KIEV 20 Julai - Majlis
Keselamatan Ukraine menyatakan, kotak hitam pesawat penumpang Malaysia Airlines
MH17 yang di tembak jatuh pada Khamis kerana memasuki ruang udara kawasan
konflik di timur Ukraine tidak diserahkan kepada kerajaan Ukraine.
Jurucakap negara itu, Andriy
Lysenko berkata, setakat ini dia tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai
kotak hitam tersebut.
"Kami tidak mempunyai
sebarang maklumat mengenai kotak hitam. Tiada salah seorang daripada mereka
telah menyerahkan kotak hitam itu kepada Ukraine," katanya yang mengulangi
pendirian Kiev bahawa pihaknya bersetuju mengadakan gencatan senjata jika
pemberontak meletakkan senjata, menyerahkan kawalan sempadan dan membenarkan
pemantau antarabangsa untuk menyiasat tempat kejadian. - REUTERS
Sumber-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140720/lu_03/Kotak-hitam-MH17-tiada-pada-Ukraine#ixzz37xPjF4Qv
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment