Ad

Wednesday 31 August 2016

2. TRANSFOMASI MASYARAKAT

2.1 Peluasan kuasa asing di Indonesia dan  Myanmar pada abad ke-19
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Hasil pembelajaran-membincangkan faktor dan cara perluasan kuasa asing di Indonesia dan Myanmar pada abadke-19
Pengertian/konsep.
Perluasan kuasa asing merupakan aktiviti memperluaskan autoriti sesebuah negara menerusi perolehan tanah jajahan  bagi menguasai politik dan ekonomike atas negara lain. Menurut George Nadel dan Perry Curtis, imperialisme ialah proses perkembangan kuasa melalui campur tangan secara langsung atau tidak langsung terhadap politik dan ekonomi sesebuah kerajaan, bangsa atau masyarakat ke atas bangsa dan masyarakat yang lain.[1] 
Abad ke-19 merupakan zaman imperialisme Barat terhadap negara-negara Asia Tenggara. Pada mulanya, peluasan kuasa Barat adalah untuk menguasai kepentingan perdagangan rempah sahaja tetapi   berlaku Revolusi Perindustrian di Eropah, peluasan kuasa Barat semakin rancak sehingga berjaya menjajah hampir semua negara di Asia Tenggara kecuali Thailand.

a.Faktor-faktor peluasan kuasa asing.
1.Perlumbaan kuasa-kuasa asing untuk mendapatkan tanah jajahan.
2.Ketenteraan dan teknologi persenjataan.
3.Revolusi perindustrian di Eropah.
4.Sumber bahan mentah yang banyak di Asia Tenggara.
5.Mencari negara pasaran.
6.Menyebarkan agama.
7.Pembukaan Terusan Suez.
8.Beban orang putih.[2]



[1] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2013) ,294.. 
[2] “Perluasan Kuasa Asing ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 120 .   

Kesan Perang Dunia Kedua

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Dalam Perang Dunia Kedua, Britain, Rusia, Perancis dan Amerika Syarikat membentuk pakatan yang dikenali sebagai Kuasa Berikat. Jerman, Itali dan Jepun pula mewujudkan pakatan yang dikenali sebagai Kuasa Paksi. Peperangan ini meninggalkan kesan yang amat mendalam teutama dalam bidang politik,ekonomi dan sosial

a.Penubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Selepas Perang Dunia Kedua, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB ditubuhkan kerana kegagalan Liga Bangsa memainkan peanan berkesan untuk menghalang peperangan.pada tahun 1945.[1] Matlamat PBB ialah untuk memelihara keamanan dunia dan menghalang peperangan, menggalakan kerjasama antarabangsa dalam bidang sosial dan ekonomi serta memberi bantuan kemanusiaan dan mencegah wabak penyakit dalam kalangan negara anggota.    
b.Eropah tebahagi kepada dua blok
Selepas tamat Perang Dunia Kedua muncul dua kuasa besa bahau iaitu Ameika Syarikat  dan Soviet Union. Kedua-dua kuasa tesebut berada dalam pakatan yang sana semasa Perang Dunia Kedua. Persaingan kedua-dua kuasa dalam kancah Peang Dingin menyebabkan dunia berpecah kepada tiga kelompok iaitu negara Pro-Amerika, Pro Rusia dan Negara Berkecuali.  Eropah terbahagi kepada dua blok iaitu Eropah Timur yang pro-komunis dan Eropah Barat yang pro-demokrasi.
c.Dekolonisasi
Perang Dunia Kedua membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan penduduk Asia dan Afrika. Muncul gerakan untuk membebaskan tahan air daripada penjajah bagi membentuk negara dan bangsa mereka sendiri.

Kos peperangan yang tinggi menyebabkan negara-negara Eropah menghadapi masalah kewangan untuk menguruskan tanah jajahan. Selepas tamat perang negara-negara Eropah memulakan poses dekolonisasi dengan membei kemerdekaan kepada tanah jajahan mereka.Antara tahun 1945-1970 banyak tanah jajahan di Asia dan Afrika mencapai kemedekaan.
   
d.Pepecahan Jerman
Perang Dunia Kedua menyebabkan perpecahan Jerman kepada empat zon yang dikuasai oleh Britain, Perancis, Ameika Syarikat dan Rusia. Pada bulan Disember 1946 , Britain, Perancis  dan Amerika Syarikat menggabungkan zon-zon mereka. Rusia membangunkan Jerman Timur sebagai zon komunis. Pada bulan Mei  1949 Persekutuan Republik Jerman ditubuhkan dan ibu kotanya di Bonn. Demokratik Jerman ditubuhkan pada bulan Oktober dengan ibu kotanya di Berlin.

e. Jepun –Supreme Comander for the Allied Powers
Selepas menyerah kalah Jepun diduduki oleh Pihak Bersekutu.Pentadbian ini dikenali sebagai Supreme Commader fot the Allied Powers (SCAP) yang berlangsung dari bulan September 1945 hingga bulan April 1952. Pentadbiran SCAP dipimpin oleh Jeneral Douglas MacAthur. Pembubaran angkatan tentera Jepun merupakan objektif utama SCAP. Menjelang bulan Disember 1945, angkatan tentera daat, laut dan udara Jepun telah dibubarkan. Hampir dua juta tentera Jepun kembali ke dalam kehidupan awam. Tiga juta tentera Jepun dan tiga juta orang awam diseberang laut telah dibawa pulang ke Jepun. Kilang-kilang senjata juga dimusnahkan.  Jepun dibangunkan semula melalui SCAP sebagai sebuah kuasa ekonomi dunia. 

f.Kematian dan kemusnahan harta benda.
Perang Dunia Kedua mengobankan banyak nyawa. Dianggarkan 600 000 rakyat Jerman terkoban akibat serangan bom. Manakala tenteranya berjumlah 500 000 oang terbunuh dalam pertempuran. Kadar kehilangan nyawa yang tinggi juga dialami oleh Rusia. Lebih kurang 7 juta orang awam dan 11 juta orang tentera terkorban. Britain dan negara-negara Komanwel kehilangan 445 000 tentera, lebih separuh daripada jumlah itu ialah tentera Bitain. Amerika Syarikat pula kehilangan 325 000 orang tentera.Pada keseluruhannya dianggarkan bilangan anggota tentera yang terkorban melebihi 17 juta orang manakala bilangan orang awam yang terkorban adalah sekurang-kurangnya 15 juta orang.[2] 

g.Perang Dingin 
Selepas tamat perang Amerika Syarikat dan Rusia muncul sebagai kuasa besar dunia. Amerika Syarikat memperjuangkan penubuhan kerajaan  demokrasi di Eropah Barat . Rusia berjuang untuk mengasaskan pemerintahan komunis di negara-negara Eropah Timur. Pertentangan ini menyebabkan hubungan kedua-dua kuasa besar ini semakin tegang sehingga mencetuskan Perang Dingin. Semasa Perang Dingin belangsung, kedua-dua kuasa besar ini menggunakan pelbagai pendekatan untuk mengukuhkan ideologi dan pengaruh masing-maomania,Poland, Hungary dan Czechoslovakia berada di bawah pemerintahan komunis.[3]
  
Kesimpulannya, Perang Dunia Kedua meninggalkan kesan yang mendalam dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Perang ini menyebabkan Amerika Syarikat dan Rusia muncul sebagai kuasa besar dunia. Hubungan tegang antara kedua-dua kuasa besar dunia ini menyebabkan tercetus Perang Dingin yang berlarutan hingga tahun 1989.



[1] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),350. 
[2] Ibid,353.
[3] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2016),368..  

Penglibatan Jepun dalam Perang Dunia Kedua

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Perang Dunia Kedua di Asia berlaku antara tahun 1941 hingga 1945.Dalam Perang Dunia Kedua Jerman, Itali dan Jepun mewujudkan pakatan yang dikenali sebagai kuasa Paksi.
Faktor-faktor penglibatan Jepun
a.Nasionalisme melampau
Kita Ikki dianggap sebagai penyumbang utama kepada aliran baharu nasionalisme Jepun. Beliau mencadangkan pembentukan semula negara Jepun  oleh tentera dan dilakukan atas nama Maharaja. Kemunculan nasionalisme melampau dalam kalangan tentera ini bepunca dai kemerosotan politik berparti dan masalah kemelesetan ekonomi.[1]

Angkatan bersenjata Jepun kurang senang dengan demokasi Barat kerana gejala rasuah dalam kalangan ahli parlimen Jepun.  Kemelesetan ekonomi dunia 1929 telah membei kesan ketaa kepada ekonomi Jepun khususnya golongan petani. Pemintaan sutera mentah yang menjadi ekspot terbesar ke Amerika Syarikat jatuh mendadak. Petani yang menjalankan kegiatan memelihara ulat sutera menerima kesan yang amat besar.

      Keengganan kerajaan menuunkan cukai ditambah pula dengan pendapatan petani yang jatuh 50%, berserta hutang yang semakin banyak telah menambahkan penderitaan petani Jepun. Teras anggota tentera berasal dai keluarga petani dan ramai pegawai tentera berasal dari keluarga yang mempunyai tanah yang sederhana dan kecil. Mereka teharu dengan pendeitaan petani. Bagi pegawai-pegawai pula merasai politik berpalimen sedang merosakkan Jepun. Hanya dengan mengambil alih pemerintahan oleh golongan tentera sahaja negara Jepun dapat diselamatkan. 

      Tentera bertindak merampas kuasa, golongan tentera mendominasi keajaan selepas mencetuskan satu kekacauan pada 26 Febuari 1936. Seramai 1400 tentera yang dipimpin oleh 15 pemimpin muda telah memberontak. Mereka merampas Ibu Pejabat Polis Tokyo, Kementerian Hal Ehwal Perang dan Bangunan Diet.

      Pada tahun 1940 parti-parti politik telah dimansuhkan . Sehubungan itu kerajaan mula menyediakan Jepun ke arah peperangan. Belanjawan untuk tentera telah ditambah sebanyak 50% daipada belanjawan negara setiap tahun.[2]     
b.Desakan ekonomi
Kesan Pemodenan Meiji yang memberi keutamaan kepada industi merupakan salah satu faktor Jepun melakukan impeialisme  dan terlibat dalam Perang Dunia Kedua. Jepun memerlukan bahan mentah dan pasaran yang perlu diperolehi dari luar negara kepada pasaran domestik yang lemah serta bahan mentah yang terhad.

      Manchuria dan China merupakan kawasan yang penting kepada ekonomi Jepun kerana menjadi pelabur kedua terbesar selepas Britain. Selain menguasai pelaburan tempatan orang Jepun juga menguasai perdagangan dalam negeri. Selepas tahun 1933, Manchuria menjadi tumpuan penghijrah Jepun kerana menjadi pelabur kedua terbesar selepas Bitain. Antara tahun 1932 hingga 1937  Jepun mendapatkan arang batu dan besi untuk industri kereta dan kapal terbang. Manchuria juga berpotensi menjadi pusat penghasilan makanan.

      Sejak dulu lagi, Manchuria menjadi kawasan rebutan antara Jepun dengan China. Jepun dan China beselisih faham tentang isu pekhidmatan Kereta Api Manchuria Selatan yang dimiliki oleh pihak Jepun. Kerajaan China menentang monopoli kereta api tesebut dengan membina landasan kereta api baru yang selari dengan landasan kereta api tersebut. Keadaan ini menimbulkan kemarahan pihak Jepun.

       Pada tahun 1937   meletus Perang China-Jepun Kedua yang berakhir dengan kemenangan pihak Jepun. Amerika berazam untuk menghentikan pendudukan Jepun di China dengan mengenakan beberapa sekatan ekonomi terhadap Jepun seperti melarang semua ekspot ke Jepun serta membekukan harta Jepun  di Amerika Syarikat.

      Langkah yang sama diambil oleh Britain dan Belanda. Dengan itu Jepun kehilangan sumber minyak yang amat penting bagi tujuan menjalankan dasar imperialisme. Kuasa-kuasa Barat ini bimbang kepentingan mereka di Indo-China dan Asia Tenggara akan terjejas jika Jepun meluaskan kuasanya di Asia Tenggara. Jepun ingin menakluki Asia Tenggara untuk mendapatkan logam dan minyak serta tidak lagi begantung kepada bekalan dari Amerika Syarikat.   
  
c.Keselamatan negara
      Soal keselamatan negara turut menjadi punca Perang Dunia Kedua di Asia.Isu keselamatan negaa bukan muncul secara mendadak, tetapi telah diutaakan sejak pertengahan abad ke-18. Ketika Jepun menghadapi ancaman kuasa-kuasa Barat seorang intelek Jepun Yoshida Shoin mencadangkan supaya Jepun mengukuhkan pertahanannya dengan memajukan Pulau Hokkaido, menakluki kepulauan Ryuku (Okinawa), menguasai Manchuria, Formosa dan menjadikan Korea sebagai negei naungan.

      Seorang lagi tokoh Jepun yang membicarakan soal keselanatan ialah Yamata Aritomo. Beliau ialah pemimpin kerajaan Meiji dan pengasas Jepun moden. Oleh kerana pada tahun 1880-an dan 1890-an   Jepun masih diancam oleh Rusia dan Britain, Yamata berpendapat Jepun perlu membuat persediaan dari segi pertahanan negara. Yamata memperkenalkan konsep garis kepentingan negara yang merujuk kawasan berhampiran Jepun yangbdianggap boleh mempengaruhi keselamatan negara Jepun.

      Penaklukan Manchuria pada tahun 1932 bertujuan untuk mengukuhkan garis kepentingan Jepun di Tanah Besar Asia. Garis kepentingan negara Jepun berubah selepas berlakukannya Perang China-Jepun pada tahun 1937.

      Kesimpulannya keghairahan   Jepun menjadi kuasa dominan di Asia membimbangkan kuasa-kuasa Barat. Tambahan pula kuasa-kuasa Barat mempunyai kepentingan ekonomi di Asia. Ancaman Jepun terhadap keselamatan dan ekonomi Barat menyebabkan kuasa-kuasa Barat beruasaha melumpuhkan kekuatan ketenteraan Jepun.



[1]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2012),281.    
[2] Ibid,283

KAPS PEMAIN BOLA SEPAK MALAYSIA SEHINGGA 31 OGOS 2016

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB


BIL
NAMA
UMUR
KAPS
GOL
1.
MOHAMAD FADHLI MOHD SHAS
25
50
0
2.
MOHD AMRI YAHYAH
35
58
12
3.
MOHD AZRIF NASRULHAQ BADRUL
25
08
0
4.
MOHD KHAIRULAZHAN KHALID
27
03
0
5.
AHMAD HAZWAN BAKRI
25
13
6
6.
VEENOD A/L SUBRAMANIAM
28
00
0
7.
ADAM NOR AZLIN
20
00
0
8.
KHAIRUL FAHMI CHE MAT
27
38
0
9.
BRENDAN GAN SENG LING
28
07
0
10.
WAN ZACK HAIKAL WAN NOR
25
16
3
11.
MOHAMMAD AMER SAIDIN
24
00
0
12.
MOHD IRFAN FAZAIL
25
00
0
13.
MOHAMAD ZAQUAN ADHA
29
26
4
14.
SHAHRUL MOHD SAAD
23
01
0
15.
M HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM J
23
00
0
16.
ABDUL LATIFF SUHAIMI
27
01
0
17.
MUHAMMAD FAKRUL AIMAN SIDID
27
00
0
18.
BADDROL BAKHTIAR
28
42
6
19.
AHMAD FAKRI SAARANI
27
26
2
20.
RONNY HARUN
32
08
0
21.
KHAIR MUHAMMAD JEFRI JONES
27
03
1
22.
MATTHEW THOMAS DAVIES
21
05
0
23.
MUHAMMAD SAFAWI RASID
19
00
0

Tuesday 30 August 2016

Salah faham prosedur panggilan

 
NAZIRUL (kanan) bersama Weigang hadir di Wisma FAM semalam.
Petaling Jaya: Agak menyedihkan selepas sekian lama dipraktikkan masih ada jurulatih dan pihak pengurusan pasukan negeri yang tidak tahu mengenai prosedur pemain dipanggil menyertai skuad kebangsaan.

Kes terbaru membabitkan pemain Perak Nazirul Naim Che Hashim yang gagal melaporkan diri semalam walaupun berada dalam senarai 24 pemain bagi kem latihan pusat skuad Harimau Malaysia kendalian Datuk Ong Kim Swee kelmarin.

Laporan Arena Metro semalam sesuatu yang mengejutkan buat jurulatih Perak Karl-Heinz Weigang yang mengakui tidak mengetahui prosedur pemain dipanggil tetap perlu melaporkan diri walaupun mengalami kecederaan bagi tujuan pemeriksaan doktor.

Jurulatih kelahiran Jerman itu mengesahkan hadir di Wisma FAM kelmarin namun tidak dapat bertemu Setiausaha Agung FAM Hamidin Mohd Amin bagi menyerahkan surat pengesahan kecederaan dialami Nazirul.

Bagaimanapun beliau sudah memaklumkan sendiri kepada Kim Swee selepas itu.

“Saya menghubungi jurulatih kebangsaan (Kim Swee) tapi malangnya, beliau tidak bersetuju dengan saya.

“Beliau menerangkan mengenai prosedur pasukan kebangsaan. Saya minta maaf kerana tidak tahu prosedur berkaitan panggilan skuad kebangsaan. Saya juga bertanya kepada PAFA (Persatuan Bolasepak Perak) mengenai prosedur itu, yang sedihnya mereka juga tidak tahu.

“Jurulatih (Kim Swee) menegaskan pemain itu perlu datang ke sini. Jadi, saya membawanya dan kami tiba di sini (Wisma FAM),” katanya ketika ditemui pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Ini bukan kali pertama kes pemain tidak melaporkan diri selepas penjaga gol dari Kelantan Khairul Fahmi Che Mat pada Januari 2012 dan bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Norshahrul Idlan Talaha pada Februari 2014.

Latihan skuad kebangsaan bermula kelmarin dengan Kim Swee ingin membentuk pasukan semula bagi menghadapi aksi persahabatan antarabangsa menentang Indonesia di Solo pada 6 September.

Menurut Kim Swee, mengikut prosedur, pemain dipanggil yang mengalami kecederaan perlu melaporkan diri dengan skuad kebangsaan terlebih dulu untuk mendapatkan pelepasan.

“Nazirul hadir untuk menjalani pemeriksaan dan selepas diperiksa pegwaai perubatan FAM, kita dapati memang dia mengalami kecederaan dan tidak sempat pulih.

“Buat masa ini, saya masih belum memikirkan mengenai penggantinya. Kemungkinan besar tiada pengganti kerana saya mempunyai 23 pemain ketika ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Ogos 2016 @ 8:32 AM

Perang Dunia Kedua 1941-1945

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Selepas tamat Perang Dunia Pertama masih wujud rasa tidak puas hati negara-negara yang terlibat dalam peperangan tersebut. Antara negara yang paling terjejas ialah Jerman. Jerman menganggap Perjanjian Versailles berat sebelah dan tidak adil. Perkembangan ini menyebabkan Jerman bertindak tidak mematuhi Perjanjian Versailles dan memulakan program mnegukuhkan kekuatan tentera. Tindakan Jerman menimbulkan kebimbangan Kuasa Berikat yang terdiri daripada Britain, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat. Jerman mewujudkan pakatan dengan Itali dan Jepun yang dikenali sebagai Kuasa Paksi. Perkembangan ini menyebabkan wujud ketegangan antara kedua pihak hingga menyebabkan dunia berada diambang peperangan. Perang Dunia Kedua tercetus apabila Jerman bertindak melancarkan peperangan terhadap Poland pada 1 September 1939. Peperangan ini berakhir apabila Jepun menyerah kalah secara rasmi pada 2 September 1945.[1]
Sebab-sebab Perang Dunia Kedua
1.Sebab-sebab Perang Dunia Kedua di Eropah
a.Petembungan ideologi
Selepas Perang Dunia Pertama ideologi-ideologi bahau seperti Fasisme dan Nazisme mula bertapak di Eropah. Ideologi-ideologi baharu ini merupakan cabaran kepada negara-negara yang mengamalkan demokrasi. Perkembangan ideologi Fasisme di Itali dan ideologi Nazisme di Jerman merupakan salah satu faktor yang menyebabkan tecetus Perang Dunia Kedua.

Benito Mussolini telah menubuhkan Parti Fasis di Itali pada tahun 1919. Golongan Fasis percaya kepada nasionalisme yang melampau temasuk menjalankan peperangan bagi mengharumkan nama negara. Pada 28 Oktober 1922 Benito Mussolini telah mengambil alih kuasa dan membentuk kerajaan Fasis di Itali. Beliau menjalankan sistem pemerintahan diktator. Beliau menjalankan dasa perluasan kuasa bagi menjadikan Itali kuasa besar di Eropah. Pada tahun 1936, Mussolini menawan Habsyah. Sejak 1936 beliau menjalin hubungan rapat dengan Hitler. Apabila Perang Dunia Kedua meletus beliau menyertai Pakatan Paksi yang terdii daripada Jerman, Jepun dan Itali.

Pada tahun 1933 Hitler dilantik sebagai Canselor Jerman setelah Parti Sosialis Rakyat pimpinan Hitler menang dalam Pilihanraya Umum November 1932. Hitler berhasat untuk mewujudkan satu bangsa, satu parti dan satu pemimpin. Pada tahun 1935Hitle melanggar syarat-syarat Perjanjian Versailles dengan membesakan angkatan tentera Jeman. Pada tahun 1936 Jerman menduduki Rhineland dan 1939 Jerman menguasai Czechoslovakia. Tindakan Hitler menyerang Poland 1939 telah mencetuskan Perang Dunia Kedua. Kemunculan fahaman-fahaman baru ini melahirkan sentimen kebangsaan dalam kalangan negara-negara di Eropah.      
b.Kelemahan Pejanjian Vesailles
Perjanjian Versailles ditandatangani untuk menamatkan Perang Dunia Petama. Pemimpin dan rakyat Jeman tidak bepuashati dengan syarat-syaat pejanjian ini. Pemimpin Jerman tidak dibei peluang untuk menyuarakan pandangan behubung dengan syarat yang ditetapkan. Sebahagian besar wilayah dan semua jajahan takluk Jeman diserah kepada pihak yang menang.

      Selain itu Jerman juga dikehendaki membayar pampasan  bejumlah US$33 bilion kepada pihak Berikat. Perjanjian ini juga menghadkan jumlah dan kuasa angkatan tentera laut dan daatJerman. Pasukan tentera Jeman dihadkan kepada 100 000 orang tentera. Mereka juga dilarang memiliki kapal selam dan tentera udara. Jerman juga dilaang menempatkan pasukan tentera di Rhineland. Perjanjian Versailles dianggap tidak adil dan telah menjejaskan maruah serta kedaulatan Jerman.

      Itali yang menyertai Pihak Berikat dalam Perang Dunia Kedua juga tidak berpuashati terhadap Perjanjian Versailles kerana tidak diberikan tanah jajahan seperti yang diterima oleh Perancis dan Bitish.      
  
c.Desakan ekonomi
Perang Dunia I telah menyebabkan belaku kemelesetan ekonomi yang teruk di negara Jerman dan Itali. Bayaan pampasan dan kos peperangan yang tinggi telah menyebabkan berlaku insflasi di negara Jerman dan Itali. Kedudukan ekonomi Jerman dan Itali betambah buruk ekoran kemelesan ekonomi dunia pada tahun 1929. Perkembangan ini telah menyebabkan berlaku masalah pengangguran di negara-negara tersebut. Tambahan pula berlaku masalah insflasi ekoran haga makanan dan barangan melambung tinggi. Akibatnya pemimpin berfahaman melampau di Jerman dan Itali meraih sokongan dari rakyat.Pemimpin di Jeman dan Itali menjalankan dasar perluasan kuasa bagi mengatasi masalah ekonomi yang dihadapi. Melalui dasar perluasan kuasa mereka mendapat pasaran, bahan mentah dan makanan bagi kepeluan penduduk tempatan.  
d.Kepentingan imperialisma
Imperialisma juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan Perang Dunia Kedua tecetus. Negara-negara seperti Jerman , Itali dan Jepun ingin mengukuhkan kedudukan mereka dengan menguasai tanah-tanah jajahan. Negara-negara tesebut ingin bersaing dengan Amerika Syarikat, Britain dan Perancis yang memiliki tanah jajahan yang luas. Kebangkitan imperialisme mendorong Jerman, Itali dan Jepun melancarkan peperangan untuk menguasai tanah-tanah jajahan.

Pada tahun 1936 Jerman bertindak mencabuli Perjanjian Versailles dengan menduduki Rhineland. Pada tahun 1938 Jerman menguasai Austria dan seterusnya Czechoslovakia ditawan pada tahun 1919. Pada bulan Oktober Itali menyerang Habsyah dan menguasai Albania pada tahun 1939.   Pada tahun 1931, Jepun menyerang Manchuria dan berjaya menawannya 1932.Pada tahun 1937 Jepun menyerang China untukmenguasai seluruh negara tersebut.  Tindakan Jerman, Itali dan Jepun melancarkan dasar imperialime telah menyebabkan Perang Dunia Kedua tecetus.  



[1]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),334. 
 

Pesawat TUDM pertama jaga kedaulatan negara

Oleh RIZAM ZAKARIYA
Foto SURIYA BONMA
 
Majlis penyerahan pesawat Scottish Aviation Twin Pioneer kepada kerajaan Malaysia yang diadakan di Preswitch Port, Scotland pada tahun 1958.

SELEPAS enam tahun bertugas di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Labuan, Sabah sebagai juruteknik pesawat Charlie C-130 H dan helikopter Sikorsky S-61A-4 Nuri, Mohamad Mohhadir Rahmin, 39, kemudiannya diarahkan untuk memulakan tugas baharu sebagai Pegawai Waran Udara II di Muzium TUDM, Kuala Lumpur.

Sebaik menjejakkan kami di Muzium TUDM untuk memulakan tugas pada Januari 2007, pandangan Mohamad Mohhadir terarah kepada sebuah pesawat yang diletakkan di deretan pesawat lama milik TUDM.

Fikirannya mula terawang-awang mengingat semula kenangan sewaktu pertama kali menjejakkan kaki ke muzium berkenaan bersama rakan sepelatih ketika dia mengikuti latihan rekrut untuk mengganggotai TUDM pada Mac 1997.

“Sewaktu sesi lawatan tersebut, saya dan rakan-rakan diberitahu bahawa pesawat Scottish Avation Twin Pioneer atau dikenali sebagai Lang Rajawali merupakan pesawat pertama yang dibeli oleh Tentera Udara Diraja Persekutuan (kini dikenali sebagai TUDM).

“Ketika itu saya begitu kagum dengan sejarah yang terpahat padanya selain jasa yang telah dicurahkan sepanjang pesawat berkenaan berkhidmat dengan TUDM.

“Saya tidak menyangka kini, saya salah seorang yang telah diberi tanggungjawab untuk menjaga pesawat yang mempunyai nilai yang tinggi kepada negara,” katanya.

Mohamad Mohhadir yang telah berkhidmat selama 19 tahun bersama TUDM berkata, dia sangat kagum dengan pesawat berkenaan kerana mampu melakukan pelbagai tugas. Terutamanya dalam operasi ketenteraan terutama sewaktu negara baru sahaja mencapai kemerdekaan dan masih menerima ancaman pelbagai anasir luar.

Berdasarkan sejarah, pesawat Scottish Aviation Twin Pioneer pertama kali dibina pada tahun 1955 oleh syarikat Scottish Aviation Limited yang berpangkalan di Prestwick Airport, Scotland sebagai sebuah pesawat awam berkapasiti 16 tempat duduk. Ketika itu ia dianggap sebagai pengangkutan udara versi enjin berkembar yang terbaik pernah dibina.

Pada Ogos 1957, pihak Scottish Aviation Limited telah melakukan pengubahsuaian dengan mengeluarkan versi tentera. Pesawat berkenaan telah dibeli oleh kerajaan pada harga RM420,000.

Ketibaan pesawat berkenaan di negara ini pada 17 April 1958 telah disambut oleh Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Abdul Razak Hussein dengan diiringi orang kenamaan negara dan pegawai Tentera Udara Diraja British (RAF) di pangkalan RAF Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Tidak lama selepas itu, pada 24 April 1958, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kemudiannya telah menamakan pesawat tersebut sebagai Lang Rajawali. Ia diletakkan di bawah kendalian No.1 Skuadron Tentera Udara Diraja Persekutuan yang ditubuhkan pada Ogos 1958, sesuai dengan kelulusan Ordinan Tentera Udara oleh Parlimen Persekutuan, sekali gus menandakan tertubuhnya Tentera Udara Diraja Persekutuan.

Fasa pertama
 
Pesawat Scottish Aviation Twin Pioneer terlebih dahulu digunakan oleh RAF untuk misi ketenteraan.

Sepanjang fasa pertama operasinya, Lang Rajawali diterbangkan oleh Ketua Skuadron RAF, Leftenan Udara George C. Charles dan terlibat dalam melakukan pelbagai tugas termasuklah penerbangan perhubungan, mengangkut anggota tentera, tugas pengeboman terhad, pengintipan foto, pengawal pantai, siaran radio dari udara, penerbangan kecemasan dan penerbangan membawa orang kenamaan termasuk Tunku Abdul Rahman.

Lang Rajawali yang merupakan sejenis pesawat yang berkemampuan berlepas dan melakukan pendaratan jarak pendek juga banyak terlibat dalam operasi penerbangan di kawasan pergunungan dan hutan.

Lang Rajawali sememangnya telah banyak menyumbang jasa kepada negara termasuk digunakan dalam misi bantuan untuk menangani ancaman darurat yang diisytiharkan tamat pada tahun 1960.

Terlibat operasi

Pada 29 Februari 1960, pesawat berkenaan yang mempunyai nombor pengenalan FM 1001 telah digunakan untuk menggugurkan makanan di kawasan operasi di Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan untuk pasukan keselamatan yang terlibat dengan operasi melawan pengganas komunis.

Malah, pesawat berkenaan juga terlibat dalam tugas keselamatan di sempadan Thai. Selain itu ia juga terlibat dengan tugas menggugurkan risalah perang saraf di pangkalan hadapan Indonesia semasa zaman Konfrantasi Indonesia-Malaysia pada tahun 1963-1965 dan operasi menggugurkan risalah bagi meminta pihak komunis menyerah diri.

Selepas 12 tahun berkhidmat dalam TUDM dengan merekodkan 2,500 jam penerbangan dan 5,300 kali pendaratan, Lang Rajawali akhirnya dihentikan perkhidmatannya pada 20 November 1969 dengan Ketua Turus Tentera Udara ketika itu, Datuk (kini Tan Sri) Sulaiman Sujak telah diberi penghormatan untuk menerbangkan Lang Rajawali buat kali terakhir.

Tugas Lang Rajawali dalam memperkukuhkan bidang ketenteraan di negara ini kemudiannya diambil alih oleh pesawat DHC-4 Caribou.

Dalam pada itu, Sulaiman ketika bercerita mengenai Lang Rajawali turut mengakui, kehadiran pesawat berkenaan sangat penting terutama dalam fasa mengukuhkan kuasa ketenteraan selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.

Katanya lagi, walaupun Lang Rajawali hanya tiba di negara ini kira-kira lapan bulan selepas negara mencapai kemerdekaan, namun tugas yang dipikul oleh pesawat berkenaan terlalu berat.

“Sebelum Tanah Melayu merdeka, kita memang tidak memiliki sebarang pesawat udara dan ketika itu, RAF telah memainkan peranan yang besar dalam membantu kita menyekat ancaman musuh.

“Namun, selepas kerajaan membeli Lang Rajawali, ia telah mengubah landskap ketenteraan negara terutama selepas tertubuhnya No.1 Skuadron,” katanya yang merupakan anak tempatan pertama dilantik menjadi Panglima Tentera Udara TUDM pada November 1967 sebelum bersara pada Disember 1976.

Aset
 
Sulaiman mengakui Lang Rajawali mempunyai jasa yang besar kepada negara.

Malah, Lang Rajawali telah memberi peluang kepada pasukan tentera kita pada masa itu untuk mempelajari selok-belok berkaitan penguasaan ruang udara selain berpeluang melibatkan diri dengan pasukan ketenteraan negara-negara Komanwel.

Jelas Sulaiman lagi, Lang Rajawali juga telah merintis kepada pemilikan pelbagai aset TUDM yang lain termasuk pembelian pesawat tempur pertama, Canadair CL-41G Tebuan pada tahun 1966 untuk mengukuhkan pertahanan negara.

Menyedari jasa besar yang telah ditabur oleh pesawat berkenaan, Penolong Pengarah Muzium TUDM, Mejar P.K. Sukumaran berkata, sudah seharusnya Lang Rajawali diangkat sebagai sebuah bahan sejarah yang mempunyai nilai tinggi.

“Bagi pihak Muzium TUDM, kita sememangnya menjaga baik pesawat berkenaan walaupun ia telah dihentikan operasinya sejak hampir 50 tahun lalu.

“Malah, sempena sambutan Ulang Tahun Muzium TUDM Ke-30 pada Februari lalu, kita juga telah membaik pulih pesawat berkenaan pada bahagian luar dan dalam supaya ia kelihatan menyamai keadaan asalnya,” katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya juga bercadang untuk menempatkan Lang Rajawali di satu kawasan khas di Muzium TUDM baharu yang akan dibuka berhampiran kawasan tapak lama muzium berkenaan sebagai menghargai jasa besar yang telah ditabur oleh pesawat itu kepada negara ini.

Sehingga kini, hanya ada tiga buah pesawat Scottish Aviation Twin Pioneer yang masih ada di negara ini iaitu masing-masing ditempatkan di Muzium TUDM, Institut Latihan Tentera Udara di Ipoh, Perak dan di Muzium Melaka.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0831&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz4IrVbDZ2t Hakcipta terpelihara