Pada hari ini 5.8.1957,
Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani antara
Raja-raja Melayu dengan wakil baginda Queen Sir Donald Mac Gillivray
Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu. Majlis menandatangani perjanjian
ini berlangsung di King's House Kuala Lumpur. Pada jam 9.30 pagi 15 orang
penandatangan utama iaitu Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, 8 orang
Raja-raja melayu, Tengku Mahkota Johor dan 5 Pembesar yang berkuasa di Negeri
Sembilan serta saksi-saksi kepada mereka tersebut telah menandatangani
perjanjian ini dengan menggunakan pen khas yang bertulis "Federation Of
Malaya Agreement 1957". Perjanjian ini ditandatangani dalam 40 salinan
iaitu 20 dalam bahasa Melayu dan 20 dalam bahasa Inggeris. Dua salinan daripada
perjanjian ini dihantar kepada Kerajaan British dan dua salinan lagi disimpan
oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Setiap satu salinan juga dihantar
kepada tiap-tiap negeri dalam Persekutuan termasuk Melaka dan Pulau Pinang dan
6 salinan kepada Negeri Sembilan iaitu satu-satunya negeri yang agak baik
sistem pentadbirannya. Perjanjian ini antara lain menyatakan bahawa mulai 31
Ogos 1957 negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat akan ditubuh menjadi
satu Persekutuan baru dinamakan Persekutuan Tanah Melayu (The Federation Of
Malaya). Perjanjian ini juga memansuhkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1948 dan akhirnya kuasa dan kedaulatan Queen ke atas Melaka dan Pulau Pinang.
Dengan itu juga segala kuasa dan jurisdiksi baginda ke atas Persekutuan Tanah
Melayu berakhir. Termeterainya perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
ini telah membuka satu babak baru dalam pentadbiran negara dalam masa 26 hari
selepas perjanjian ini Persekutuan Tanah Melayu menjadi sebuah negara merdeka
dan berdaulat.
SUMBER- http://www2.arkib.gov.my/
No comments:
Post a Comment