Ad

Showing posts with label SUKAN KOMANWEL. Show all posts
Showing posts with label SUKAN KOMANWEL. Show all posts

Thursday, 31 July 2014

Malaysia dibelasah lagi


 

Malaysia dibelasah lagi
PEMAIN New Zealand, Arun Panchia (kanan) dan pemain pertahanan Malaysia, Baljit Singh terjatuh ketika berebut bola dalam perlawanan terakhir Kumpulan B Sukan KOmanwel di Glasgow, Scotland semalam. Malaysia kalah 6-1. - AP
GLASGOW - Skuad hoki kebangsaan sekali lagi menerima tamparan hebat apabila mengalami kekalahan ketiga berturut-turut setelah di­belasah 1-6 oleh New Zealand dalam perlawanan Kumpulan B Sukan Komanwel XX semalam.

Keputusan tersebut sekali gus menguburkan harapan peminat hoki negara untuk melihat skuad kendalian Muhammad Dharma Raj Abdullah sekurang-kurangnya mengembalikan maruah yang tercalar akibat kekalahan memalukan 2-4 kepada pasukan tidak ternama, Trinidad & Tobago kelmarin.

New Zealand yang berada di ranking keenam dunia, memperoleh dua jaringan dalam aksi babak pertama menerusi pukulan sudut penalti Andy Hayward seawal minit ketiga dan Bradley Shaw pada minit ke-28.

Memasuki separuh masa kedua permainan, pasukan hoki negara terus menggigit jari apabila pihak lawan bertindak agresif dengan meledakkan empat gol dalam tempoh lapan minit, masing-masing menerusi Nick Haig pada minit ke-41, Hugo Inglis (44), Hayward (47) dan Shea McAleese (48).

Bagaimanapuin, skuad kendalian Muhammad Dharma Raj Abdullah itu sempat menamatkan permainan dengan menyumbat gol saguhati, hasil pukulan sudut penalti oleh ketua pasukan, Muhammad Razie Abd. Rahim pada minit ke-58.

Dengan kekalahan itu, skuad negara yang menduduki tempat keempat Kumpulan B akan menentang pasukan di anak tangga tercorot Kumpulan A, Wales dalam perlawanan klasifikasi.

Kemenangan ke atas Malaysia pula mengesahkan kedudukan New Zealand selaku pemenag Kumpulan B dan akan menentang sama ada India atau Afrika Selatan di separuh akhir.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140801/su_04/Malaysia-dibelasah-lagi#ixzz395I2oxei © Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday, 30 July 2014

Pandelela-Dhabitah raih gangsa, Nicol-Wee Wern tumpas


 
PANDELELA Rinong (kiri) dan Nur Dhabitah Sabri meraikan kejayaan mereka memenangi pingat gangsa acara terjun seirama platform 10m pada majlis penyampaian hadiah di Edinburgh, Scotland semalam. - AFP
GLASGOW - Malaysia mengutip pingat pertama dari acara akuatik di Sukan Komanwel XX apabila Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri menduduki tempat ketiga terjun seirama platform 10 meter semalam.

Mereka mengutip 300.12 mata, 10.53 mata di belakang pemenang pingat emas, Meaghan Benefeito-Roseline Filion dari Kanada yang merupakan pasangan pilihan dengan 310.65 mata. Pasangan dari England, Sarah Barrow-Tonia Couch pula mengutip pingat perak selepas mengumpul 307.92 mata.

"Kami agak gementar pada mulanya kerana bersaing dengan juara dunia seperti penerjun Kanada... tetapi ini memberi pengalaman baik untuk kami berdua," katanya.

Satu lagi pasangan negara, Leong Mun Yee-Cheong Jun Hoong pula menduduki tempat keempat dengan 298.92 mata.
Gambar: FORUM Topik Tumpuan Pertama (31 Julai) 

Mampukah Nicol David dan Low Wee Wern menyumbangkan pingat emas untuk negara dalam perlawanan beregu di Sukan Komanwel nanti?
Sementara itu, Datuk Nicol Davis tewas buat kali pertama dalam Sukan Komanwel apabila dia dan pasangannya Low Wee Wern kecundang 11-8, 11-5 dalam masa 17 minit dalam acara beregu wanita kepada beregu India, Dipika Pallikal-Joshana Chinappa.

Nicol dan Wee Wern memenangi perlawanan pertama mereka kelmarin ke atas Megan Craig-Kylie Lindsay dari New Zealand tetapi semalam mereka jelas tidak mampu menyaingi pilihan keempat itu, walaupun kemenangan ke atas wakil Sri Lanka, Mihiliya Methsarani-Nadindhi Udangawa dalam perlawanan terakhir di peringkat kumpulan akan mengesahkan tempat mereka di suku akhir.

"Momentum hari ini adalah milik pihak lawan. Sesiapa sahaja boleh menang dalam perlawanan beregu," katanya.

Dalam acara pingpong, pasangan Lee Wei Beh dan Muhd. Shakrin Ibrahim akan beraksi menentang pilihan kedua dari Singapura Feng Tianwei-Zhan Jian dalam pusingan ketiga hari ini.
SUMBER-

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140731/su_02/Pandelela-Dhabitah-raih-gangsa-Nicol-Wee-Wern-tumpas#ixzz38znT06Vm © Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday, 29 July 2014

Malaysia pertahan emas badminton

 
ANGGOTA skuad negara meraikan kejayaan Tee Jing Yee (tiga dari kiri) yang meraih mata kemenangan Malaysia ke atas England dalam perlawanan akhir acara berpasukan campuran badminton Sukan Komanwel XX di Glasgow, Scotland semalam. - BERNAMA
GLASGOW - Skuad badminton negara mempertahankan pingat emas acara berpasukan campuran selepas menewaskan England 3-1 dalam perlawanan akhir Sukan Ko manwel XX di Emirates Arena semalam.

Kejayaan yang sudah diramalkan itu merupakan sumba ngan emas ketiga untuk kontinjen negara selepas atlet angkat berat, Mohd. Hafifi Mansor memenangi emas kelas 69kg dan Datuk Nicol David dalam acara skuasy individu wanita.

Skuad badminton negara bagai manapun bermula goyah apabila Eng land seperti dijangka mengutip mata pertama menerusi beregu campuran Chris Adcock dan Gabrielle White.

Pasangan suami isteri dari England itu menewaskan Chan Peng Soon-Lai Pei Jing 21-14, 28-26.

Bagaimanapun perseorangan lelaki negara Chong Wei Feng me nyamakan kedudukan 1-1 selepas berhempas pulas untuk menewas-kan Rajiv Ouseph 21-17, 19-21, 21-19.

Skuad negara kemudian mendahului 2-1 selepas beregu lelaki negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong menutup peluang Chris Adcock-Ellis Andrew dengan keputusan 21-19, 21-17.

Perseorangan wanita negara Tee Jing Yi mengesahkan kemenangan Malaysia dengan mengecewakan peluang pesaingnya Sarah Walker de ngan kemenangan 21-16, 21-17.

Wei Feng, ketika ditemui pemberita berkata, dia kurang berpuas hati dengan prestasinya kerana kerap melakukan kesilapan ketika tewas pada set kedua perlawanan.

"Memang dalam set kedua fokus saya terganggu dan pada set penentuan saya cuba mendapatkan rentak permainan yang lebih baik untuk menang.

"Saya tahu kemenangan daripada perseorangan lelaki sangat penting sebab sudah menjangkakan beregu campuran sukar untuk menang," katanya.

Bagi V Shem pula, kemenangan Wei Feng itu telah menyuntik semangat dia dan pasangannya untuk memburu kemenangan.

"Ini pertama kali saya menentang mereka (Chris Adcock-Ellis Andrew), mereka merupakan beregu yang hebat. Memang kami memberi saingan sengit untuk menang supaya skuad negara lebih mudah meraih kemenangan dalam acara ini," kata V Shem.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140730/su_01/Malaysia-pertahan-emas-badminton#ixzz38ttQ47J8 © Utusan Melayu (M) Bhd

Thursday, 24 July 2014

Nur Ayuni terima khabar gembira

 
NUR AYUNI kini boleh memberikan tumpuan sepenuhnya dalam misi memburu pingat emas pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow.

GLASGOW - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berharap penembak negara, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dapat memberikan fokus selepas dibenarkan menyertai acara 10 meter (m) air rifle dan 50m rifle prone.

Sebelum ini, Nur Ayuni terpaksa menarik diri selepas kehilangan jaket khas yang sepatutnya digunakan ketika dalam perjalanan ke Scotland, Rabu lalu.

Kehilangan jaket itu menyebabkan Nur Ayuni terpaksa disingkirkan daripada temasya Komanwel kali ini kerana jaket khas itu adalah menjadi syarat wajib dalam mana-mana acara menembak.

Namun, Nur Ayuni dibenarkan kembali menyertai acara tersebut selepas jaket itu ditemui dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah mengemukakan rayuan kepada pengarah pertandingan acara menembak.

"Ini adalah satu perkhabaran gembira buat kontinjen negara dan saya berharap Nur Ayuni dapat mengekalkan fokus untuk acaranya.

"Kehilangan peralatan menembaknya sedikit sebanyak menjejaskan perhatiannya tetapi saya percaya, Nur Ayuni dalam mempamerkan prestasi terbaik dalam usaha membantu skuad negara meraih pingat nanti," kata Khairy kepada pemberita semalam.

Dalam perkembangan sama, pengurus pasukan menembak negara, Datuk Musa Omar mengakui, beliau boleh menarik nafas lega selepas Nur Ayuni dibenarkan kembali beraksi.

"Sebenarnya, MOM telah mengemukakan rayuan dan rayuan itu sebenarnya ditolak oleh pengarah pertandingan acara menembak Sukan Komanwel Glasgow 2014.

"Begitupun, kami tidak berputus asa untuk mengusahakan Nur Ayuni kembali beraksi selepas dia mendapatkan kembali jaket menembaknya.

"Berita gembira itu diterima pagi semalam (kelmarin) yang mana Nur Ayuni telah dibenarkan kembali beraksi oleh pengarah berkenaan dan saya berharap dia dapat mengekalkan fokusnya selepas mengharungi apa yang berlaku," katanya.

SUMBER-KOSMO ONLINE 25.7.14

Wednesday, 23 July 2014

Misi tebus kekecewaan di Delhi

 Oleh FADHILUL IZMEL ISHAK
sukan@utusan.com.my
 
PASUKAN boling padang negara bergambar bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (depan, lima dari kiri) di Perkampungan Atlet Sukan Komanwel di Glasgow semalam.
KUALA LUMPUR - Selepas gagal membawa pulang pingat emas pada Sukan Komanwel di New Delhi empat tahun lalu, skuad boling padang negara memasang impian untuk menebus kekecewaan mereka itu di Glasgow.

Skuad boling padang wanita yang diketuai Nor Hashimah Ismail optimis misi itu mampu direalisasikan di Glasgow berikutan prestasi pasukan negara kini di tahap yang menyakinkan.

"Berdasarkan prestasi dan sesi latihan yang dilakukan saya yakin pasukan negara mampu memperolehi pingat emas. Ini merupakan kali kelima saya menyertai Sukan Komanwel dan sudah pasti saya akan menggunakan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki untuk memastikan emas menjadi milik negara.

"Empat tahun lalu kami tewas di tangan England dalam acara beregu wanita jadi tahun ini kami akan menggunakan keringat kami sepenuhnya bagi memastikan emas menjadi milik negara. Kami akan memberi fokus kepada pihak lawan terutamanya Australia, Scotland dan Afrika Selatan yang merupakan saingan kuat kami," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Skuad boling padang telah menjadi sandaran kontinjen negara untuk menuai emas di Sukan Komanwel setiap kali temasya itu berlangsung. Bagaimanapun untuk edisi kali ini Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) hanya mensasarkan sebutir emas berikutan prestasi mereka dalam temasya 2010 di New Delhi.

Nor Hashimah, 43, pernah memenangi acara bertiga dalam Sukan Komanwel Melbourne 2006 nyata gembira apabila pada tahun ini dia menyertai acara beregu dan berempat, sekali gus memberi kelebihan untuk menambah koleksi pingat.

"Pada edisi kali ini kami berasa bertuah kerana setiap pemain diberi peluang untuk beraksi dalam dua acara, jadi kami lebih bersemangat untuk menambah bilangan pingat dan sudah pasti emas menjadi sasaran kami,"ujar Nor Hashimah lagi, yang perak bersama Zuraini Khalid empat tahun lalu.

Bagi acara beregu wakil negara diletakkan di Seksyen A dan akan bertemu Papua New Guinea pada Isnin depan, Ireland Utara pada hari berikutnya, Niue Island dan Australia pada 30 Julai.

Dalam acara berempat Malaysia ditempatkan di Seksyen B akan memulakan cabaran dengan bertemu Niue Island pada Isnin depan, diikuti India dan Ireland Utara pada 25 Julai serta Fiji sehari kemudian.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140724/su_02/Misi-tebus-kekecewaan-di-Delhi#ixzz38KmQeY3k © Utusan Melayu (M) Bhd

Azizul tekad balas dendam

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my
 
DUA pelumba negara, Mohd. Rizal Tisin (kanan) dan Edrus Yunos menjalani latihan di Velodrom Sir Chris Hoy di Arena Emirates, Glasgow semalam, untuk persiapan akhir sebelum acara berbasikal trek bermula hari ini. - AFP
KUALA LUMPUR - Jaguh basikal trek negara, Azizulhasni Awang bertekad untuk memenangi pingat emas acara keirin pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland bagi menebus kekecewaan dialaminya empat tahun lalu.

Ketika Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, pingat emas keirin yang diraih Azizulhasni ditarik balik apabila pelumba itu dibatalkan oleh pegawai pertandingan atas dakwaan membuat kayuhan yang amat agresif hingga mengganggu pelumba lawan.

Bagaimanapun, Malaysia bernasib baik apabila pingat emas tersebut diberikan kepada rakan sepasukan Azizulhasni, Josiah Ng.

Kata Azizulhasni, persiapan untuk temasya Glasgow telah berlangsung dengan baik selain berpuas hati dengan prestasi semasanya ketika ini.

Tambah pelumba dari Terengganu itu, tumpuannya dalam penyertaan kali ini lebih kepada untuk menebus kekecewaan di New Delhi dalam acara keirin.

"Sasaran peribadi, saya sentiasa nak menang terutama kalau dalam saingan besar seperti ini (Sukan Komanwel) dan buat masa ini saya sasarkan pingat untuk acara keirin.

"Jika dapat meraih lebih banyak pingat itu adalah bonus kerana cabaran kali ini jauh lebih besar daripada edisi di New Delhi," kata Azizulhasni.

Saingan trek dalam Sukan Komanwel 2014 dijadual bermula esok dengan acara pecut akan menjadi tumpuan utama manakala keirin akan bermula pada Ahad.

Azizulhasni menjangkakan bakal menerima saingan lebih sengit kali ini daripada pelumba Australia dan New Zealand.

"New Zealand ketika ini memegang status juara dunia dan prestasi mereka sejak dua tahun lalu memang banyak meningkat manakala pelumba-pelumba Australia memang sentiasa berada di tahap terbaik.

"Malah saingan pada Sukan Komanwel kali ini juga sukar untuk dijangka kerana semua pelumba yang hadir adalah bertaraf dunia selain telah mencipta pelbagai kejayaan," jelas Azizulhasni.

Pada temasya sama empat tahun lalu pasukan berbasikal negara hanya mampu meraih satu emas, satu perak dan satu gangsa.
Sumber-

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140724/su_01/Azizul-tekad-balas-dendam#ixzz38KXPbQ8C © Utusan Melayu (M) Bhd

Cabaran Nur Ayuni berakhir sebelum mula menembak

 
NUR Ayuni Farhana
GLASGOW - Nur Ayuni Farhana Abdul Halim datang ke sini dengan semangat berkobar-kobar tetapi kini berputih mata setelah disingkirkan daripada acara menembak selepas jaket pertandingannya hilang semasa dalam perjalanan ke sini.

Nur Ayuni memenangi pingat emas bersama Nur Suryani Taibi dalam acara air rifle 10 meter berpasangan di New Delhi empat tahun lalu turut mengambil acara itu pada edisi kali ini, selain rifle prone 50 meter.

Pengurus pasukan, Musa Omar berkata, penembak itu tidak mempunyai pilihan selain daripada menarik diri selepas bagasinya hilang dan dipercayai berada di London. Bagaimanapun bagasinya gagal dijumpai sehingga hari pendaftaran peserta semalam manakala pertandingan akan bermula esok.

"Dia merupakan pemenang pingat emas pada edisi lalu dan sekarang dia tidak berkesempatan untuk bertanding. Ini sudah pasti merungsingkannya dan saya berasa simpati terhadap Nur Ayuni," kata Musa kepada media Malaysia semalam.

"Kami sudah membuat laporan mengenai kehilangan bagasinya. Kami menanti selama tiga hari dan hari ini (semalam) merupakan hari terakhir untuk membuat pengesahan nama peserta.

"Peraturan pertandingan jelas menyatakan penembak rifle perlu memakai jaket.

"Kami cuba untuk meminjam daripada peserta lain namun tidak muat dan kami berusaha untuk mendapatkan yang baharu namun Nur Ayuni mengatakan dia memerlukan dua bulan untuk membiasakan diri dengan jaket baharu," katanya.

Tambah Musa, Nur Ayuni tidak berhenti menangis dan mahu segera pulang ke Malaysia apabila dimaklumkan dia tidak dapat bertanding.

Bagaimanapun Musa berkata, Nur Ayuni akan terus tinggal bersama pasukan di sini dan memberi sokongan kepada Muslifah Zulkifli yang dipertanggungjawabkan untuk menggalas tugasnya dalam acara air rifle 10 meter dan Suryani yang bertanding pada Sukan Olimpik 2012 ketika mengandung 30 minggu akan menggantikannya dalam acara rifle prone 50 meter. - REUTERS

"Lesen untuk senjata api semuanya menggunakan nama Nur Ayuni dan disebabkan itu kami tidak boleh menghantarnya pulang.


"Nasib tidak menyebelahi kami tambahan pula dia terlalu memikirkan hal ini. Kami sedih apabila melihat keadaannya," kata Musa. SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140723/su_06/Cabaran-Nur-Ayuni-berakhir-sebelum-mula-menembak#ixzz38JZqeTWX © Utusan Melayu (M) Bhd

2 emas 'berani' gimnastik


 

2 emas 'berani' gimnastik

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my
Tracie Ang
KUALA LUMPUR - Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) nampak lebih berani pada penyertaan Sukan Komanwel kali ini apabila menetapkan sasaran dua pingat emas bagi memperbaiki pencapaian empat tahun lalu di New Delhi.

Malah Setiausaha Kehormat MGF, N. Shanmugarajah turut optimis skuad gimnastik Malaysia kali ini mampu merealisasikan sasaran tersebut berikutan mempunyai atlet yang berpengalaman selain cemerlang di pentas antarabangsa.

Tambah Shanmugarajah, sasaran dua emas tersebut disandarkan dalam acara gimnastik berirama dan gimnastik artistik yang akan disertai atlet terbaik negara.

"Persiapan kami untuk menghadapi Sukan Komanwel pada kali ini adalah yang terbaik kerana semua atlet yang menyertai acara artistik telah berlatih di Manchester iaitu tempat kebanyakan atlet terbaik dunia berlatih.

"Saya juga percaya atlet berpengalaman seperti Tracie Ang, Farah Ann Abdul Hadi dan Nur Eli Alliana Azmi dapat menghadiahkan sesuatu buat negara pada Sukan Komanwel kali ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Empat tahun lalu gimnastik hanya mampu menyumbang satu pingat emas, satu perak dan tiga gangsa yang semuanya diraih oleh Elaine Koon.

Dalam pada itu, Shanmugarajah berkata, saingan dijangka berlangsung sengit kerana terdapat beberapa atlet handalan dunia terutama dari Kanada dan tuan rumah, Scotland.

"Kebiasaannya atlet gimnastik dari dua negara tersebut akan memanfaatkan peluang beraksi pada Sukan Komanwel dengan sebaiknya tambahan pula apabila bertemu lawan setaraf mereka.

"Jika tiada sebarang masalah dan semua atlet beraksi di tahap yang terbaik saya yakin semua halangan dapat di lalui dengan mudah. Paling penting semua atlet gimnastik perlu fokus dengan apa yang dilakukan," kata Shanmugarajah.

Acara gimnastik Sukan Komanwel 2014 dijadual bermula pada 24 Julai ini.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140722/su_04/2-emas-berani-gimnastik#ixzz38JWyB0z1 © Utusan Melayu (M) Bhd