ARKIB : 10/02/2006
ABU Bakr Muhammad Ibnu
Zakariyya ar-Razi atau terkenal sebagai Al-Razi merupakan penulis Muslim
pertama yang mengarang buku tentang masalah perubatan. Karyanya yang terkenal
adalah Comprehensive Book yang meliputi semua pengetahuan perubatan Asia Barat,
India dan Yunani.
Al-Razi adalah saintis pertama
yang mengklasifikasikan pelbagai zat kimia ke dalam tiga bahagian iaitu
mineral, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Menurut konsep Al-Razi bahan logam
terbahagi kepada jiwa, tubuh, batu, vitriol, borax dan garam. Unsur-unsur yang
mudah meruap termasuk dalam golongan tubuh manakala yang susah meruap
diklasifikasikan sebagai jiwa atau spirit yang meliputi sulfur, merkuri,
arsenik dan salmiac (baru bara, ragi dan zat lemak).
Beliau banyak melakukan
eksperimen proses kimia seperti penyulingan, penghabluran, penurasan dan
pemejalwapan serta analisis kimia yang melibatkan penimbangan.
Al-Razi turut menulis banyak
buku tentang bahan, ruang, nutrien, waktu, gerak, optik, iklim dan alkemi.
Sebagai ahli kimia, karyanya bertajuk Al-Kimya merupakan buku yang terpenting
dalam ilmu kimia.
Sepanjang hayatnya, Al-Razi
mengarang 200 buah buku. Antara yang paling terkenal ialah Al-Hawi yang
mengandungi 20 jilid. Buku itu menjadi asas dalam bidang perubatan.
Raja Charles I dari Anyou, pejuang
perang Salib, dan Raja Naple telah memerintahkan agar Al-Hawi diterjemahkan ke
dalam bahasa Latin. Ia dilakukan oleh seorang doktor dari Sicily, Faray Ibnu
Salim dengan bantuan Gir Farragut. Buku tersebut kemudian diberi judul
Continens. Masyarakat Eropah mengenali al-Razi sebagai doktor muslim teragung
melalui Continens.
Ketokohannya sebagai ahli
perubatan terbukti dengan penemuan air raksa (Hg) yang digunakan dalam dunia
perubatan. Di Eropah, air raksa atau merkuri dikenali semasa pemerintahan Czar
Rusia, Alexei Mikhailovitsy pada tahun 1645-1676.
Di samping itu, beliau juga
merupakan orang pertama yang melakukan diagnosis mengenai penyakit cacar yang
terbahagi kepada cacar air dan cacar merah serta menulis sebuah buku mengenai
penyakit kanak-kanak dengan menggunakan injeksi urethal (saluran kencing dan
sperma).
Al-Razi ialah orang pertama
pertama melakukan perubatan khas menggunakan pemanasan saraf. Beliau merupakan
ahli perubatan pertama yang mendiagnosis tekanan darah tinggi dan menggunakan
kaedah perubatan akupuntur sebagai rangsangan saraf.
Bukunya, Aj-Judari wa
al-Hasbah, telah diterjemahkan oleh J. Ruska dengan tajuk Ar-Razis Buch:
Geheimnis der Geheimnisse. Selain edisi bahasa Inggeris sejak 1498, ia telah
diulang cetak sebanyak empat kali dan menjadi rujukan para doktor di Eropah
mengenai penyakit cacar dan campak.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_08.htm#ixzz4jl19uX86
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment