Ad

Thursday 29 June 2017

PERKEMBANGAN PERUSAHAAN GETAH.

oleh-AHMAD BIN YAAKOB
i.Keperluan getah sebagai bahan mentah.
Keperluan getah sebagai bahan mentah semakin meningkat setelah tayar angin dicipta oleh J.B Dunlop pada tahun 1988.Kemajuan teknik vulcanization  oleh Charles Goodyear 1893, pertumbuhan industri elektrik dan pengunaan tayar pneumatik untuk basikal dan motokar telah meningkatkan pengguaan getah asli.[1]
ii.Permintaan bertambah
Pada peringkat awal, penanaman getah tidak mendapat sambutan. Atas galakan H.N Ridley terdapat sebilangan kecil  peladang yang cuba menanam getah di ladang ubi kayu atau kopi mereka. Permintaan yang bertambah menyebabkan harga getah melambung naik dengan cepat.[2] Setelah harga kopi merosot dan penanaman kopi beralih kepada tanaman getah.

iii.Tanaman getah telah beralih daripada kebun kecil kepada tanaman komersial apabila ladang-ladang getah dibuka.Ladang-ladang getah dibuka, terutama olehpdagang bangsa Eropah. Kebanyakan ladang getah ini tertumpu di Perak, Selangor,Negeri Sembilan  dan Johor kerana terdapat sistem perhubungan yang lebih baik.[3]

4.Penanaman Getah di Sabah dan Sarawak.
      Getah diperkenalkan di Sabah pada tahun 1882 hasil galakkan Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU). Syarikat Berpiagam Borneo Utara memberi jaminan 4% dividen kepada syarikat yang mengusahakan getah dan pengecualian eksport untuk selama 50 tahun.[4]
      Di Sarawak, Charles Brooke membuka ladang percubaan di Natang Estate, Satap dan Sigu. Penduduk tempatan digalakkan untuk mengusakan tanaman getah secara kecil-kecilan. Getah menjadi bahan ekspot Sarawak yang penting pada tahun 1905.[5]

5.Zaman Kemelesetan  Dalam Perusahaan Getah 1921-1929.
      Pada tahun 1922, satu skim sekatan pengeluaran getah dikenali  Skim Sekatan Getah Stevenson telah diperkenalkan bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran dan menstabilkan harga getah.Pengeluaran getah dihadkan kepada 60% sahaja daripada jumlah pengeluaran tahun 1920.[6] 

      Skim ini hanya dilaksanakan di Tanah Melayu dan Ceylon yang mengeluarkan 25% bekalan dunia.Melalui Skim ini, setiap pengeluar di Tanah Melayu diberi satu kuota tertentu berdasarkan keluarannya.Jumlah melebihi kuota itu dikenakan cukai ekspot barangan.

      Skim ini menyebabkan harga getah meningkat semula 35 hingga 40 sen pada tahun 1928. Tanah Melayu menanggung kerugian kerana mengurangkan pengeluaran. Indonesia yang tidak menyertai skim ini mendapat keuntungan  apabila harga getah meningkat sedikit. Pada tahun 1928 skim sekatan ini dihentikan, keika itu jumlah pengeluaran di Tanah Melayu melambung naik walau pun harga getah masih diparas yang rendah.[7] 

Kemelesetan Ekonomi Dunia 1929-1932.
      Akibat kemerosotan perusahaan membuat kereta di Amerika Syarikat, permintaan terhadap getah turut terjejas. Pada tahun 1932 harga getah terus jatuh sehingga mencecah 7.07 sen sepaun.Beberapa langkah diambil untuk memulihkan perusahaan getah di Tanah Melayu seperti mengurangkan jumlah pekerja dan upah pekerja di ladang getah. Jumlah pekerja dikurangkan daripada 258 000 orang pada tahun 1929 kepada 145 000 orang pada tahun 1932.

Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa Mei 1934.
      Kejatuhan harga getah telah memaksa negara-negara  pengeluar berunding bagi memulihkan harga getah. Pada bulan Mei 1934 Perjanjian Getah Antarabangsa ditandatangani antar Britain, Belanda, India, Perancis dan Siam untuk mengurangkan pengeluaran dan mengawal harga getah. Perjanjian ini berakhir pada tahun 1938 telah dilanjutkan sehingga tahun 1943.

      Semasa Perang Dunia Kedua dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu , harapan untuk memulihkan harga getah musnah apabila getah tiruan diperkenalkan oleh Amerika Syarikat untuk menggantikan getah asli yang terputus bekalannyadi pasaran antarabangsa. Gerah tiruan menjadi saingan utama kepada pengeluaran getah asli dan memberi kesan kepada pengeluar termasuk Tanah Melayu.[8]




[1]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),110.
[2] “Pengubahsuaian Dalam Pentadbiran, Ekonomi  dan Pendidikan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,  43 .   
[3]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini,118.  
[4]“Pengubahsuaian Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,44.
[5] Ibid.
[6]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),110.
[7]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini,120.   
[8]Ibid.

Penciptaan Nabi Adam

ARKIB : 04/08/2006
NABI Adam adalah manusia pertama yang diciptakan oleh Allah s.w.t. di muka bumi. Baginda juga diutuskan sebagai nabi yang pertama dan merupakan nenek moyang sekelian manusia. Baginda dijadikan oleh Allah daripada tanah.

Allah menciptakan Nabi Adam sebagai manusia yang pertama mendiami bumi yang terbentang luas, beranak-pinak dan berketurunan menjadi manusia yang banyak, bermacam-macam golongan dan bangsa yang berselerak di seluruh pelosok bumi.

Terlebih dahulu Allah memberitahu kehendak-Nya untuk mencipta Nabi Adam kepada semua malaikat. “Aku hendak menciptakan manusia untuk menjadi pengatur di muka bumi ini.”

Para malaikat lalu menjawab, “Apakah manusia yang Engkau ciptakan itu untuk mengatur bumi, ya Tuhan kami? Tidakkah manusia itu nantinya akan merosakkan bumi dan menumpahkan darah serta berbunuh-bunuhan?”

Lalu Allah berfirman, “Aku lebih mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.”

Setelah mendengar jawapan Allah yang pendek tetapi mempunyai erti dan maksud yang sangat dalam itu, semua malaikat terdiam. Mereka hanya berkata dengan berbisik antara mereka, “Mereka memang benar! Tuhan kita mengetahui segala sesuatu, daripada perkara yang sekecil-kecilnya sampai kepada perkara yang sebesar-besarnya.”

Maka pada hari yang dijanjikan, terciptalah Nabi Adam daripada segumpal tanah liat yang kering, lalu Allah meniupkan roh ke dalamnya supaya hidup, dapat bergerak, berperasaan dan bernyawa. Selepas itu, Adam pun menggerakkan sekujur badannya. Seterusnya terbukalah mata Adam, lalu bergeraklah jantung dan berfungsilah paru-parunya.

Dengan terciptanya Nabi Adam itu, maka bermulalah kehidupan manusia di muka bumi ini.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0804&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm#ixzz4lOCoLo2R
© Utusan Melayu (M) Bhd

FAM buka gelanggang



ARKIB : 28/07/2006
Oleh AMRAN MULUP

PETALING JAYA - Kritikan serta cemuhan semata-mata bukan menjadi jalan penyelesaian jika ingin melihat maruah bola sepak kebangsaan kembali disegani di rantau Asia malahan di persada dunia.

Sebaliknya, apa yang penting adalah himpunan pandangan bernas, keringat dan kepakaran daripada kerajaan, individu, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) atau peminat bola sepak untuk menjadi titik tolak bagi membantu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membentuk pasukan paling mantap.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad berkata, beliau yakin jika seluruh pihak bergabung tenaga membantu badan induk itu dengan melahirkan idea, pandangan serta kepakaran, tidak mustahil hasrat yang diinginkan oleh seluruh rakyat untuk melihat skuad kebangsaan di pentas dunia akan menjadi kenyataan.

Menurut beliau, sikap segelintir pihak yang melontarkan kecaman dan cemuhan tanpa sebarang pandangan bernas bukan bertujuan untuk membantu FAM.

‘‘Dengan menggesa semua pemegang jawatan tertinggi dalam FAM meletak jawatan itu bukan tindakan yang bijak dan bukan menjadi jalan penyelesaian.

‘‘FAM mempunyai peraturan dan sebarang usaha merombak pihak pengurusan tertinggi badan induk itu perlu dilakukan pada mesyuarat agung dan bukan sewenang-wenang meminta orang meletak jawatan ,’’ katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM dekat Kelana Jaya di sini, semalam.

Sehubungan itu, Dr. Ibrahim sekali lagi menegaskan, kerja sama daripada semua pihak amat penting untuk merealitikan impian seluruh rakyat bagi melihat skuad bola sepak kembali disegani.

Menurut beliau, melahirkan pemain di peringkat akar umbi terutama di sekolah amat penting untuk pembentukan skuad negara.

Ujarnya, selagi tidak ada pemain berkualiti dilahirkan di peringkat sekolah sukar untuk Malaysia membentuk sebuah pasukan yang mantap untuk menggegar dunia.

FAM katanya, kini bergantung kepada skuad bawah 20 tahun yang akan menggalas cabaran pada pusingan akhir Belia Asia di Kolkata, India, Oktober ini.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0728&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4lNaEOran
© Utusan Melayu (M) Bhd

Selangor kian terdesak -- 3 pemain utama tidak beraksi selepas kutip 2 kad kuning


ARKIB : 27/07/2006
Oleh AMRAN MULUP

KUALA LUMPUR – Tanpa tiga pemain utama misi penting Selangor untuk mengutip kemenangan dengan jaringan besar apabila bertemu Sabah pada perlawanan terakhir Kumpulan A di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Sabtu ini tampak pincang.

K. Sanbagaraman, Muhamad Shukor Adan dan P. Gunalan tidak dapat diturunkan dalam kesebelasan utama kerana masing-masing mengutip kad kuning kedua.

Tanpa tiga tonggak tersebut, jurulatih Dollah Salleh membayangkan laluan sukar buat Selangor untuk mencari kemenangan dengan lima jaringan gol sambil mengharapkan sama ada Terengganu atau NS Naza tewas dalam perlawanan terakhir.

Selangor kini menduduki tangga ketiga dengan tujuh mata di belakang Terengganu (9) dan NS Naza (10).

Selangor perlu menewaskan Sabah dengan kelebihan lima jaringan sambil mengharapkan salah satu pasukan sama ada NS Naza atau Terengganu tewas dalam perlawanan terakhir.

‘‘Sukar untuk saya ramalkan peluang Selangor untuk ke suku akhir. Apa yang penting kita mesti menewaskan Sabah dengan kelebihan lima jaringan.

‘‘Sambil itu kita mengharapkan sama ada NS Naza atau Terengganu akan tewas, jika ini seperti yang diramalkan peluang Selangor ke suku akhir adalah cerah,’’ ujarnya ketika dihubungi semalam.

Dollah akan mencatur strategi paling mantap ekoran ketiadaan tiga tonggak utama itu.

Beliau membayangkan Nazzab Hidzan dan Mohd. Amri Yahyah bakal mengemudi bahagian tengah mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Sanbagamaran dan Muhammad Shukor Adan.

‘‘Manakala seorang lagi pemain akan saya tentukan kemudian mungkin sehari sebelum perlawanan sebenar Sabtu ini,’’ katanya.

Berdasarkan peningkatan dalam tiga perlawanan sebelum ini Dollah tampak yakin buat Selangor menewaskan Sabah.

Memburu lima jaringan, kata Dollah, walaupun ia tampak menyulitkan tetapi situasi itu tidak boleh dijangkakan jika pemain menunjukkan kesungguhan di luar dugaan.

‘‘Saya mengharapkan gandingan Perica Ognjenovic dan Bambang Pamungkas menemui sentuhan jaringan membolosi gawasang Sabah,’’ ujarnya.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0727&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4lNW2kipV
© Utusan Melayu (M) Bhd

Skuasy remaja lakar sejarah



ARKIB : 27/07/2006
PALMERSTON NORTH, New Zealand – Malaysia melakar sejarah melayakkan diri ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Remaja Berpasukan Lelaki Dunia buat kali pertama selepas menumpaskan Hong Kong 2-1 di suku akhir, semalam.

Pasukan negara, yang hanya memiliki rekod pencapaian terbaik dengan menduduki tangga keenam pada 1996 dan 2000 akan berdepan cabaran sukar pilihan kedua yang juga juara tiga kali, Pakistan pada separuh akhir, hari ini.

Semalam, Elvinn Keo memberi mata pertama Malaysia apabila menundukkan Max Lee 9-6, 6-9, 10-9, 9-0.

Hong Kong bagaimanapun mencemaskan skuad negara buat seketika apabila menyamakan kedudukan menerusi Leo Au yang menumpaskan Ivan Yuen 3-9, 9-2, 5-9, 9-3, 10-8.

Muhammad Asyaf Azan mengesahkan kemenangan bersejarah yang membawa Malaysia ke separuh akhir untuk pertama kali, selepas mengalahkan Fungji Yang 9-2, 9-6, 9-7.

Pakistan, juara 2004, 2002 dan 1982 pula menempah pertemuan dengan Malaysia selepas menyingkirkan Jerman 2-1 pada suku akhir.

Sementara itu, Mesir melangkah ke separuh akhir selepas menumpaskan Kanada 3-0, manakala England menundukkan India, juga dengan keputusan 3-0.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0727&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4lNSu6GBq
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tuding jari tidak selesai masalah – FAM



ARKIB : 27/07/2006
KUANTAN – Menuding jari mencari kesalahan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak akan menyelesaikan masalah mutu bola sepak negara merosot, kata timbalan presidennya Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Sambil melahirkan rasa kecewanya dengan kedudukan pasukan negara di ranking dunia ke-146, beliau berkata, seluruh rakyat perlu memberi pandangan dan kritikan bernas bagi membolehkan FAM melahirkan pasukan berkualiti dan mampu meningkatkan kedudukannya ke taraf dunia.

“Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak yang mengkritik FAM sebelum ini tetapi mereka perlu memahami tugas FAM dalam memilih pemain terbaik di peringkat akar umbi.

Kualiti

“Tapi kalau di peringkat akar umbi tidak mempunyai kualiti, bagaimana FAM boleh melahirkan pasukan yang berkualiti?” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Tengku Abdullah berkata, FAM telah memperkenalkan pelbagai program dalam usaha mencungkil bakat pemain pada usia muda secara berperingkat melalui persatuan bola sepak negeri, kelab, daerah dan juga pertandingan liga.

Beliau berkata, FAM akan mengadakan rundingan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi memperkemaskan program pembangunan bola sepak bermula daripada peringkat akar umbi.

– Bernama

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0727&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4lNKP8npp
© Utusan Melayu (M) Bhd