27 Ogos 2016 11:24 PM
DOKUMEN kelahiran Mbah Gotho
yang disahkan oleh pegawai Indonesia baru-baru ini. AGENSI
JAKARTA 27 Ogos – “Apa yang
saya mahu adalah mati. Semua cucu saya sudah boleh berdikari.”
Demikian kenyataan seorang
lelaki yang didakwa manusia tertua di dunia susulan pendedahan dokumen
kelahirannya oleh pegawai Indonesia baru-baru ini.
Menurut laporan mirror.co.uk,
lelaki tersebut, Mbah Gotho yang berasal dari Sragen, Jawa Tengah dikatakan
berusia 145 tahun setelah satu dokumen mengesahkan dia dilahirkan pada 31
Disember 1870.
Salah seorang cucunya,
Suryanto berkata, datuknya telah menyiapkan diri untuk mati sejak usianya
mencecah 122 tahun.
“Batu nisan telah dibuat pada
1992 dan itu adalah 24 tahun lalu. Kami juga telah menyediakan tempat
perkuburan berdekatan kubur anak-anaknya,” katanya.
Kesemua 10 adik-beradik Mbah
Gotho telah meninggal dunia termasuk empat orang isteri dan anak-anaknya.
Jika tarikh kelahirannya itu
adalah benar seperti didakwa, Mbah Gotho akan diiktiraf sebagai manusia tertua
yang kini rekodnya dipegang oleh seorang wanita Perancis, Jeanne Calment yang
berusia 122 tahun.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/lelaki-indonesia-didakwa-manusia-tertua-di-dunia-1.375524#sthash.98slDGmw.dpuf
No comments:
Post a Comment