Ad

Sunday, 14 August 2016

ULASAN KARTUN SARIP SEORANG SENIMAN –ACAI

OLEH –AHMAD BIN YAAKOB
Pokemon Go merupakan salah satu permainan yang diperkatakan ramai sejak beberapa minggu lepas, atau pun sejak bulan Julai.Permainan ini menawarkan kaedah permainan dengan integrasi dunia nyata dan maya, sekaligus memberikan pengalaman permainan yang serba-baru. Saya amat terkejut apabila anak saya memuatkan permainan Pokemon Go he dalam handphone saya, tetapi telah pun dibuang.[1]

Menggunakan aplikasi Pokemon Go ini, ia membolehkan pengguna menangkap pelbagai Pokemon yang terdapat di sekeliling berdasarkan kepada lokasi GPS, disamping turut meletakkannya pada Gym untuk bersaing dengan pasukan lain. Secara tidak langsung, ia juga turut mengalakkan pengguna untuk bergerak dan bersenam dengan berjalan dari satu lokasi ke lokasi yang lain – tetapi seperti biasa, pengguna dinasihatkan untuk berhati-hati ketika berjalan di luar, serta peka dengan keadaan sekeliling.

     Siri Sarip Seorang Seniman yang disiarkan dalan Ruangan Jurnal Kosmo Ahad 14 Ogos 2016 oleh ACAI turut bertemakan minat orang-orang Melayu terhadap permainan Pokemon Go. ACAI menggambarkan bagaimana kelicikan seorang juru jual untuk memperdaya Sarip supaya  membeli Smart phone yang sesuai untuk digunakan utuk memainkan permainan Pokemon Go



No comments:

Post a Comment