PARA pekerja Kementerian
Kecemasan Ukraine mengumpul mayat para penumpang dan kru pesawat MH17 di
Grabovo, timur Ukraine semalam.
KIEV – Mayat-mayat di tapak
nahas sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di
Grabovo, timur Ukraine pada Khamis lalu dibiarkan mereput semalam.
Usaha-usaha untuk mengalihkan
mayat mangsa di lokasi kejadian yang dilakukan para pekerja Kementerian
Kecemasan Ukraine berjalan dengan perlahan.
Setakat ini, sebanyak 196 mayat
telah diletakkan di dalam beg plastik dan dikumpulkan di tepi sebatang jalan
raya selepas pesawat itu dipercayai ditembak dengan peluru berpandu yang
dilancarkan dari pelancar Buk pada Khamis lalu.
Seorang wartawan agensi berita
AFP melaporkan, 196 mayat itu telah dipindahkan menaiki kereta api yang
dilengkapi peti sejuk menuju ke bandar Donetsk.
Sumber- KOSMO ONLINE 21.7.14
No comments:
Post a Comment