WARTAWAN SINAR HARIAN
18 Julai 2014
Pingat Piala Malaysia 2013 yang dimenangi
Jamsari. - FOTO: Facebook Jamsari Sabian Pingat Piala Malaysia 2013 yang
dimenangi Jamsari. - FOTO: Facebook Jamsari Sabian
BEKAS penjaga gol yang mencipta
sejarah bersama skuad Olimpik 2000, MPPJ FC dan Selangor, Jamsari Sabian amat
tersentuh dengan penderitaan dialami penduduk Gaza dan Syria akibat peperangan.
Bagi tujuan itu, beliau sedia
melelongkan pingat Piala Malaysia yang diperolehnya ketika beraksi untuk MPPJ
pada 2003.
"Untuk Gaza dan Syria.
Pingat kedua yang saya nak lelong untuk tabung Gaza dan Syria.... Very special
to me.. tetapi saya berharap duit yang dapat terus ke tabung Gaza dan Syria
100% mereka mampu membeli ubat dan makanan. itu lebih berharga untuk saya dan
famili saya. Sila pm saya untuk bid harga," itu antara tulisan Jamsari
menerusi Facebooknya hari ini.
Dalam pada itu beliau turut
mengucapkan takziah kepada keluarga pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan
MH17 yang terhempas di sempadan Ukraine-Rusia, malam semalam.
Jamsari berharap semua pihak
supaya tabah dan sabar menghadapi ujian tersebut.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 18.7.14
No comments:
Post a Comment