Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my
DUA pelumba negara, Mohd. Rizal
Tisin (kanan) dan Edrus Yunos menjalani latihan di Velodrom Sir Chris Hoy di
Arena Emirates, Glasgow semalam, untuk persiapan akhir sebelum acara berbasikal
trek bermula hari ini. - AFP
KUALA LUMPUR - Jaguh basikal
trek negara, Azizulhasni Awang bertekad untuk memenangi pingat emas acara
keirin pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland bagi menebus kekecewaan
dialaminya empat tahun lalu.
Ketika Sukan Komanwel 2010 di
New Delhi, pingat emas keirin yang diraih Azizulhasni ditarik balik apabila
pelumba itu dibatalkan oleh pegawai pertandingan atas dakwaan membuat kayuhan
yang amat agresif hingga mengganggu pelumba lawan.
Bagaimanapun, Malaysia bernasib
baik apabila pingat emas tersebut diberikan kepada rakan sepasukan Azizulhasni,
Josiah Ng.
Kata Azizulhasni, persiapan
untuk temasya Glasgow telah berlangsung dengan baik selain berpuas hati dengan
prestasi semasanya ketika ini.
Tambah pelumba dari Terengganu
itu, tumpuannya dalam penyertaan kali ini lebih kepada untuk menebus kekecewaan
di New Delhi dalam acara keirin.
"Sasaran peribadi, saya
sentiasa nak menang terutama kalau dalam saingan besar seperti ini (Sukan
Komanwel) dan buat masa ini saya sasarkan pingat untuk acara keirin.
"Jika dapat meraih lebih
banyak pingat itu adalah bonus kerana cabaran kali ini jauh lebih besar
daripada edisi di New Delhi," kata Azizulhasni.
Saingan trek dalam Sukan
Komanwel 2014 dijadual bermula esok dengan acara pecut akan menjadi tumpuan
utama manakala keirin akan bermula pada Ahad.
Azizulhasni menjangkakan bakal
menerima saingan lebih sengit kali ini daripada pelumba Australia dan New
Zealand.
"New Zealand ketika ini
memegang status juara dunia dan prestasi mereka sejak dua tahun lalu memang
banyak meningkat manakala pelumba-pelumba Australia memang sentiasa berada di
tahap terbaik.
"Malah saingan pada Sukan
Komanwel kali ini juga sukar untuk dijangka kerana semua pelumba yang hadir
adalah bertaraf dunia selain telah mencipta pelbagai kejayaan," jelas
Azizulhasni.
Pada temasya sama empat tahun
lalu pasukan berbasikal negara hanya mampu meraih satu emas, satu perak dan
satu gangsa.
Sumber-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140724/su_01/Azizul-tekad-balas-dendam#ixzz38KXPbQ8C
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment