Ad

Wednesday, 23 July 2014

Nicol optimis mampu hadiahkan emas

WARTAWAN SINAR HARIAN
23 Julai 2014
 Nicole tidak mahu menghampakan negara.
Nicole tidak mahu menghampakan negara. Nicole tidak mahu menghampakan negara.
 PEMAIN skuasy nombor satu dunia, Nicol David yakin mampu menghadiahkan emas pertama Malaysia dalam acara beregu selain perseorangan pada Sukan Komanwel 2014 yang membuka tirainya, awal pagi esok.

Nicol, 30, menghuni tangga teratas dunia sejak 2006 dilihat berpeluang untuk mengekalkan emas perseorangan yang dimenangi di New Delhi, India empat tahun lalu sekalipun bakal dicabar lima daripada tujuh pemain teratas dunia.

Keyakinan itu bersandarkan kejayaannya menewaskan pemain nombor dua dunia dari England, Laura Massaro di Terbuka British, Mei lalu. Begitupun, pemain kelahiran Pulau Pinang itu menegaskan sasaran utamanya di temasya kali ini adalah untuk memenangi emas dalam acara beregu menerusi gandingannya bersama pemain pilihan ketujuh dunia, Low Wee Wern.

“Saya fikir semua orang memburu emas. Dan ia lebih sukar dalam acara beregu. Kami perlu mengubah gaya permainan kami dan gelanggang juga lebih besar. Namun akhirnya, ia bergantung kepada kami apa yang perlu dilakukan.

“Saya fikir Wee Wern adalah rakan sepasukan yang hebat kerana dia kelihatan cukup baik dan sentiasa meningkat. Dia akan melakukan tugasnya dengan baik dan saya hanya perlu mengurangkan kesilapan yang saya lakukan,” katanya.

Dalam acara perseorangan, Nicol akan berdepan Vanessa Florens dari Mauritius di pusingan pertama.

Dalam kategori lelaki, pilihan pertama Nick Matthew yang juga juara empat tahun lalu dalam acara perseorangan dan beregu sekali lagi dilihat mampu mengulangi kejayaannya sekalipun baru berdepan pembedahan lutut, Jun lalu.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 23.7.14



No comments:

Post a Comment