Pada hari ini 17.8.1984,
Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan
Kerajaan-kerajaan Negeri telah diadakan di Jabatan Perdana Menteri, Kuala
Lumpur. Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk
Musa Hitam. Dalam ucapannya, Datuk Musa Hitam mengingatkan para pegawai kanan
kerajaan supaya menjadi contoh kepada semua golongan bagi menghasilkan daya
pengeluaran yang tinggi di negara ini. Di samping itu beliau juga memberitahu
bahawa pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam hendaklah sentiasa tegas dalam
melaksanakan tugasan ke arah mencapai matlamat itu. Mesyuarat kali ini
bertujuan untuk mengeratkan lagi jentera hubungan antara kerajaan persekutuan
dengan kerajaan-kerajan negeri bagi menyelaras dan menjayakan usaha pembangunan
di kedua-dua peringkat. Dalam mesyuarat itu juga, turut disentuh ialah sikap
para pegawai perkhidmatan awam perlu menunjukkan sifat-sifat kepimpinan seperti
jujur, dedikasi, cekap serta sentiasa berani bertindak menentang apa sahaja
bentuk penyelewengan. Diharapkan Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan Kerajaan
Persekutuan dengan Kerajaan Negeri pada hari ini dalam tahun 1984 dapat
meningkatkan hubungan kerjasama antara kerajaan Persekutuan dengan
Kerajaan-kerajaan Negeri, bagi merancang dan melaksanakan pembangunan negara.
SUMBER- http://www2.arkib.gov.my/
No comments:
Post a Comment