Ad

Tuesday, 29 July 2014

Tahniah Nicol, beregu campuran!


tahniah

Tahniah Nicol, beregu campuran!
29 Julai 2014
tahniah
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada ratu skuasy negara dan pasukan beregu campuran badminton yang meraih pingat emas kedua dan ketiga Malaysia di Sukan Komanwel ke-20 Glasgow, Scotland.

"Datuk @NicolDavid lakukannya sekali lagi, syabas kepada beliau dan pasukan beregu campuran badminton kita," kata Najib dalam tweet beliau.

Dalam pertemuan final pada Isnin, Datuk Nicol David menewaskan musuh tradisinya dan pemain nombor dua dunia Laura Massaro dari England dengan keputusan 12-10, 11-2, 11-5 dalam pertarungan 44 minit yang berlangsung di Scotstoun Sports Campus.

Ia juga merupakan pingat emas kedua bagi Nicol sejak penyertaannya dalam Sukan Komanwel.

Pasukan beregu campuran badminton itu mempertahankan pingat emas acara itu selepas menewaskan pasukan England 3-1 pada final di Emirates Arena.

Pingat emas pertama kontinjen Malaysia disumbangkan melalui atlet angkat berat Mohd Hafifi Mansor dalam kategori 69kg.

Sepanjang penyertaan Malaysia dalam Sukan Komanwel, kontinjen negara telah memenangi dua pingat emas di Victoria, Kanada pada 1994; 10 emas di Kuala Lumpur (1998); tujuh emas di Manchester, England (2002); dan Melbourne, Australia (2006) dan pungutan terbaik 12 emas, di New Delhi, India (2010). – Bernama

SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 30.7.14

No comments:

Post a Comment