Ad

Friday 19 August 2016

Kantoi curi barangan Baddrol Bakhtiar

Muhaamad Hafis Nawawi dan Nor Farhani Che Ad
am@hmetro.com.my
Sungai Petani: Tindakan tiga remaja lelaki memecah masuk rumah pemain bola sepak Kedah Baddrol Bakhtiar di Ampangan Height, Persiaran Amanjaya di sini,mengundang padah apabila ditahan, hari ini.

Remaja lelaki terbabit berusia 15, 16 dan 18 tahun diberkas di kawasan Persiaran Amanjaya, di sini, bersama barangan milik Baddrol yang dicuri mereka iaitu jam tangan, tabung wang syiling dianggarkan RM300, beg barangan sukan, kasut dan satu set kamera litar tertutup (CCTV).


Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, kejadian itu disedari jiran mangsa pada 8.30 pagi tadi sebelum dimaklumkan kepada pemain bola itu.

Menurutnya, mangsa yang pulang ke rumah kemudian mendapati pintu tepi rumah diumpil suspek dan mereka keluar melalui pintu belakang.

"Mangsa bersama penduduk kemudian mengesan suspek sebelum memberkas sendiri remaja berusia 15 tahun itu. Rakannya turut ditahan dan diserahkan kepada polis.

"Susulan itu polis kemudian ke rumah di Persiaran Amanjaya dan menemui semula barangan milik mangsa," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Md Zukir berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sementara itu cubaan untuk mendapat maklum balas Baddrol gagal apabila beliau enggan mengulas lanjut berkaitan kejadian itu ketika dihubungi.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Ogos 2016 @ 11:35 PM

No comments:

Post a Comment