WARTAWAN SINAR HARIAN
19 Julai 2014
MH17
LYLON - PERANCIS. Pasukan Polis
Antarabangsa (Interpol) menghantar satu pasukan pakar ke Ukraine bagi membantu
mengenalpasti mangsa yang terkorban dalam nahas MH17 yang terhempas Khamis
lalu, lapor agensi berita Agence France-Presse (AFP).
Menurut Interpol, pihaknya
telah membuat permohonan kepada pihak berkuasa Ukraine semalam untuk menghantar
pasukan dalam tempoh 48 jam.
"Dengan keadaan mangsa
tragedi ini dari beberapa negara, kerjasama antarabangsa penting dalam
memastikan ketepatan pengecaman dan pengesahan identiti mangsa supaya keluarga
mangsa juga dapat menerima kenyataan," kata Setiausaha Agungnya, Ronald
Noble dalam satu kenyataan lewat malam tadi.
Beliau turut memberitahu telah
bercakap dengan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Ukraine, Arsen Avakov bahawa
pihak Interpol akan memberi bantuan selagi diperlukan.
"Saya telah memberi jaminan
kepada Arsen Avakov bahawa Interpol akan memberikan bantuan berterusan selagi
ia diperlukan," katanya.
SINAR HARIAN ONLINE 19.7.14
No comments:
Post a Comment