Pada hari ini 22.8.1953, satu
rangka rancangan untuk perubahan Perlembagaan Persekutuan telah dikeluarkan.
Rangka rancangan tersebut adalah hasil
daripada rumusan-rumusan Jawatankuasa Kerja Persidangan Kebangsaan Malaya yang
dianjurkan oleh Menteri-menteri Besar Persekutuan Tanah Melayu. Di dalam rangka
rancangan itu terdapat empat syor yang utama sebagai langkah-langkah ke arah
penubuhan pemerintahan Kerajaan sendiri yang bertanggungjawab di dalam negeri.
Langkah-langkah yang disyorkan
itu ialah:
Pilihanraya Persekutuan Tanah
Melayu tidak lewat daripada tahun 1956. Sebuah Majlis Undangan Persekutuan yang
besar dengan ahli dilantik seramai 90 orang akan diadakan pada 1hb. Februari
1954. Kerusi-kerusi di dalam majlis tersebut dibahagikan mengikut sempadan politik
dan penduduk.
Sebuah Majlis Undangan
Persekutuan yang hanya orang-orang yang ada surat pengesahan sahaja yang akan
mendapat kerusi sebagai langkah ke arah penyusunan kerajaan berjemaah menteri.
Sebuah Jemaah Kebangsaan yang
di dalamnya semua pertubuhan-pertubuhan siasah akan menyatukan langkah-langkah
bersama yang merintis berkerajaan sendiri.
Di dalam rancangan untuk
membesar dan menyusun semula Majlis Perundangan Persekutuan sementara
menantikan pilihanraya, Jawatankuasa Kerja Persidangan Kebangsaan Malaya telah
mencadangkan beberapa perkara. di antaranya mengadakan pilihanraya peringkat
negeri selewatnya pada akhir 1955 dan diikuti pilihanraya persekutuan;
penubuhan badan pengelola pilihanraya; mengekalkan jumlah ahli tidak rasmi
Majlis Perundangan; Perwakilan kerajaan-kerajaan negeri yang berkait dengan
Majlis Undangan Persekutuan dan perwakilan kaum-kaum. Rangka rancangan yang
dikeluarkan itu akan disahkan di dalam mesyuarat penuh Persidangan Kebangsaan
Malaya yang akan diadakan pada 30hb. Ogos 1953. Jawatankuasa Kerja yang
merangka rancangan tersebut terdiri daripada 18 orang ahli dengan diketuai oleh
Menteri Besar Perak, Datuk Panglima Bukit Gantang.
SUMBER- http://www2.arkib.gov.my/
No comments:
Post a Comment