Pada hari ini 13.8.1979,
Jawatankuasa Tetap ASEAN yang pertama telah bersidang buat pertama kalinya di
Kuala Lumpur. Bagi ASEAN, Jawatankuasa Tetap Asean merupakan badan yang
bertanggungjawab melaksanakan segala ketetapan yang dicapai oleh persidangan negara-negara
ASEAN. Jawatankuasa Tetap ini memainkan peranan yang penting melaksanakan
segala resolusi yang telah diputuskan melalui persidangan di peringkat Pegawai
Kanan, Menteri-menteri dan Ketua-ketua Menteri negara ASEAN. Pada asasnya
Jawatankuasa ini bertanggungjawab melaksanakan gagasan-gagasan yang dikemukakan
pada Pemuafakatan Bali dan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur. Jawatankuasa ini juga
berperanan untuk mengurangkan jurang perbezaan pendapat antara sesama negara
ASEAN dengan matlamat apabila kepentingan kita bercanggah kita boleh mengatasi
kepentingan nasional bagi kebaikan ASEAN. Jawatankuasa ini akan terus
berperanan memandu negara-negara ASEAN memasuki dekad-dekad akan datang dalam
konsep yang diperjuangkan oleh negara-negara ASEAN iaitu pewujudan kawasan
aman, bebas dan berkecuali.
SUMBER- http://www2.arkib.gov.my/
No comments:
Post a Comment