Ad

Friday, 9 June 2017

Masyarakat Maritim di Portugal pada abad ke-16-17

Masyarakat Maritim di Portugal pada abad ke-16-17
Oleh-Ahmad bin Yaakob
Masyarakat Maritim di Portugal
Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan kelautan. Kemunculan masyarakat maritim berkaitan dengan kelahiran kerajaan-kerajaan maritim. Kerajaan tersebut mengukuhkan kedudukan dan kekuatan dengan menguasai aktiviti maritim seperti perdagangan, perikanan, perkapalan dan penjelajahan. Kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim yang unggul bermula sejak abad ke-15 dan 16. Perkembangan ini menyebabkan muncul golongan pelayar dan peneroka yang terkenal. Pelayar Portugal melibatkan diri dalam kegiatan penerokaan, penjelajahan, perdagangan dan penjajahan.[1]
1.a) Definisi masyarakat Maritim
Masyarakat maritim ialah masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan laut seperti perdagangan , perikanan, pengumpulan hasil laut, perkapalan, penerokaan dan penjelajahan.

      Masyarakatnya tinggal di kawasan pesisir pantai, lembah sungai kawasan kepulauan,pelabuhan atau bandar pelabuhan yang terletak di muara sungai.Pelabuhan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat menyimpan  barang, tempat penginapan, bekalan air dan pusat berjual beli.[2]

      Kemunculan masyarakat maritim di negara Eropah dapat dikesan sejak abad ke-15, Portugal muncul sebagai kuasa laut yang terunggul menjelang abad ke-16M.[3]


[1]Sivachandralingam Sundara Rajadan dan Ayadurai Letchumanan, sejarah Dunia (1500-1955}Penggal 1 Edisi Ketiga,(Shah Alam: Oxford Fajar, 2016),40.
[2] Ibid.
[3] “Masyarakat Maritim,”dalam Modul Pengajaran dan Pembelajara STPM Sejarah,20 (Bandar Baru Bangi:Kementerian Pendidikan Malaysia,2014).

No comments:

Post a Comment