Ad

Thursday 31 July 2014

Bincangkan kedudukan dan peranan raja/maharaja dalam pemerintahan di Rusia.

Kemerosotan kerajaan Golden Horde, iaitu pemerintahan bangsa Mongol di Rusia sekitar tahun 1480 setelah memerintah Rusia selama dua setengah abad membawa kepada pembebasan Rusia daripada cengkaman pertuanan Mongol. Kejayaan ini disebabkan oleh kemunculan Moscow dan kemelut politik dalam empayar Mongol. Ivan III telah berjaya mendapatkan semula kota Rusia dalam pertempuran bersama dengan Akhmad Khan dan disatukan di bawah pemerintahan berpusat. Sejarah juga memperlihatkan pengaruh Byzantine dalam konteks pemerintahan beraja atau maharaja serta proses pembinaan dan pengukuhan empayar. Namun keturunan Ivan III atau Ivan The Great berakhir ketika Rusia berada dalam zaman kekacauan. Seterusnya, seorang bangsawanTsar, Michael Romanov telah dipilih untuk memerintah Rusia dan bermulalah Dinasti Romanov.

      Perwarisan sistem pemerintahan empayar Byzantine dalam pemerintahan beraja atau maharaja serta proses pembinaan dan pengukuhan empayar Rusia dapat dilihat dengan penggunaan konsep caesaropapism. Konsep ini menjelaskan gabungan unsur keagamaan dan politik dalam sistem pemerintahan. Melalui konsep ini, taat setia politik masyarakat Rusia hendaklah dihalakan terus kepada pemerintah Rusia yang berpusat di Moscow. Pemerintah Rusia juga menggunakan gelaran tsar dan sistem pemerintahannya bersifat autokrasi iaitu, kuasa dipusatkan kepada seorang pemerintatr, tsar danmembentuk kerajaan pusat.

      Seterusnya, pada awal abad ke-16 memperlihatkan Ivan III mengasaskan monarki kebangsaan. Beliau melenyapkan kekuasaan kerajaan Mongol, menyatukan negeri-negeri yang berpuak-puak dan menawan bandar penting serta meluaskan daerah kekuasaannya. Ivan IV cucu kepada Ivan III telah memerintah secara mutlak. Beliau mengisytiharkan kanun undang-undang baharu, menubuhkan badan perwakilan feudal, Zemskii Sabor di Rusia dan menguasai Kazan dan Astrakhan untuk melemahkan kedudukan orang Tartar di Rusia.Penguasaan tersebut merupakan permulaan kuasa Moscow ke arah pembentukan sebuah empayar Eropah dan penguasaan keagamaan. Setelah itu, pemerintahan Rusia beralih pula kepada keturunan Romanov. Michael Romanov berjaya memulihkan keamanan dan keselamatan seluruh Rusia serta berjaya mempertahankan Rusia daripada pencerobohan asing. Beliau juga turut mengasaskan bandar berkubu dan mendapatkan semula Novgorod dari Sweden.

      Pemerintahan Rusia kemudiannya beralih kepada Peter The Grest. Era pemerintahannya menyaksikan banyak pembaharuan dilakukan sehingga Rusia mencapai kemajuan. Peter telah melakukan pembaharuan dalam bidang politik antaranya ialah menyusun semula sistem pentadbiran Rusi4 menggantikan Duma dan Zemskii Sabor dengan Majlis Senate dan Colleges. Peter juga memindahkan pusat pentadbiran dari Moscow ke St.Petersburg. Perubahan yang dilakukan ini berjaya meluaskan kuasa dan menewaskan Turki dan Sweden.

      Dalam bidang ekonomi pula Peter telah menyokong industri pembuatan memperkenalkan pelbagai cukai; antaranya cukai tidak langsung bagi barangan keperluan harian dan cukai kepala. Dari segi sosial pula, beliau telah menghantar ramai generasi muda ke Barat untuk menuntut ilmu dan mempelajari pelbagai bidang. Peter juga menubuhkan sekolah yang lebih banyak di Rusia dengan memberi penekanan dalam bidang aritmatik geometri geografi dan pelayaran. Antara sekolah yang didirikan ialah The Navigator School,"Naval Academy dan Engineering Academy. Peter juga mengubah suai kalendar Rusia dengan memperkenalkan sistem kalendar ]ulius. Pemerintahan berkuasa mutlak Peter dapat dilihat melalui pembaratan yang cuba dilakukan.Malah,Peter juga memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan dan meyuburkan ajaran agama Kristian Ortodoks selain mengukuhkan kekuatan ketenteraanya untuk mempertahankan keselamatan Rusia yang sering terancam.

      Peter juga turut berperanan dalam perluasan empayar Rusia melalui pengukuhan ketenteraannya. Peter berjaya menewaskan tentera Sweden dalam pertempuran di Poltova.
Menerusi perjanjian Nystadt Peter berjaya menguasai Livonia Estonia Ingria dan Karelia.
Kejayaannya ielah menyebabkan Rusia muncul sebagai empayar yang kuat di Eropah pada
abad ke-18.

      Seterusnya pada era pemerintahan Catherine, beliau meneruskan peranan Peter dalam dasar perluasan kuasa dan wilayah Rusia. Catherine berlaya menguasai wilayah Crimea dari Turki dan Poland. Catherine juga berperanan dalam menyusun semula pentadbiran di peringkat daerah dengan melantik gabenor atau naib gabenor, memiliknegarakan harta dan kekayaan gereja dan memajukan pendidikan di Rusia.

      Tsar Alexander I pula kemudiannya mengambil alih tampuk pemerintahan Rusia dan dasar pemerintahannya lebih bersifat liberal. Beliau telah melantik Jawatankuasa Tidak Rasmi sebagai penasihatnya dan mengadakan pilihan raya untuk memilih anggota Duma. Alexander I turut berperanan untuk membawa pulang 'orang buangan' di Siberia dan membebaskan tahanan politik, mengharamkan penyeksaan oleh anggota polis terhadap rakyat Rusia, meluluskan undang-undang pembebasan hamba dan memajukan pendidikan.

      Selain itu, beliau juga turut memerintah secara liberal di Poland dan membenarkan Poland memerintah sendiri. Namun Alexander I telah menukar dasar pemerintahannya di Rusia dan poland kepada kuasa mutlak. Alexander I telah mengeluarkan undang-undang untuk menapis buku-buku sekolah, membatalkan rancangan membebaskan hamba dan memberi kuasa kepada Gereja ortodoks Rusia dalam bidang pendidikan.

      Setelah Alexander I meninggal dunia, kuasa pemerintahan telah diberikan kepada Nicholas I yang memerintah secara autokratik dan rakyat Rusia harus menurut segala arahannya. pemerintahan Nicholas I menyaksikan peranannya dalam menyusun semula polis rahsia khas, mengenakan tapisan keluar masuk Rusia yang ketat menyekat penulisan berbaur penentangan dan kecaman terhadap kewibawaannya memantau idea-idea yang dilontarkan oleh Alexander Pushkin manakala dalam bidang pendidikan, mengehadkan kemasukan pelajar. Nicholas I juga mengharamkan pengajaran dan pembacaan bidang falsafah dan sejarah dan mengekalkan kehidupan masyarakat yang bergabung dengan mir.Beliau turut berperanan dalam mempertahankan dasar perluasan pengaruh dan wilayah Rusia yang diamalkan tsar-tsar yang terdahulu. Akhirnya, Nicholas I mengubah dasar pentadbirannya yang menyebabkan berlakunya pemberontakan dalam kalangan golongan petani yang tidak berpuas hati terhadap layanan buruk yang diberikan oleh tuan-tuan tanah. Dalam tempoh pemerintahannya, 400 pemberontakan telah dilancarkan oleh golongan petani.

Rusia seterusnya diperintah oleh TsarAlexander II yang memperlihatkan peranan dalam beliau melakukan perubahan dasar pentadbirannya. Alexander II telah mengisytiharkan dikri pembebasan hamba meluluskan undang-undang pada tahun 1864, iaitu setiap daerah mempunyai majlis perundangan tempatan atau Majiis Daerah yang dikenali sebagai Zemstvo'.Beliau juga berperanan dalam perundangan iaitu mengasingkan pentadbiran hakim dan majistret daripada jabatan kerajaan lain, dan memberi undang-undang yang sama kepada semua rakyat tanpa mengira taraf sosial serta perbicaraan diadakan secara terbuka dan sistem perbicaraan yang men8Sunakan juri telah diperkenalkan. Dalam bidang ketenteraan pula rakyat daripada semua kelas diwajibkan berkhidmat sebagai anggota pasukan tentera. Malaharu Alexander II juga memberi kebebasan penerbitan media cetak. Perkembangan ini telah menyebabkan bilangan akhbar yang diterbitkan meningkat iaitu 16 buah akhbar dan
156 buah majalah bulanan. Alexander II juga memainkan peranan yang besar dalam pembangunan ekonomi Rusia dengan menumpukan kepada pembinaan landasan kereta api yang membantu perkembangan industri.

      Nicholas II merupakan pemerintah Rusia yang terakhir yang memulakan pemerintahannya dengan idea menentang kewujudan parlimen dan mempertahankan pemerintahan autokratik. Nicholas ll memperlihatian peranannya apabila beliau menjadi kata pemutus bagi setiap keputusan berkaitan hal ehwal kerajaan pusat, berkuasa dalam segala hal perundangan, pentadbirarl ekonomi dan ketenteraaru berhak melantik dan melucutkan jawatan seseorang menteri dan tidak memberi hak asasi dan kebebasan kepada rakyat Rusia' Beliau juga melarang kewujudan organisasi berbau keagamaan tanpa kebenaran pihak pemerintah, mengehadkan kebebasan akhbar dan golongan yahudi.

      Semasa pemerintahannya Nicholas II telah menubuhkan polis rahsia atau okhrana dan bertanggungjawab dalam pembangunan ekonomi Rusia termasuklah menarik pemodal asing melabur di Rusia dan memberi keutamaan dalam pembinaan landasan kereta api. Hal ini telah membawa perkembangan pesat dalam industr ikapas, bulu, arangbatu, besi dan keluli. Demi memajukan ekonomi Rusia, hanya perkembangan pendidikan teknikal yang diberi keutamaan namun kesannya kadar celik huruf rakyat  meningkat.

      Namun, pemerintahan Tsar-tsar daripada keturunan Dinasti Romanov tidak bertahan lama apabila Nicholas lI mula menghadapi pemberontakan daripada pelbagai golongan rakyat Rusia selain gerakan politik baru di Rusia. Nicholas II yang terdesak mengisytiharkan Manifesto oktober 1905, namun gagal mewujudkan pemerintahan raja berperlembagaan. Kesannya, Nicholas II turun takhta pada 1917, kerajaan beliau digulingkan dan Dinasti Romanov yang berkuasa selama 304 tahun berakhir. Pada l7 Mac 1917, Rusia menjadi sebuah negara republik.


No comments:

Post a Comment