Doktor wanita Melayu pertama
meninggal dunia
21 Julai 2014
Doktor wanita Melayu pertama
meninggal dunia
KUALA LUMPUR - Wanita Melayu
pertama yang memperoleh kelayakan doktor perubatan, Tan Sri Dr Salma Ismail,
meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Pantai di sini pada 6.15 petang
semalam.
Allahyarhamah, yang berusia 95
tahun, meninggalkan dua anak lelaki, seorang anak perempuan dan enam cucu.
Anak sulungnya, Tan Sri Dr
Ridzwan Abu Bakar, 64, berkata ibunya dimasukkan ke hospital baru-baru ini
akibat sesak nafas.
Jenazah akan disempurnakan di
No. 6, Jalan Mesra, Off Jalan Aman di sini dan dijangka dikebumikan di Tanah
Perkuburan Islam, Jalan Ampang sebelum Zohor, kata Dr Ridzwan ketika ditemui
Bernama di rumahnya di sini malam tadi.
Allahyarhamah menempa sejarah
sebagai wanita Melayu pertama memperoleh kelayakan sebagai doktor pada 1949.
Anak kelahiran Alor Setar itu
antara lain pernah bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Kedah dan Selangor
pada tahun 1950-an dan 60-an.
Dr Salma dianugerah darjah
Panglima Setia Mahkota pada 1997 yang membawa gelaran Tan Sri.
"Sebagai seorang wanita
dan doktor, beliau hidup dengan prinsip, mempunyai keyakinan pada diri sendiri,
jujur, jangan bercakap buruk tentang orang lain dan memberikan bantuan kepada
mereka yang memerlukan," kata Dr Ridzwan mengenai ibunya. AL- FATIHAH –
Bernama
SUMBER- SINAR HARIAN ONLINE 21.7.14
No comments:
Post a Comment