Pada hari ini dalam tahun 1957,
upacara penurunan bendera ‘Union Jack’ telah diadakan di padang Bandar Hilir,
Melaka pada pukul 6.30 petang. Penurunan
bendera yang dilakukan lebih awal daripada tempoh berakhirnya pemerintahan
British di Tanah Melayu ini menandakan berakhirnya pentadbiran British di
Melaka selama 133 tahun. Bendera ini
diturunkan oleh dua orang anggota
dari kapal perang kecil, H.M.S. Saint Bride’s Bay dengan diiringi oleh tiupan serunai. Ia
kemudiannya diserahkan kepada Resident Commissioner, Tuan H.G. Hammett yang terdahulu daripada itu
telah menerima tabik hormat
daripada pasukan pancaragam
batalion pertama Rhodesian Rifles. Ribuan
hadirin yang menyaksikan upacara
tersebut merasa terharu kerana akhirnya Melaka dan seluruh Tanah Melayu bebas dari cengkaman penjajah.
Sesungguhnya, penurunan bendera ‘Union Jack’ pada hari ini dalam
tahun 1957 telah menyemarakkan lagi semangat
kecintaan penduduk Tanah
Melayu kepada tanah air.
SUMBER- http://www2.arkib.gov.my/
No comments:
Post a Comment