Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my
KHAIRUL FAHMI antara tonggak
yang akan terus menabur bakti di Kelantan.
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan
(KAFA) mengambil langkah awal dengan membawa masuk empat muka baharu dalam
usaha memperkasakan skuad The Red Warriors pada kempen Liga Malaysia (Liga M) musim
2015.
Berita tersebut diumumkan
sendiri oleh Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa menerusi entri laman sosial
Facebook miliknya kelmarin.
Annuar berkata, muka baharu itu
terdiri daripada dua bekas pemain Harimau Muda A dan dua bekas pemain Kelantan yang
berhijrah ke pasukan lain sebelum ini.
“Selain itu, kita akan membawa
masuk empat pemain import baharu bagi memperkuatkan pasukan bagi mengharungi
saingan musim 2015 nanti.
“Insya-Allah The Red Warriors
akan menjadi salah satu pasukan pencabar utama pada saingan musim depan,”
katanya.
Langkah KAFA itu dilihat
sebagai salah satu usaha memulihkan semula maruah Kelantan yang tercalar
gara-gara aksi hambar dalam saingan musim ini.
Pada kempen Liga Super musim
ini, Kelantan menghuni tangga keenam selepas mengumpul 31 mata hasil 10
kemenangan, satu seri dan 11 kekalahan.
Kelantan turut gagal
mempertahankan kejuaraan Piala FA selepas tewas di tangan Felda United pada
saingan separuh akhir.
Dalam perkembangan lain, Annuar
memberitahu, beberapa pemain tonggak The Red Warriors akan terus kekal bersama
pasukan bagi saingan 2015.
Antara pemain yang sah kekal
menyertai Kelantan ialah Khairul Fahmi Che Mat, Mohd. Farisham Ismail, Zairul
Fitree Ishak, Wan Zack Haiqal Wan Nor, Mohd. Badhri Radzi, Brandan Gan, Tuan
Mohd. Faim Tuan Hassan, Ahmad Fakri Saarani, Ahmad Shakir Ali dan Mohd. Khairul
Izuan Rosli.
“Beberapa lagi pemain dalam
proses rundingan untuk mengikat kontrak. Buat masa ini kita dah ada 19 pemain
dan beberapa lagi akan dibawa masuk,” ujarnya.
SUMBER-KOSMO ONLINE 19.7.14
No comments:
Post a Comment