak (1874 - 1875)

Pengenalan
Melalui peluasan kuasa British di Perak, Sultan Abdullah dilantik menjadi Sultan Perak Sultan. Abdullah bersetuju dengan penempatan seorang Residen British yang akan menasihati baginda dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat Melayu.Di Perak, Pengusaan British yang didalangi oleh J.W.W Birch ditentang oleh orang tempatan. Penentangan ini berlaku secara bersama oleh pembesar dan sultan. Pada 4 November 1874, Residen British yang pertama bertugas di Perak ialah J.W.W. Birch. Beliau dibunuh pada 2 November 1875 dalam satu peristiwa yang dikenali sebagai Perang Perak. Pembunuhan Birch di Pasir Salak merupakan peristiwa menentang kekuasaan British di Perak.[1]

 Sebab-sebab Penentangan di Perak terhadap British
Politik
1.Campur tangan dalam adat resam tempatan (percanggahan makna adat)
Mengikut Perjanjian Pangkor, Residen British tidak boleh menyentuh satu Percanggahan makna 'adat" kepada orang Melayu dan British. Malangnya konsep 'hdat" ini tidak diteliti semasa menandatangani Perjanjian Pangkor. Bagi orang British, adat adalah kebiasaan bukan
undang-undang.

      Namun, bagi orang Melayu, adat merangkumi segala cara hidup yang meliputi aspek politik, perdagangan, ekonomi, dan kebudayaan. Ini bermakna fungsi politik seorang pembesar merangkumi fungsi kehakiman, pengutipan hasil cukai, dan keagamaan. Bagi orang Melayu, unsur keagamaan dan kenegaraan  tidak boleh diasingkan manakala bagi British, kedua-dua unsur keagamaan dan kenegaraaan adalah berbeza. Agama dan adat bagi orang British tergolong dalam hal sosial manakala unsur kenegaraan adalah hal politik. Tindakan British memisahkan adat Melayu dan hal-hal sekular merupakan sesuatu yang asing pada orang Melayu.

2.Sistem pewarisan takhta
British telah campur tangan dalam sistem pengganti Sultan. Tindakan sedemikian mencabar struktur negeri - negeri Melayu tradisional apabila Sir Andrew Clarke melantik Raja Abdullah sebagai Sultan. Tindakan ini bercanggah dengan adat tradisi sistem pewarisan kerajaan Perak.

      Menurut sistem politik Melayu, pelantikan Raja Abdullah boleh dipersoalkan. Pelantikan Raja Abdullah tidak disokong oleh alat kebesaran Perak yang ketika itu berada pada Sultan Ismail.Campur tangan British merumitkan lagi keadaan di Perak dan gagal menyelesaikan masalah tersebut. Ini kerana terdapat dua orang Sultan di Perak, iaitu Sultan Ismail yang dilantik oleh pembesar Perak dengan sokongan alat kebesaran Perak dan Sultan Abdullah yang dilantik oleh British.Dengan perkataan lain, Perjanjian Pangkor adalah peranjian antara British dengan Raja Abdullah sahaja dan bukan antara British dengan Perak.[2]

3.Pemungutan cukai
Pembesar Perak dan Sultan Abdullah menentang hebat cadangan J.W.W. Birch mewujudkan sebuah khazanah pusat yang akan dikelolakan oleh seorang Residen untuk menguruskan pembayaran gaji.Mengikut adat Melayu, pembesar dan sultan berhak ke atas pungutan
cukai di daerah mereka. Hasil cukai merupakan sumber pendapatan dan sumber untuk menanggung anak buah mereka. J.W.W. Birch telah menghapuskan peraturan masyarakat Melayu tradisional sejak turun-temurun.Birch sekali lagi telah campur tangan dalam adat istiadat Melayu dengan penghapusan hak pungutan cukai.

4.Amalan perhambaan
Birch juga secara terbuka menentang adat hamba berhutang malah sanggup memberi perlindungan kepada hamba abdi yang lari dan berlindung di kediamannya. Dalam Perjanjian Pangkor, tidak disebutkan tentang amalan perhambaan.Pada pandangan orang British, penghapusan amalan ini adalah perlu kerana dianggap bertentangan dengan kerajaan "bertamadun''.Birch telah melanggar Perjanjian Pangkor apabila cuba menghapuskan perhambaan kerana perhambaan termasuk dalam adat orang Melayu.

5.Perundangan dan kehakiman
Demi memastikan bahawa segala peraturan baharunya diikuti dan berjalan lancar, Birch telah memperkenalkan undang-undang awam dan jenayahnya sendiri.Penguatkuasaan undang-undang ini akan dilaksanakan oleh sepasukan polis kerajaan. Beberapa buah balai polis didirikan di Kuala Kurau, Bruas, Kota Setia, Durian Sebatang, Tannjung Piandang, Kuala Kangsar dan Kota Lumut.

6.Pelantikan Penghulu
Penghulu di semua kampung akan bertanggungjawab kepada Residen dan bukannya kepada pembesar daerah. Pengenalan peraturan ini telah mencabar kedaulatan sultan dan kekuasaan pembesar-pembesar Perak.Jawatan Penghulu yang dicalonkan oleh pembesar dan disahkan melalui surat tauliah Sultan tidak lagi diiktiraf, Penghulu kini bertanggungjawab kepada Residen tanpa tauliah Sultan. Segala pencalonan, penjawatan, dan penyingkiran Penghulu terletak di bawah kuasa Residen.[3]

Sosial
Pembukaan kawasan
Peraturan baharu yang diperkenalkan menyekat pembukaan kawasan perlombongan dan pertanian. Ini sesuatu yang asing bagi rakyat Perak pertanian atau kediaman.

Pengenalan cukai baharu
Pelbagai jenis cukai telah diperkenalkan seperti:
Perahu nelayan yang boleh membawa seramai tiga orang dikehendaki membayar 50 sen.Perahu dagang yang digunakan untuk menangkap ikan di sungai dikenakan bayaran 50 sen.Perahu dagang dikenakan bayaran satu dolar.Semua perahu dagang diarahkan,berlabuh di Kuala Perak, Kuala Bernam, Kuala Larut, dan Kuala Kurau.Cukai baharu dikenakan terhadap tanaman padi.Bayaran lesen dikenakan bagi mendapatkan hak membawa senjata.

Hak pajakan.
(a) J.W.W. Birch telah mengumumkan bahawa hak pajakan Kuala Perak yang telah Sultan Abdullah pajakkan kepada saudagar Tan Kim Cheng dari Singapura selama sepuluh tahun dengan bayaran $26 000 setahun sebagai tidak sah. Saudagar Tan Kim Cheng diarahkan memohon dengan Birch untuk mendapatkan pajakan itu semula. Peraturan baharu ini jelas memaparkan tindakan Birch "memerintah" dan bukannya "menasihat" seperti yang termaktub dalam Perjanjian pangkor. Ini menunjukkan bahawa Sultan Abdullah tidak bebas dalam mentadbir kerajaannya sendiri.
(b) Birch kemudian memajakkan cukai ke atas minuman keras serta candu dengan jumlah    $6 000 sebulan kepada Thn Kim Cheng dan rakan-rakannya.[4]

Keperibadian Birch
Birch suka menghina adat dan tradisi orang Melayu, mencabar kedaulatan dan kewibawaan Sultan dan pembesar, membuat keputusan tanpa berunding dengan pihak tertentu, dan tidak sensitif terhadap perasaan masyarakat Melayu perak.Birch tidak menghormati adat Melayu yang menyanjungi sultan yang berdaulat dan pembesar yang berwibawa. Sikap ini digambarkan dalam tingkah lakunya yang biadap semasa melayan Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar Perak. Contohnya, pada bulan Mei L875, Dato Syahbandar tidak dibenarkan mengutip cukai.Pada 13 Disember L874, beliau membakar rumah Raja Ngah kerana memungut cukai di Bidor.

      Pada 24 Iulai 1875, Sultan Abdullah dengan berat hati menandatangani surat pengisytiharan yang memberi kuasa kepada Residen dan Syahbandar mengawal semua kegiatan pungutan cukai.Birch seterusnya memaksa sultan Abdullah menandatangani satu ' lagi pengisytiharan mengakui kekuasaan British di Perak.Apabila Sultan Abdullah enggan, Birch menunjukkan surat daripada Gabenor Negeri-negeri Selat, iaitu Sir William Jervois yang mengatakan jika baginda menolak, maka baginda akan diturunkan daripada takhta dan digantikan dengan Raja Yusof. Keadaan ini memaksa Sultan Abdullah menandatangani satu lagi pengisytiharan mengakui kekuasaan British di Perak.Sultan Abdullah pernah dimarahi oleh Birch apabila baginda ke rumah kediaman Birch untuk menuntut supaya hamba abdinya
yang lari dipulangkan semula. Baginda dilayan dengan biadap apabila menuntut ganti rugi. Mereka diberitahu akan dibayar jika mereka berhenti memungut cukai.[5]

Kesimpulan
Perjuangan penentangan oleh Sultan dan pembesar-pembesar Melayu Perak membawa kepada Perang Perak 1875 di mana Birch dibunuh di Pasir Salak.Orang Melayu telah membuat satu pakatan untuk menghalau British dan membunuh Birch. Pada 2l Julai 1875, satu mesyuarat diadakan di Durian Sebatang untuk membincangkan tindakan yang harus diambil.Pada 12 September L875, Dato' Maharaja Lela bersetuju memikul tanggungjawab membunuh Birch. Pandak Indut dan Seputum, pembunuh upahan Dato' Maharaja Lela telah menikam Birch menerusi dinding atap tempat mandi.




[1] Ong Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara”Penggal 3,(Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Bandar Baru   Bangi, 2013),72.
[2] Ibid,73.
[3] Ong Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara”Penggal 3,(Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Bandar Baru   Bangi, 2014),73.
[4] Ibid,74.
[5] Ibid,75

No comments:

Post a Comment