WARTAWAN SINAR HARIAN
20 Julai 2014
MH17
SHAH ALAM – Operasi pencarian
yang diketuai oleh pihak kerajaan Ukraine telah menemui 196 mayat di tapak
kemalangan MH17 setakat ini.
Menurut sumber dari Bahagian
Perkhidmatan Kecemasan Negeri Ukraine (SES), seramai 380 petugas telah
menyertai usaha pencarian yang meliputi 34 kilometer persegi di selatan
Ukraine.
Bagaimanapun, usaha tersebut
dijejaskan oleh kehadiran kumpulan pemisah yang dikatakan mengganggu dan
menghalang kerja-kerja unit SES.
Sebelum itu, Pertubuhan
Keselamatan dan Kerjasama Eropah, OSCE melahirkan kebimbangan ke atas bilangan
anggota mayat yang masih tinggal di lokasi kemalangan.
Jurucakap OSCE, Michael
Bociurkiw berkata kepada pemberita bahawa pihaknya telah ke tapak kemalangan
nahas MH17 dan melihat kumpulan pemisah terbabit mengalihkan beberapa mayat ke
tempat lain.
Bagaimanapun menurutnya,
maklumat sahih sukar dikenal pasti berikutan kawasan tersebut telah dikawal
ketat oleh kumpulan itu.
“Tujuan dan kepentingan kami
buat masa sekarang ialah untuk mengumpul maklumat untuk dikongsikan bersama
pihak penyiasat Ukraine dan juga media. Tahap keselamatan di tapak perimeter
buat masa kini sedang diambil kira, begitu juga dengan keadaan mayat, harta dan
barangan peribadi milik penumpang pesawat dan serpihan-serpihan kapal terbang,”
katanya.
Sumber-SINAR HARIAN ONLINE 20.7.14
No comments:
Post a Comment