Nicol terus di landasan emas
Nicol David menyingkirkan Jenny
Duncalf pada suku akhir di Glasgow semalam untuk menempah pertemuan dengan
Joelle King dari New Zealand pada separuh akhir, hari ini.
KUALA LUMPUR - Jaguh No. 1
dunia, Datuk Nicol David diberi tentangan sengit oleh pemain England, Jenny
Duncalf, termasuk tewas satu set sebelum melangkah ke separuh akhir
perseorangan wanita skuasy Sukan Komanwel XX di Glasgow, semalam.
Nicol, juara dunia tujuh kali
memenuhi reputasi sebagai pilihan utama untuk mempertahankan kejuaraan yang
dimenangi di New Delhi, empat tahun lalu apabila menumpaskan pilihan kelapan,
Duncalf 11-9, 11-7, 5-11, 11-4.
Bagaimanapun dia dipaksa
berhempas pulas dalam pertarungan sengit 56 minit sebelum menjinakkan Duncalf,
pemain yang ditewaskannya dalam perebutan pingat emas Temasya New Delhi.
Nicol, 30, kini akan menentang
pilihan ketiga dari New Zealand, Joelle King pada separuh akhir hari ini.
King mara selepas mengetepikan
pemain veteran Ireland, Madeline Perry 11-6, 11-4, 11-6 hanya dalam masa 43
minit.
"Saya fikir saya telah
menunjukkan satu persembahan yang sempurna untuk mengalahkan Madeline hari ini
dan saya sangat gembira dapat memberi sepenuh tumpuan.
"Bagaimanapun menentang
Nicol bukan perkara mudah. Ia memerlukan kerja keras dan persembahan yang jauh
lebih baik daripada hari ini.
"Saya akan cuba melakukan
yang terbaik, namun tiada apa yang mustahil," kata King.
Sumber-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140727/su_03/Nicol-terus-di-landasan-emas#ixzz38cQYtt00
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment