Ad

Friday 12 August 2016

Melaka United baham Negeri Sembilan

WARTAWAN SINAR HARIAN
12 OGOS 2016
  Melaka United baham Negeri Sembilan
 Melaka United baham Negeri Sembilan
MELAKA United menghidupkan kembali sisa-sisa peluang untuk layak ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala Malaysia dengan menundukkan Negeri Sembilan 2-0 di Stadium Hang Jebat malam ini.

Kalah dalam tiga perlawanan Piala Malaysia sebelum ini, iaitu dua menentang Felda United dan satu dengan Negeri Sembilan, skuad bimbingan Mat Zan Mat Aris ini perlu mencatat kemenangan untuk menghidupkan kembali harapan layak ke pusingan seterusnya.

Dengan kemenangan ini, Melaka United kini berkongsi sembilan mata dengan Negeri Sembilan dan dipisahkan hanya dengan jumlah perbezaan gol.

Melaka United hanya mengambil masa tujuh minit dari wisel permulaan untuk mendahului pelawat apabila penyerang sensasi mereka, Ilija Spasojevic, meletakkan skuad Hang Tuah satu gol di hadapan.

Pemain kelahiran Montenegro itu sekali lagi membuktikan mengapa beliau kini dianggap sebagai antara pemain terbaik Liga Malaysia apabila sekali lagi berjaya membolosi gawang Negeri Sembilan pada minit ke-31.

Separuh masa kedua menyaksikan Negeri Sembilan melancarkan beberapa serangan berbahaya ke arah gawang Melaka United dalam usaha merapatkan jurang gol.

Bagaimanapun, pertahanan tuan rumah yang diketuai pemain tinggi lampai Khair Mohd Jefri Jones berjaya mematahkan serangan pelawat.

Melaka United terpaksa berpuas hati dengan hanya dua gol walaupun turut mempunyai beberapa peluang untuk menambah jaringan tetapi tidak digunakan sepenuhnya.

Ekoran kemenangan ini, Melaka United kini perlu menang perlawanan terakhir dalam kumpulan D menentang Terengganu di Kuala Terengganu minggu hadapan dan pada masa sama, mengharapkan Felda United menumpaskan Negeri Sembilan bagi membolehkan skuad Hang Tuah mara ke suku akhir Piala Malaysia.

Spasojevic diasak Taylor France ketika pertemuan Melaka United dengan Negeri Sembilan malam tadi‎.

SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 12.8.2016

No comments:

Post a Comment